Friday, August 30, 2013

TANDA PUTERA DEDAH KAITAN DAP DENGAN KOMUNIS

Parti rasis Dap terus memperjuangkan politik  perkauman pula apabila enggan untuk menayangkan filem Tanda Putera di Pulau Pinang.

Kemelut baru ini adalah tambahan masalah baru yang dibawa kepada agenda nasional perpaduan kaum di negara ini di samping isu penyelewengan pemilihan Jawatankuasa Eksukutif Pusat parti itu. Setiausaha Agung Dap merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi alasan filem mengandungi fakta-fakta yang tidak tepat mengenai peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Yang peliknya jika Dap yang suka menyaman mana-mana pihak yang cuba memcemarkan imej 'suci'nya akan diambil tindakan undang-undang melalui saman.Ini telah dilakukan terhadap media arus perdana terutamanya akhbar Utusan Malaysia dan saluran televisyen TV3.

Dap mempertikai adegan kencing di tiang bendera oleh watak yang kononnya di katakan Lim Kit Siang yang masih muda ketika itu. Kit Siang pula bermati-matian mengatakan beliau tidak terlibat langsung secara langsung dengan tragedi 13 Mei dengan memberi alasan berada di Sabah ketika Kuala Lumpur terbakar dengan rusuhan kaum. Nah, jika benar seperti yang didakwa beliau, apa lagi silakanlah menyaman penerbit filem tersebut, Shuhaimi Baba! Rakyat mahu tengok kejantanan Dap yang selama ini berselindung di sebalik undang-undang untuk menutup segala kepincangannya. Hakikatnya, Dap tidak akan menyaman mana-mana pihak yang berkait dengan produksi Tanda Putera kerana apa yang dipaparkan adalah benar belaka.

Penerbit mahu mendedahkan sebenar mungkin fakta-fakta kejadian 13 Mei yang selama tersembunyi daripada pengetahuan rakyat. Sebab itulah berusaha keras menentang penayangan filem itu supaya peranan sebenarnya sebagai dalang dalam tragedi yang meragut lebih 2,000 nyawa itu tidak diketahui umum. Fakta yang menunjukkan bahawa Dap terbabit secara langsung untuk mengapi-api sentimen anti-Islam dan anti-Melayu bersama-sama elemen-elemen Parti Buruh dan Parti Sosialis Rakyat Malaysia tidak boleh dinafikan.

Perarakan besar-besar yang dilakukan oleh penyokong-penyokong Dap dan parti berhaluan kiri yang lain di kawasan-kawasan penduduk Melayu di Kampung Baru membuktikan mereka mempunyai agenda untuk mencetuskan sengketa kaum untuk mengalih alih pemerintahan negara ini daripada orang Melayu. Laungan yang mengandungi maki hamun dan cacian terhadap orang Melayu dan anggota polis Melayu sudah cukup menjadi bukti bahawa Dap bukan sahaja mengadakan perarakan politik untuk meraikan kemenangan mereka di Selangor untuk mewujudkan suatu suatu ketegangan yang akhirnya akan menjurus seluruh negara ke dalam kancah peperangan.

Agenda Dap ialah untuk mengembalikan keadaan di mana anasir komunis Bintang Tiga melakukan kezaliman dan kekejaman terhadap orang Melayu setelah pihak tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu setelah kakah dalam Perang Dunia Kedua. Ini adalah perancangan licik Dap supaya apabila keadaan huru hara berlaku, maka mudahlah anggota komunis mengangkat senjata untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Melayu. Tragedi 13 Mei adalah bukti nyata apakah bentuk perancangan dan tindakan Dap di Malaysia sekiranya mereka berjaya merampas kuasa.

Jika baru berkuasa di Pulau Pinang, Dap sudah menunjukkan taring menjadi hero untuk menekan tayangan filem Tanda Putera, apa agaknya akan dilakukan jika berjaya merampas Putrajaya? Dap tidak akan berjaya menjayakan agenda mereka tanpa mendapat sokongan dan kerjasama puak Melayu yang rela mengkhianati agama, bangsa dan negara mereka sendiri demi nikmat kuasa.

