Friday, May 31, 2013

Gagal Kawal Keadaan Bakal Cetuskan Huru-Hara

Perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan yang bertujuan menghasut kepada keganasan merupakan cerminan terhadap penolakan keputusan pilihan raya. Apa yang pasti, setiap yang dilakukan oleh pakatan pembangkang jelas melanggar undang-undang dan mencabar ketegasan kepimpinan keselamatan dalam negara.

Namun, satu tindakan tegas yang diambil dan amaran yang diberi tidak memberikan kesedaran untuk mereka berhenti melakukan kekecohan ini. Budaya melanggar undang-undang dan mereka fahaman mereka sendiri mengundang satu kesan yang buruk buat negara yang sedang pesat membangun.  Walaupun mereka cuba mengatakan perhimpunan yang dilakukan adalah merupakan perhimpunan yang aman, namun secara rational ia bukanlah satu jaminan tidak akan berlaku sebarang huru-hara. Ini kerana kehadiran yang ramai akan menyebabkan pihak penganjur GAGAL mengawal suasana.
 
Lihat sahaja apa yang berlaku ketika seisi perlawanan bola sepak separuh akhir Piala FA 2013 antara pasukan Pahang menentang Johor Darul Takzim yang diadakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebelum ini.  Kegagalan pihak penganjur mengawal keadaan telah menyebabkan berlaku insiden kekecohan sehingga menyebabkan perlawanan yang diadakan itu terpaksa ditunda. Ia berpunca dari kehadiran penonton yang melebihi had yang dibenarkan serta tindakan segelintir yang bertindak agresif sehingga mencetuskan suasana tegang.  Sedangkan mereka yang hadir sepatutnya patuh dan hormat kepada undang-undang dengan tidak bertindak mengikut nafsu dan hati sendiri. Kesannya, ia akan menjejaskan keharmonian negara dan mengundang kepada rusuhan besar-besar jika berlakunya sedikit pertempuran yang tidak dijangka.

Budaya begini jika menular akan mewujudkan satu suasana yang tidak terkawal dan secara jelasnya akan memberikan kerugian besar kepada negara. Sebagai pakatan pembangkang yang terdiri daripada ramai golongan bijak pandai dan berilmu, mereka seharusnya menggunakan pendekatan yang lebih baik dari sekarang. Demonstrasi jalanan dan himpunan haram tidak akan menyelesaikan masalah malah hanya akan menambahkan lagi kekacauan dan kesusahan kepada rakyat khususnya. Kerajaan sudah menyediakan saluran-saluran yang betul bagi rakyat yang mempunyai keraguan mahupun bantahan. Hanya perlu menghormati undang-undang dan menjalani dengan baik serta melalui saluran yang betul sahaja, dan perkara itu jauh lebih mudah dari melanggar undang-undang. Menyemai unsur negatif yang berbaur hasutan terutamanya kepada golongan muda sama seperti menyiram minyak ke dalam api.

PR harus memikirkan cara yang lebih bertamadun dan profesional bagi menangani perkara ini, iaitu melalui undang-undang. Seperti yang semua maklum, tiada siapa yang mengatasi undang-undang. Dan itu adalah jalan mudah dalam menghadapi bantahan sebegini. Dalam negara juga wujudnya Parlimen yang membolehkan semua ahlinya membahaskan cadangan dan mengutarakan pendapat secara halal. Dan memang sudah ternyata, cara ini berjaya mendatangkan hasil tanpa mengganggu gugat keselamatan awam dan juga negara.

Sudah tiba masanya pakatan pembangkang untuk lebih serius dalam kerja dan menghormati undang-undang yang ada termasuk institusi-institusi tertinggi dalam negara.

Harus Baca!!! Cina Sudah Lama Boikot Barang Bumiputera

Kempen 'Buy Chinese Last' kini dipergiat di kalangan kaum Bumiputera walaupun dikecam oleh kaum Cina.  Media berbahasa Cina dan Inggeris yang pro-pembangkang juga semakin hebat mengutuk tindakan kaum Melayu memboikot barangan Cina.

