Monday, February 18, 2013

Mengapa Deepak Masih Bujang?

Dalam isu terbaru Deepak Jaikishan berkenaan dengan pendedahan beliau terhadap apa yang gagal dilakukan oleh SUARAM, kisah berkenaan 'kaitan Perdana Menteri dan isteri terhadap pembunuhan seorang model dari Mongolia yang dikatakan sebagai penterjemah bagi 'skandal 'transaksi pembelian kapal selam Scorpene, Altantuya, Deepak telah membuat pendedahan tergempar terhadap bekas penganalisa politik yang yang digugurkan dari menjadi suspek utama dalam kes pembunuhan tersebut, Razak Baginda, atas alasan beliau mandul.

Razak Baginda didakwa mempunyai hubungan sulit bersama Altantuya. Namun, tiada bukti yang dapat ditunjukkan bagi mengesahkan perkara tersebut. Mungkin pada Deepak, mendedahkan nama Razak Baginda dan memalukan beliau adalah sesuatu yang perlu dilakukan kerana hanya perkara tersebut yang boleh mengaitkan pembunuhan Altantuya, dengan Perdana Menteri.
Mungkin Deepak lupa bahawa Razak Baginda telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Deepak mungkin boleh berkata bahawa Razak Baginda baru sahaja mengalami masalah tersebut kerana anak beliau dilahirkan pada tahun 1987.
Namun, ini masih tidak memberi sebarang jawapan terhadap dakwaan Deepak.

Mengapa Deepak masih lagi mahu membuat pendedahan-pendedahan ini walaupun segala masalah beliau di mahkamah tentang masalah perniagaan beliau sudah selesai? Mungkin Deepak masih mahukan sesuatu, jika tidak, mengapa Deepak menyambung kerja-kerja yang gagal dilakukan oleh SUARAM? Bagaimanapun, terdapat beberapa komen daripada pemerhati-pemerhati kes Deepak di mahkamah yang mungkin dapat memberikan kita jawapan jelas. Ramai yang mendakwa bahawa Deepak kelihatan tertekan, hilang arah dan tidak selesa. Ada juga yang mengatakan bahawa Deepak mungkin mengalami masalah tekanan kerana kehilangan jumlah wang yang banyak. Namun, jika kita lihat kembali kepada Deepak, mungkin kita dapat tahu mengapa beliau membuat dakwaan mandul terhadap Razak Baginda.

Deepak Jaikishan a/l Jaikishan Rewachand kini berumur 40 tahun. Sebelum perniagaan beliau mengalami masalah besar, beliau dikatakan sebagai seorang yang berjaya, datang dari keluarga yang berpengaruh dalam pembangunan dan pelaburan hartanah. Telah dilaporkan bahawa dibawah pimpinan Deepak, kedua-dua syarikat beliau, Carpet Raya Sdn Bhd dan Tek Holding Sdn Bhd (syarikat pembangunan dan pelaburan hartanah), berjaya menjana wang hingga berbilion-bilion. Bursa Malaysia menyatakan, dari tahun 2000 hingga 2009, Deepak berjaya menyiapkan projek-projek pelaburan hartanah yang berjumlah kira-kira RM3 billion. Bagi industri permaidani pula, Deepak telah berjaya membuka dan mengambil alih kilang pembuatan terbesar di Malaysia yang dikenali sebagai Mulia Carpet Sdn Bhd.

Pada tahun 2000, unit pembuatan ini dikatakan sebagai satu-satunya kilang pembuatan yang menghasilkan benang permaidani sendiri. Pada tahun 2003, Deepak telah membuka sebuah kilang pembuatan (Premier Weavers) yang mempunyai teknologi menenun yang terkini di Malaysia. Deepak telah berkecimpung dalam industri permaidani selama 15 tahun. Dengan segala kejayaan yang dikecapi, hanya satu perkara sahaja yang masih belum cukup untuk Deepak, seorang wanita. Deepak adalah seorang usahawan berjaya yang masih bujang. 

Jika kita lihat pada logik, Deepaklah yang sebenarnya mempunyai masalah 'dalaman', bukannya Baginda. Menuduh Baginda dengan mengatakan bahawa beliau mandul kelihatan seperti Deepak hanya menipu diri sendiri. Jika perkara ini benar, ini bukanlah pertama kali pihak Pembangkang mengupah orang yang mempunyai masalah mental untuk mambantu mereka menipu rakyat. Raja Petra Kamaruddin, individu yang dipercayai telah menulis skrip terhadap kes pembunuhan ini, juga dikatakan mempunyai masalah mental ketika beliau muda. Bagaimanapun, Raja Petra  telah membuat U-turn terhadap perkara yang sedang diceritakan oleh Deepak.

Terdapat juga kemungkinan mengapa seorang ahli perniagaan yang berjaya ini masih lagi bujang, mungkin Deepak tidak mempunyai sebarang minat terhadap wanita, mungkin Deepak adalah seorang homoseksual.
Mungkin ini juga kebetulan, Pembangkang juga sering mengupah golongan gay untuk melakukan kerja-kerja mereka. Ini mengingatkan kita terhadap Hakim V.T. Singham yang dikenali sebagai penyokong pembangkang kerana sering membuat keputusan yang berat sebelah dan sering memihak kepada pihak pembangkang. Sama seperti Deepak, Hakim V.T. Singham juga berada pada peringkat umur yang sama, dan juga masih bujang. 

No comments :

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.