Pas dan PKR telah merelakan diri mereka di kuasai dan ditunggangi Dap seperti keldai kerana pemimpin-pemimpin mereka yang tamakkan kuasa. Anwar Ibrahim umpamanya tidak segan silu untuk bersekongkol dengan Dap asalkan dia dapat merasai kerusi empuk perdana menteri. Itu sajalah matlamatnya selama ia berpolitik iaitu untuk menjadi perdana menteri bukannya untuk membela nasib rakyat. Kalau Anwar sudah menjadi talibarut Zionis-Yahudi antarabangsa untuk menghancurkan Islam dan Melayu apakah sangat menjadi talibarut Dap pula?

Filem Tanda Putera akan membuka mata rakyat khususnya orang Melayu tentang bahawa yang bakal mereka hadapi jika terus mempercayai Dap dan PKR manakala Pas hanya digunakan sebagai budak suruhan yang tidak berani menentang tuannya.

Dap perlu ditolak oleh semua rakyat Malaysia kerana agenda parti itu tidak secocok dengan fahaman komunisme yang cuba diterapkan secara halus di dalam masyarakat negara ini.


Thursday, August 29, 2013

Haramkan Tanda Putera Adalah Kerja Bodoh

Tanda Putera merupakan satu filem sejarah yang perlu dihargai oleh setiap pihak. Namun begitu ada sesetengah pihak yang menyifatkan Tanda Putera sebuah analogi politik bagi sesuatu parti. Sedangkan apa yang dipaparkan oleh filem itu hanyalah persahabatan akrab dua pemimpin lagenda Malaysia, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail.

Hanya yang menjadi kontroversi adalah tragedi rusuhan 13 May 1969 yang dijadikan latar belakang kepada filem tersebut. Pengarahnya Datuk Shuhaimi Baba telah menyatakan bahawa filem yang dihasilkan oleh beliau bukanlah berniat atau berunsur politik. Ia hanyalah sebuah filem yang digarap dari sejarah Malaysia berdasarkan fakta sebenar. Ketakutan sesetengah pihak dengan filem ini adalah tidak berasas.
Tanda Putera harus dipuji kerana ianya boleh dijadikan bahan rujukan mudah untuk generasi akan datang sama seperti filem-filem sejarah sebelumnya. Dengan adanya filem ini rakyat Malaysia dapat mengabdikan sejarah dan memori berkenaan kedua-dua tokoh yang benar-benar telah banyak berjasa kepada pembangunan negara kita.

Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng telah menyatakan keputusan bahawa negeri itu tidak akan membenarkan Tanda Putera ditayangkan di mana-mana pawagam. Tindakan itu adalah berasaskan kepada tanggapan bahawa, filem tersebut adalah rasis dan tidak bertanggungjawab. Namun begitu, keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu dianggap sebagai satu perkara yang tidak berasas. Ini kerana beliau atau mana-mana ahli Pakatan Rakyat belum lagi menonton filem tersebut. Adakah ini satu tindakan yang wajar? Secara tuntasnya kita boleh mengatakan bahawa tindakan ini adalah terburu-buru dan tidak professional, lebih-lebih lagi dikeluarkan oleh YB Lim Guan Eng yang kononya memperjuangkan hak bersuara dikalangan rakyat Malaysia.