Dalam mereka berkata bahawa kaum Cina tidak akan terjejas dengan kempen ini, mereka terus menghentam kerajaan, terutama kepimpinan, kerana tidak mengekangnya.  Di masa yang sama, mereka turut mempamerkan keangkuhan menyuruh kaum Melayu agar jangan bekerja dengan mereka lagi jika benar-benar ingin memboikot mereka.  Malah, mereka juga mengungkit-ungkit bahawa merekalah pembayar cukai terbanyak dan negara tidak akan ke mana tanpa mereka. 

Tanpa sedar, mereka sebenarnya mengesahkan bahawa mereka tidak pernah ditindas dan kerajaan serta kaum Melayu tidak pernah bersikap rasis terhadap mereka selama ini.   Dari mana mereka memperoleh kekayaan dan mampu membayar cukai jika bukan dari dasar Barisan Nasional yang tidak pernah meminggirkan mereka?   Dari mana mereka mendapat pelanggan jika daya beli itu bukannya datang dari majoriti kaum di negara ini?   Dari mana mereka mendapat pekerja jika bukan dari berbilang bangsa, terutamanya pekerja bawahan? 

Bukan kita tidak tahu bahawa kaum mereka yang bodoh dan malas sering diberi jawatan dan gaji tinggi di syarikat milik mereka sementara kaum Melayu yang bijak tetap akan diketepikan atas alasan kononnya Melayu itu malas dan bodoh?   Ini adalah jawapan biasa bagi kaum Cina untuk membela diri atas sikap rasis mereka.  Sudah sampai masanya kaum Melayu menangkis jawapan mereka ini. 

Bukan kita tidak tahu bahawa walau sebodoh mana pun seorang Cina yang datang memohon kerja di kilang, beliau akan diberi kerja di pejabat.  Tetapi anak Melayu dengan kelulusan diploma boleh saja diberi kerja 'operator pengeluaran'.  

Adalah merupakan perkara biasa di dalam sektor swasta jika melihat anak Cina yang buta komputer diberi gaji eksekutif tetapi anak Melayu yang mampu menyediakan laporan kewangan dan membuat 'presentation' kepada pelanggan diberi gaji yang lebih rendah dari anak Cina bodoh itu.   Selain itu, melihat bos Cina yang haram tidak tahu membaca laporan berbahasa Inggeris dan bergantung sepenuhnya pada Setiausaha Melayu untuk melakukan kerjanya juga merupakan antara gambaran lazim di sektor swasta.  

Pendek kata, tidak ada seorang pun di dunia ini yang sikapnya sama dan jelas di sini bahawa kaum Cina sendiri ramai yang bodoh malah teramat baghal sehinggakan Bahasa Malaysia yang mudah itu juga tidak dapat mereka kuasai. 

Kerana bodohlah kaum Cina lebih ramai ke Universiti Swasta kerana di sana kelayakan tidak begitu ketat asalkan ada duit.  Kerana bodohlah kaum Cina ramai tergila-gila membuka salon pusat hiburan untuk anak-anak dara mereka yang bodoh bekerja.  Kerana bodohlah,  kaum Cina terpaksa menghisap kebijaksanaan kaum lain dan kemudiannya menikam belakang mereka untuk mengambil nama. 

Penulis bercakap berdasarkan pengalaman setelah bekerja di enam buah syarikat yang diterajui Cina.  Di syarikat-syarikat ini, walaupun kebanyakannya adalah milik bangsa asing tetapi sekiranya yang menjadi penerajunya adalah Cina, maka sampai matilah tiada Melayu yang dapat menduduki kerusi pengurusan atasan selain dalam Jabatan 'Human Resource' atau 'Hal-ehwal Kerajaan'.   Melihat Cina bodoh mempergunakan akal dan tenaga Melayu bijak untuk mendapat nama adalah perkara yang terlalu amat biasa. 

Hakikatnya, Melayu dan Cina sama saja, ada yang bodoh ada yang bijak, dan ada yang malas serta ada yang rajin. 

Jika ingin tahu kaum Cina bijak atau bodoh, ajaklah mana-mana kaum Cina dari universiti swasta itu berbincang secara ilmiah tentang pengetahuan am, sejarah dan pemikiran.  Majoriti mereka yang terasa bijak itu, langsung tidak tahu apa-apa selain mengira duit dan keuntungan. 