Apakah hak bersuara rakyat mempunyai sifat selektif dan tertakluk kepada perkara-perkara yang dianuti oleh Pakatan Rakyat sahaja? Mengapa jika sesuatu perkara itu walaupun datangnya dari rakyat, tetapi tidak mengikut ideologi Pakatan Rakyat, maka perkara itu tidak patut didengari atau dipertahankan? Siapa sebenarnya yang tidak telus dalam berbicara soal amanah dan hak rakyat? Apa yang ditakuti oleh Pakatan Rakyat sehingga sanggup mengharamkan sebuah filem yang memaparkan kehidupan sebenar pada era tersebut.Boleh dikatakan ia adalah satu perkara bodoh jika difikirkan bahawa sebuah kerajaan negeri terlalu takut dengan sebuah filem yang mereka sendiri kata tiada kualiti. Apakah sebuah filem "low-class" (pendapat Ketua Menteri Pulau Pinang) boleh mengugat kredibiliti sebuah kerajaan negeri yang telah dilantik oleh rakyat?

Ketakutan yang menyelinap dalam setiap ahli Pakatan Rakyat adalah bagaimana terbongkarnya rahsia bahawa pemimpin mereka korup dan tidak berhati perut jika filem ini ditayangkan di pawagan seluruh Malaysia. Telah terang lagi bersuluh bahawa ramai pemimpin tua mereka terlibat di dalam tragedi 13 May 1969. Itu sememangnya tidak boleh dinafikan ataupun disangkal.Seruan harus dinyatakan secara jelas kepada seluruh rakyat Malaysia agar filem ini menjadi satu tontonan wajib. Bukan sahaja ianya perlu ditonton oleh orang Melayu tetapi juga kepada seluruh rakyat negara ini yang masih cintakan keamanan dan keselesaan hidup. Mari kita bersama-sama memenuhkan pawagam di seluruh Malaysia untuk menonton filem Tanda Putera. Bagi penduduk Pulau Pinang, diharap jangan kecewa jika tidak dapat berkesempatan menonton filem ini. Ini adalah kerana, seperti semua filem tempatan yang lain, ia akan disiarkan di Astro First selepas beberapa minggu tayangan di pawagam.

Usaha, Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menyekat kemasukan Tanda Putera di semua pawagan di Pulau Pinang adalah usaha yang terlalu bodoh. Agaknya Ketua Menteri Pulau Pinang sudah lupa bahawa terlalu banyak saluran dan media alternatif untuk filem itu ditonton. Tanda Putera tetap akan menemui rakyat Malaysia, walau dimana ceruk rantau sekalipun.

TANDA PUTERA kini di pawagam

Filem ini mengisahkan tentang persahabatan yang akrab di antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak (lakonan Rusdi Ramli) dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail (lakonan Zizan Nin) yang terpaksa berahsia serta mengetepikan masalah kesihatan yang dihadapi masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran daripada tercetusnya peristiwa hitam pada 13 Mei 1969. 

Tun Abdul Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarganya tertekan. Beliau juga bimbangkan keselamatan negara pada ketika itu. Mereka berdua juga telah berkongsi doktor melalui Dr. Macpherson (lakonan Ali Steven Shorthose).

Bilik bacaan di rumah Tun Dr. Ismail telah dijadikan klinik rahsia untuk rawatan mereka tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr. Ismail sendiri. 

*Saksikan di pawagam hari ini...
 





Thursday, August 22, 2013

PR Anggap Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Mesir Pembaziran

Sebuah blog pro-PR yang baru muncul, baru-baru ini menyiarkan artikel yang mengkritik tindakan kerajaan untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir.  Menurut blog tersebut, tindakan itu membazirkan beratus juta wang rakyat tanpa sebarang hasil.  Apatah lagi dengan hakikat mereka yang memilih untuk tinggal di sana juga berada di dalam keadaan selamat tanpa ada yang cedera atau terbunuh.  Justeru, tindakan kerajaan itu dilihat sebagai terburu-buru dan silap.
 
Tidak cukup dengan itu, blog tersebut juga membangkitkan soal kononnya kroni UMNO membuat untung menjadi orang tengah dalam proses membawa pulang 4,000 orang yang terlibat melalui tempahan tiket dan macam-macam lagi.  Malah, blog itu juga berhujah bahawa tiada negara lain yang membazirkan wang seperti Malaysia semata-mata untuk menyelamatkan rakyat mereka di negara yang bergolak.   Ini menunjukkan pemimpin-pemimpin UMNO hanya inginkan publisiti semata-mata, katanya.
 