Dan kerana Cina ada yang bodoh jugalah maka Red Bean Army menghantar beratus-ratus komen terhadap artikel-artikel mengenai 'Buy Chinese Last' di internet tanpa seorang pun dari mereka mempunyai wajah identiti diri.  (Ingat orang bodoh macam mereka jugak ke tak tau itu kerja Red Bean Army?)  Sedangkan, jika dilihat dari komen maya bagi artikel-artikel di laman web lain, hampir semuanya merupakan individu berwajah. 

Oleh itu, tidak usahlah kaum Cina berbangga dengan kebodohan sendiri.  Ketahuilah bahawa keangkuhan itu sendiri adalah cerminan kebodohan.  Sudahlah bodoh, hipokrit pula.  Sudah menumpang, angkuh pula.  Sudah merampas semua, menafikan pula.  Di mana lagi maruah kaum Cina?  Patutlah Mat-mat Saleh Australia dan Amerika semakin ramai yang meluahkan kebencian terhadap kaum Cina di negara mereka.

Dengan mengecam kempen 'Buy Chinese Last' lebih lagilah terserlah bodohnya.  Ini kerana, sudah menjadi pengetahuan umum bahawa semenjak azali lagi kaum Cina memboikot barangan bumiputera.   Bukan kita tidak tahu bahawa hampir semua pasaraya yang dikuasai Cina tidak akan menerima produk bumiputera atas alasan tidak berkualiti dan berbagai-bagai alasan lagi.  Malah, jangankan produk bumiputera tidak akan dijual tetapi peniaga bumiputera juga akan ditindas semahu-mahunya. 

Antara yang telah menjadi heboh ialah 'Kelantan Delight' di KLCC dan bagaimana mereka mengekang peniaga bumiputera di Alamanda.  Begitu juga Subang Parade dan di semua kawasan komersial yang dikuasai mereka. 

Mereka melakukannya dengan menaikkan harga sewa sesuka hati ke atas peniaga bumiputera tetapi memberi kelonggaran penuh kepada peniaga kaum mereka.  Di rumah-rumah kedai biasa pula, kaum Cina sanggup memberi sewa RM300 kepada peniaga bangsanya, tetapi RM800 kepada bangsa lain kerana sikap perkauman yang begitu tebal. 

Tidak cukup dengan itu, mereka cukup pantang melihat produk Melayu maju, maka pantaslah mereka mengatur strategi mengsabotajnya.  Roti Gardenia adalah antara yang paling hangat diperkatakan kerana Cina memang amat memusuhi Tan Sri Syed Mokhtar yang menjadi pemiliknya, hanya kerana beliau merupakan seorang taikun Melayu.  Kononnya beliau mendapat keistimewaan dan peluang dari kerajaan hanya kerana beliau Melayu, tetapi taikun-taikun Cina yang jauh lebih ramai kerana turut mendapat peluang memonopoli itu dan ini dari kerajaan tidak apa pula. 

Ada kalanya, peniaga Cina terlebih dahulu bertindak membeli atau mengedar produk bagi pihak pengeluar Melayu dan kemudiannya sedikit demi sedikit merosakkan produk tersebut sehingga ia tidak lagi dipercayai sebelum mengambil-alih pengeluarannya.

Soalnya, kenapa kaum Cina perlu mengsabotaj produk bumiputera dan begitu berdendam dengan seorang taikun Melayu yang seorang itu?   Jawapannya, tidak lain tidak bukan kerana mereka tahu bahawa Melayu punya potensi untuk turut maju seiring dengan mereka. 

Oleh itu walaupun mereka sering melaung akan kepentingan bersaing secara sihat, tindakan mereka memboikot dan mengsabotaj produk bumiputera dengan sendirinya membuktikan bahawa mereka sebenarnya amat takut untuk bersaing.  Walaupun mereka tahu bahawa mereka tidak akan miskin jika turut bersaing dengan kaum lain tetapi mereka sengaja tidak mahu melihat kaum lain turut senang kerana hati mereka terlalu busuk. 

Justeru, walaupun penulis seorang yang tidak suka pada seruan ke arah perkauman, tetapi penulis menyokong penuh kempen boikot barangan Cina.  Bukan kerana rasis, tetapi kerana penulis menyokong 'persaingan sihat'. 

Boikot perlu dibalas boikot.  Noktah. 


Thursday, May 30, 2013

BN Juga Perlu Utamakan Penyokong Sendiri

Belum pun cukup sebulan Nasruddin Hassan menjadi Ahli Parlimen Temerloh, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu sudah mula menunjukkan belangnya yang sebenar apabila bertindak memilih bulu dalam memberikan khidmatnya kepada penduduk.

Sikap memilih bulu itu terserlah apabila dalam pengagihan bantuan bencana alam untuk mangsa ribut pada 15 Mei 2013 lepas, Nasruddin melalui wakilnya hanya menghulurkan bantuan kepada ahli dan penyokong PAS serta PKR sahaja. Manakala penduduk setempat yang dianggap menyokong BN diketepikan begitu sahaja sekali gus menunjukkan laungan slogan Negara Berkebajikan terbukti hanya propaganda politik semata-mata.

Ia agak mengejutkan lebih-lebih lagi bagi penduduk di kawasan Parlimen Temerloh kerana tidak menjangka sedemikian buruk sekali sikap wakil rakyat mereka yang baru. Tapi inilah hakikatnya yang perlu diterima ramai apabila politik kepartian mengatasi naluri kemanusiaan, lantas dalam menghadapi kerenah sebegini amatlah perlu untuk BN mengambil langkah yang sama di kemudian hari. Bukan bermaksud BN perlu meniru bulat-bulat politik serba keparat itu sebaliknya sedikit pengubahsuaian dilakukan tanpa meminggirkan nilai kemanusiaan.

Selama ini BN sering menimplementasikan politik gentleman memberi khidmat kepada semua namun dengan keadaan yang berbeza kini, maka gaya politik sedemikian perlu diubah di mana tumpuan utama dalam memberi khidmat perlu didahulukan kepada penyokong sendiri. Di mana-mana saja kawasan Parlimen mahu pun DUN, pendekatan mengutamakan penyokong sendiri perlu BN aplikasikan tapi tidaklah sampai mengetepikan terus penduduk setempat yang tidak menyokong BN.

Bantuan untuk semua tetap diteruskan, tapi penekanan penting ialah utamakan dulu penyokong sendiri sebagai penghargaan atas sokongan yang diterima, tanpa mereka mustahil BN dapat mengekalkan kekuasaan sebagaimana hari ini.

Red Bean Army, Kerajaan Perlu Bertindak Tegas

Ekoran pendedahan demi pendedahan yang dilakukan sebelum ini berhubung salah laku dan kebiadaban cybertroopers DAP yang digelar 'Red Bean Army' semakin ramai yang mula sedar dan tampil membuat gesaan agar satu tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa. Bermula sebagai kumpulan gerak saraf untuk memperoleh kemenangan di dalam pilihanraya raya umum, 'tentera upahan' DAP ini dilihat mula bertindak melampaui batas seperti mengugut bunuh dan sebagainya.
 
Namun sehingga ke hari ini, pihak berkuasa dilihat seperti memandang remeh akan perkara yang dibangkitkan ini baik di pihak PDRM mahupun SKM. Sedangkan sebelum telah ramai bangkit mempertikaikan gerakan tersebut.  Sebagai contoh, Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris sebelum ini mengatakan, ini bukan lagi masa untuk bertoleransi dengan sebuah kumpulan yang sering menabur fitnah memburukkan kerajaan menerusi laman maya. Ia merupakan jenayah siber yang bertujuan 'menghasut' serta mewujudkan gelombang kebencian dalam kalangan rakyat terhadap kerajaan.
 
"Kita tengok kerajaan China, mereka lebih agresif membendung perkara seperti ini apabila terus 'mengharamkan' penggunaan laman sosial seperti Facebook dan blog kerana didapati boleh membawa impak negatif kepada pemikiran rakyat serta keharmonian negara.  "Di negara kita yang mengamalkan dasar keterbukaan tidak 'sekejam' itu. Negara kita amalkan demokrasi, sesiapa sahaja bebas bersuara tetapi mestilah dengan bukti serta fakta, bukannya semata-mata fitnah seperti dilakukan oleh 'Red Bean Army'," katanya.  Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail pula memberitahu, kerajaan mesti tegas dengan kumpulan berkenaan memandangkan mereka cuba mempromosikan trend amalan media sosial yang negatif.
 