Sudah tentu kita tidak bersetuju dengan PR agar kerajaan mengabaikan rakyat Malaysia di Mesir.  Tetapi, kita bersetuju jika kerajaan mengabaikan saja rakyat Malaysia penyokong Pakatan Rakyat di sana.   Bukan kita tidak tahu bagaimana budi kerajaan dibalas oleh mereka dengan tohmah, fitnah, caci dan penghinaan ketika Ops Pyramid 1 iaitu apabila pemberontakan di Dataran Tahrir merebak.  Langsung mereka tidak berterima kasih malah menganggap itu sudah menjadi tugas kerajaan.  Dan hari ini blog yang menyokong mereka sendiri mendedahkan bahawa kerajaan negara lain tidak melakukan apa yang kerajaan Malaysia atau pemimpin UMNO lakukan.  Sebenarnya apa yang pemimpin UMNO lakukan adalah amat mulia sekali kerana turut menyelamatkan rakyat yang mencercanya dan sanggup melakukannya sekali lagi.   
 
Justeru, kita berharap agar kerajaan mendengar seruan blog Negara Pakatan Rakyat ini agar meninggalkan sahaja penyokong mereka di sana.  Lagipun, dari apa yang kita lihat, ramai dari kalangan pelajar penyokong mereka yang enggan pulang.  Malah, mereka bangga menunjuk sokongan terhadap bekas Presiden, Morsi dan tidak kisah sekiranya tentera Mesir turut menjadikan mereka sebagai sasaran.   Pastinya mereka mendambakan syahid.   Oleh itu, siapalah kita untuk menghalang cita-cita mereka. Bagaimanapun, kita menyokong agar kerajaan membawa pulang hanya 'rakyat yang berguna' untuk negara sahaja iaitu penyokong-penyokong BN dan mereka yang di atas pagar.  Mereka-mereka ini pastinya mempunyai lebih kesedaran tentang pentingnya memelihara kestabilan.   Tidak seperti penyokong PR yang bakal membawa Malaysia ke arah jalan yang sama dengan Mesir bila pulang nanti.
 
Malaysia tidak perlukan manusia-manusia perosak yang tidak beradab dan tidak tahu berterima kasih.  Cukuplah kita mendapat pengajaran dari sikap bangsa Arab di Mesir yang suka bertelagah sesama sendiri.  Janganlah kita membawa pulang rakyat kita yang mempunyai mentaliti yang sama dengan bangsa Arab itu untuk memusnahkan negara ini juga.
 
 

Isu Kalimah Allah: Bukti UMNO Pertahan Islam

Tidak salah jika dikatakan bahawa Kalimah Allah tidak mungkin menjadi isu jika PAS tidak bersekongkol dengan DAP.  Persekongkolan PAS dengan DAP telah membawa kepada dolak-dalih dan 'flip-flop' dalam kes kitab Injil berbahasa Melayu yang menggunakan Kalimah Allah bagi menggantikan nama Tuhan Kristian.  Suatu ketika PAS menyokong DAP dan menggesa kerajaan membenarkan Injil tersebut diedar dan suatu ketika pula, PAS menafikan pula yang mereka pernah menyokong DAP dalam isu tersebut.
 
Dolak dalih atau 'flip-flop' adalah tanda kelemahan dan DAP tidak mengambil masa yang lama untuk mengeksploitasi kelemahan PAS bagi menekan kerajaan, sekali gus mencabar agama Islam serta mempromosi Kristian.  Akibatnya, kerajaan UMNO yang bertegas enggan membenarkan Injil tersebut disebar kini dicabar di mahkamah.    Perkara ini tidak mungkin terjadi jika PAS sejak dari awal lagi tidak memberi muka kepada DAP untuk memainkan isu ini.  Malang sekali apabila kerajaan telah kalah kepada pihak gereja dalam perbicaraan awal.  Dan kini, kita sedang menunggu keputusan mahkamah rayuan pula.
 