"Sebenarnya saya agak kecewa kerana belum ada lagi tindakan tegas yang diambil terhadap kumpulan penyebar fitnah ini. Tiada tindak balas segera daripada SKMM dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kumpulan ini menyebabkan mereka semakin galak menabur fitnah.  "Kita ada peruntukan undang-undang dan akta yang sesuai untuk membendung perbuatan fitnah menerusi alam siber ini daripada terus berleluasa. Kita kena menggunakannya, kerajaan perlu tegas," jelasnya.  Negara jiran seperti Singapura juga baru-baru ini dikatakan akan mula mengambil pendekatan baru untuk memperkenalkan lesen kepada semua laman-laman web berita yang ingin beroperasi di negara itu. Tidak cukup dengan itu, mereka turut mengenakan syarat-syarat dan peraturan yang sangat ketat bagi mengelakkan masalah yang lebih besar.
 
Menarik bukan! Dua parti yang lahir atas dasar yang sama mempunyai dasar dan polisi yang saling bercanggah antara satu sama lain. Apakah ia sekadar kebetulan atau tidak disengajakan? Jawapannya sudah tentu tidak, DAP selaku parti 'ultra kiasu' di negara ini akan sentiasa mendesak pelbagai peraturan dilonggarkan bagi memudahkan gerakan mereka.  Pelbagai alasan digunakan seperti hak kebebasan bersuara, kebebasan media dan sebagainya, namun ia sekiranya mereka mempunyai kuasa kelak, tidak mustahil ia akan menjadi seperti Singapura malah tidak keterlaluan sekiranya dikatakan mampu menjadi lebih teruk lagi.  Ini kerana sebagai sebuah parti yang lahir dari PAP, ideologi dan doktrin yang ingin mereka perkenalkan adalah sama antara satu lain.
 
Kesimpulannya kerajaan dan pihak berkuasa seharusnya memandang serius mengenai gerakan DAP ini. Mereka secara halus cuba mempengaruhi minda dan persepsi masyarakat agar terus membenci antara satu lain. Malah sekiranya tidak dibendung tidak mustahil bakal mengundang satu lagi episod hitam dalam sejarah perpaduan negara.

Parti Islam Tolak Demo Ala Anwar

Anwar Ibrahim semakin hilang arah dan kepenatan apabila usahanya memancing simpati rakyat untuk menolak keputusan Pilihan Raya 2023 sekali gus menimbulkan huru-hara di jalanan bagi menggulingkan kerajaan tidak mendapat restu sekutu parti komponennya.
 
Terbaru PAS Kelantan turut senada dengan beberapa pemimpin parti itu menolak usaha pihak tertentu yang 'cuba' menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dengan cara keganasan dan demonstrasi jalanan.  Sebelum ini, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah pernah mengatakan, menjatuhkan kerajaan dengan budaya "Arab Spring" itu sebenarnya tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya membawa banyak keburukan kepada negara.

Beliau juga mengakui PAS Kelantan tidak pernah membincangkan sama ada perlu untuk kita berhimpun seperti yang diadakan di negeri lain dan jelasnya bagi PAS Kelantan adalah lebih baik untuk apa sekali pun ia dilakukan mengikut kaedah demokrasi.  Perkara itu ada perbezaannya, iaitu sama ada berkumpul untuk mengkritik kerajaan dan ketidaktelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan PAS jelasnya tidak sepakat, sama seperti DAP yang tidak setuju untuk jatuhkan kerajaan dengan cara keganasan. PAS Pusat juga berpendirian tegas tidak akan menyokong sebarang usaha oleh mana-mana pihak termasuklah oleh kumpulan pro pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan. Nik Mohd Amar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan hanya menerima bantahan dilakukan secara aman untuk mengkritik kerajaan.
 