Walaupun PAS menafikan yang mereka menyokong DAP dalam isu ini, sehingga kes ini ke mahkamah, PAS terus 'malu alah' untuk ke hadapan dalam mempertahankan Kalimah Allah.  Inilah buktinya bahawa PAS sedar akan kesilapan mereka tetapi enggan mengakuinya.  Ia juga membuktikan bahawa PAS masih ingin menjaga hati DAP dan nekad untuk terus bersama DAP walaupun menyedari bahawa DAP adalah musuh Islam.  Setakat artikel ini ditulis, mahkamah masih belum membuat keputusan.   Justeru, umat Islam kini sedang menunggu dengan cemas.  Beberapa NGO turut meluangkan masa berkumpul di mahkamah, melaungkan Allahuakbar dan berdoa akan kemenangan di pihak kerajaan.   Jika PAS benar pertahankan Islam, maka PAS juga wajib menerima hakikat bahawa mereka harus turut mendoakan kemenangan kerajaan UMNO dalam rayuan kes ini.   
 
Episod ini seharusnya membuka mata semua pihak bahawa yang mempertahankan Islam itu adalah kerajaan UMNO dan bahawa kerajaan tidak pernah campurtangan dalam sistem perundangan mahupun institusi kehakiman.
 
Dengan itu, PAS seharusnya malu jika terus menggunakan hujah bahawa UMNO tidak mempertahankan Islam lagi selepas ini.  Manakala Pakatan Rakyat pula, secara keseluruhannya tidak berhak lagi menggunakan hujah bahawa kerajaan menguasai mahkamah apabila saja mereka kalah di mahkamah.

MAS Tidak Diswastakan: Bukti Najib Percaya Pada Melayu

Ramai yang mengeluh lega apabila Dato' Seri Najib mengumumkan bahawa MAS tidak akan diswastakan. MAS telah lama menjadi 'perhatian' rakyat kerana syarikat penerbangan nasional ini telah mencatatkan kerugian yang berterusan selama beberapa tahun.  Akibatnya, ramai yang menyalahkan kerajaan dengan mengheret sekali nama UMNO dan Barisan Nasional sebagai tidak cekap, korup dan sebagainya.  

Apatah lagi di zaman internet ini di mana  hampir tiada lagi yang menjadi rahsia termasuk segala kontrak, vendor atau pembekal yang berurusan bagi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.   Oleh itu, tidak hairanlah apabila ada cadangan agar MAS diswastakan bagi mengelak nama kerajaan dan UMNO/BN terjejas dengan sikap mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab yang mungkin terlibat dengan sebarang urusan syarikat tersebut. Walaupun begitu, MAS tetap dilihat sebagai simbol dan maruah negara memandangkan ia membawa status 'nasional'.  Rata-rata, rakyat turut berkongsi kebanggaan dengan pencapaian MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan yang berprestij yang menawarkan perkhidmatan cemerlang dengan rekod keselamatan yang sempurna.  Walaupun bersaing dengan syarikat penerbangan lain, MAS tidak pernah mengalami penurunan jumlah penumpang.  Ia terus dipuji dan disanjung sebagai pilihan utama dalam memilih syarikat penerbangan. 

Jumlah penumpang yang ramai dan reputasi yang hebat sudah cukup untuk memberi kita keyakinan bahawa MAS masih punya harapan untuk pulih dari kerugian. Oleh itu, keputusan Dato' Seri Najib untuk tidak menswastakan MAS merupakan keputusan yang tepat.  MAS belum rosak sepenuhnya, malah ia berpotensi untuk 'terbang lebih tinggi'.   Apa yang ia perlukan hanyalah pengurusan yang cekap, bijak dan ikhlas untuk memastikan syarikat ini berjaya.   Memandangkan syarikat ini berkait rapat dengan kerajaan, pengurusan MAS juga wajib mempunyai ketegasan yang tinggi dan mungkin juga keberanian untuk menolak sebarang pengaruh politik dalam membuat keputusan.  Walaupun perniagaan mungkin akan lebih maju jika mempunyai kaitan dengan rangkaian politik, tetapi 'pengurusan perniagaan' dan 'ahli politik' seringkali merupakan gabungan yang memusnahkan.   Pun begitu, dalam mengejar keuntungan kita tidak harus membelakangkan semangat nasionalisme dan patriotisme. 