Malah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan turut mengeluarkan kenyataan yang senada dengan pendirian Nik Amar itu.  Beliau menegaskan sayap itu tidak akan menyertai mana-mana demonstrasi jalanan yang boleh menimbulkan keadaan tidak tenteram termasuk yang bakal dianjurkan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekiranya organisasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berubah.  "Kita menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan penipuan, itu kita konsisten bersama semua pihak. Cuma pelaksanaan itu berbeza antara NGO dan parti politik, ia berbeza dan yang penting matlamat sama.  Tegas Ahli Parlimen Temerloh ini, sayap pemuda PAS itu sepakat untuk menolak sebarang penyelesaian yang menggunakan kekerasan.  "Dewan Pemuda PAS bersepakat tidak bersetuju penyelesaian yang mengatasi lunas undang-undang dan menggunakan kekerasan.
 
Beberapa NGO dokongan pakatan pembangkang sebelum ini telah menggesa 500,000 orang sukarelawan untuk berhimpun bagi mendesak SPR untuk meletak jawatan.   Sementara itu Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz turut menolak usaha seumpama itu dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh. Ia secara langsung menunjukkan perbezaan pendapat dalam isu itu yang mana Anwar kini bergerak sendirian tanpa sokongan dan dokongan pembangkang.  Paling menarik, bekas pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim turut dilaporkan mengeluarkan kenyataan membidas Anwar dan menggesa Ketua Pembangkang itu supaya  tidak lagi meneruskan perhimpunan bagi membantah keputusan PRU13 kerana ia dianggap sebagai suatu bentuk provokasi yang tidak diperlukan.

Nampaknya, Anwar pasti berada dalam keadaan yang tertekan kerana jelas tiada lagi barua dan boneka yang sanggup untuk menjadi kuda tunggangannya.

Wednesday, May 29, 2013

Mana Laporan Polis Tentang Pengundi Hantu?

Setelah beberapa minggu PRU13 berlalu, Anwar Ibrahim masih lagi menyanyikan lagu SPR penipu.  Biarpun sekutu dan orang-orangnya sendiri sudah mendiamkan diri, namun Anwar masih tidak dapat berhenti menyanyi dan berbuat konsert di sana sini untuk menghiburkan anak-anak muda tak sedar diri. 

Kata Anwar, SPR penipu kerana dakwat tak kekal dan SPR telah pun memberi jawapan yang panjang lebar mengenai perkara tersebut.   Justeru, benar ada kes dakwat tidak kekal, tetapi itu bukan satu bukti penipuan, hanya bukti kelemahan.   Jika Anwar ingin mendakwa SPR menipu, beliau harus melaporkan perlakuan tersebut secara spesifik, contohnya mengundi dua kali kerana dakwat dijari telah hilang selepas dibasuh, dan bukan sekadar melaporkan dakwat hilang selepas dibasuh. Masalahnya, walaupun sudah berminggu berlalu, Anwar tidak mampu mencari walau satu kes sebegitu untuk dilaporkan.  

Samalah juga dengan tuduhan beliau mengenai pengundi hantu.  Sehingga kini, tiada satupun laporan mengenai pengundi hantu.  Jangankan senarai nama mereka, tetapi satu nama pun tidak ada.   Yang ada hanyalah satu demi satu pembongkaran mengenai salah-tuduh dan penipuan oleh pihak Anwar sendiri.  Antaranya, Chua Lai Fatt iaitu warga Malaysia keturunan India yang menjadi anak angkat kepada keluarga Cina yang dituduh PR sebagai pengundi hantu.  Kemudiannya, kisah sekeluarga yang dituduh pengundi hantu lalu terjadi 'perang mulut' sehingga kenalan dan jiran mereka mengesahkan kedudukan sebenar.  Ada juga kes di mana warga Indonesia dibayar oleh puak PR agar berlakon sebagai pengundi hantu tetapi kemudiannya kantoi apabila mereka sendiri mengaku menerima bayaran dari PR.   Tidak lupa juga sebuah bas yang kononnya membawa pengundi hantu BN siap membawa bendera BN yang entah kenapa melalui kawasan yang dipenuhi penyokong PR tetapi kemudiannya didedahkan sebagai sengaja diada-adakan oleh PR sendiri.  

Dan paling terbaru gambar salah seorang yang dikatakan pengundi hantu dan diedarkan di Facebook oleh puak PR, akhirnya kantoi apabila gambar lamanya bersama Bhawani dan Ambiga terdedah.  Oleh itu, inilah disarankan kepada pihak SPR iaitu daripada melayan Anwar Ibrahim menuduh itu dan ini tanpa membuat laporan jelas, adalah lebih baik pihak SPR sendiri yang membuat laporan terhadap Anwar dan Ambiga kerana menipu.   Dengan cara ini sahaja maka Anwar akan terpaksa mendedahkan senarai nama-nama pengundi hantu yang dikatakannya.  Jika Anwar punya maklumat terperinci mengenai jumlah dan cara kemasukan mereka yang dikatakan pengundi hantu sebelum ini, maka tidak mungkin Anwar tidak mempunyai meklumat mengenai nama mereka, tempat mereka mengundi dan siapa yang mereka undi dalam PRU yang lalu. 

Lebih penting, di manakah mereka sekarang?  Apakah mereka telah dihantar pulang atau terus menjadi warganegara Malaysia?  Seharusnya, inilah yang ditanya oleh peserta-peserta Himpunan 505 setiap kali Anwar berucap di pentas.   Tidakkah mereka sendiri tertanya-tanya akan perkara ini?   Bagaimana mereka boleh berhimpun tanpa penjelasan yang pasti tentang kenapa mereka berada di situ?   Bagaimana seseorang itu sanggup berhimpun atas alasan menentang penipuan tanpa dapat menjelaskan penipuan apa, di mana, siapa yang terlibat dan bagaimana ia berlaku?

Maka jelaslah sudah bahawa peserta-peserta Himpunan 505 sememangnya terdiri dari manusia-manusia yang tidak tahu berfikir.  Dan hanya manusia-manusia beginilah yang menjadi pengikut Anwar Ibrahim dulu kini dan selamanya. 

 

Ustaz Hadi Di Cerca Sam Ketot

Selepas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyelar Hadi Awang kerana tidak mengambil tindakan serius terhadap calon PAS yang bertanding di kawasan yang ditandingi mereka dalam PRU 13, kini giliran Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin melakukan tindakan sama terhadap Presiden PAS berkenaan kerana mencerca calon PKR semasa tempoh berkempen Pilihan Raya 2013 lalu tanpa membawa sebarang bukti.

Shamsul yang baru merasa jawatan sebagai ahli Parlimen Bukit Katil, turut meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan Abdul Hadi mengeluarkan surat watikah calon kepada calon PAS di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui menjadi kerusi PKR. Shamsul dipetik mengeluarkan kenyataan dalam ucapan dasar sempena kongres nasional PKR ke 9, tempoh hari. Beliau turut menyindir Hadi yang katanya "seolah-olah benak tidak memahami 'tahalluf siyasi' (kerjasama politik) sehingga menyaksikan masih wujud pertembungan saat-saat akhir di beberapa kawasan seluruh Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 2013, Abdul Hadi mengatakan pertindihan kerusi diantara PAS dan PKR adalah untuk menggelakkan calon daripada lompat parti. Tanpa menamakan calon, menurut Abdul Hadi, PAS mengatakan terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah "pil kuda" dan berideologi komunis.

"Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut. "Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin. Macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan Keadilan … dengan DAP je. Tak kerjasama dengan parti Lenin, parti Stalin," kata beliau merujuk kepada pemimpin komunis Russia, Vladimir Ilyich Lenin dan Joseph Stalin. Shamsul juga mencadangkan supaya PR menjadi sebuah gabungan formal sepertimana gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) selain daripada parti komponen PR memecat semua ahli yang mengkhianati arahan semasa Pilihan Raya 2013. AMK jelas Shamsul turut mendesak agar semua parti komponen Pakatan Rakyat, baik PKR, DAP mahupun PAS, memecat mana-mana pimpinan atau ahli yang gagal akur serta ingkar arahan parti, dan tidak dibenarkan kembali semula ke dalam mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat.

"Hanya pendekatan tegas sebegini sahaja yang boleh memperkukuhkan ukhuwah Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti yang diyakini rakyat," katanya angkuh sebaik sahaja merasakan dirinya sebagai ahli Parlimen mempunyai satu kekuatan. Dalam Pilihan Raya 2013, Shamsul berjaya mengalahkan bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam di kerusi Parlimen Bukit Katil di Melaka.
 


Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.