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa isu MAS mampu memberi impak besar kepada kerajaan BN.  Cara isu ini ditangani mampu memberi gambaran yang lebih jelas akan halatuju dan juga prinsip yang dipegang oleh kepimpinan hari ini.   Nampaknya, Dato' Seri Najib telah membuat keputusan yang menepati harapan rakyat sekali gus berjaya meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya.

MAS Tidak Diswastakan: Bukti Najib Percaya Pada Melayu

Ramai yang mengeluh lega apabila Dato' Seri Najib mengumumkan bahawa MAS tidak akan diswastakan. MAS telah lama menjadi 'perhatian' rakyat kerana syarikat penerbangan nasional ini telah mencatatkan kerugian yang berterusan selama beberapa tahun.  Akibatnya, ramai yang menyalahkan kerajaan dengan mengheret sekali nama UMNO dan Barisan Nasional sebagai tidak cekap, korup dan sebagainya.  

Apatah lagi di zaman internet ini di mana  hampir tiada lagi yang menjadi rahsia termasuk segala kontrak, vendor atau pembekal yang berurusan bagi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.   Oleh itu, tidak hairanlah apabila ada cadangan agar MAS diswastakan bagi mengelak nama kerajaan dan UMNO/BN terjejas dengan sikap mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab yang mungkin terlibat dengan sebarang urusan syarikat tersebut. Walaupun begitu, MAS tetap dilihat sebagai simbol dan maruah negara memandangkan ia membawa status 'nasional'.  Rata-rata, rakyat turut berkongsi kebanggaan dengan pencapaian MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan yang berprestij yang menawarkan perkhidmatan cemerlang dengan rekod keselamatan yang sempurna.  Walaupun bersaing dengan syarikat penerbangan lain, MAS tidak pernah mengalami penurunan jumlah penumpang.  Ia terus dipuji dan disanjung sebagai pilihan utama dalam memilih syarikat penerbangan. 

Jumlah penumpang yang ramai dan reputasi yang hebat sudah cukup untuk memberi kita keyakinan bahawa MAS masih punya harapan untuk pulih dari kerugian. Oleh itu, keputusan Dato' Seri Najib untuk tidak menswastakan MAS merupakan keputusan yang tepat.  MAS belum rosak sepenuhnya, malah ia berpotensi untuk 'terbang lebih tinggi'.   Apa yang ia perlukan hanyalah pengurusan yang cekap, bijak dan ikhlas untuk memastikan syarikat ini berjaya.   Memandangkan syarikat ini berkait rapat dengan kerajaan, pengurusan MAS juga wajib mempunyai ketegasan yang tinggi dan mungkin juga keberanian untuk menolak sebarang pengaruh politik dalam membuat keputusan.  Walaupun perniagaan mungkin akan lebih maju jika mempunyai kaitan dengan rangkaian politik, tetapi 'pengurusan perniagaan' dan 'ahli politik' seringkali merupakan gabungan yang memusnahkan.   Pun begitu, dalam mengejar keuntungan kita tidak harus membelakangkan semangat nasionalisme dan patriotisme. 

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa isu MAS mampu memberi impak besar kepada kerajaan BN.  Cara isu ini ditangani mampu memberi gambaran yang lebih jelas akan halatuju dan juga prinsip yang dipegang oleh kepimpinan hari ini.   Nampaknya, Dato' Seri Najib telah membuat keputusan yang menepati harapan rakyat sekali gus berjaya meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya.

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.