Friday, August 16, 2013

Mesir dirayu bersikap waras

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Masyarakat dunia digesa merayu kepada Mesir untuk kembali bersikap waras, sekali gus menghentikan permusuhan dengan serta-merta yang telah mengakibatkan pertumpahan darah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, emosi pihak yang terlibat dalam kejadian berdarah itu ketika ini berada di tahap tinggi sehingga mengatasi nilai kemanusiaan, selain kurang memahami erti demokrasi.

Seluruh dunia perlu merayu kepada Mesir untuk kewarasan. Sekarang ini mereka ‘gila’, sebab itu mereka bunuh sesama sendiri, mereka lakukan sama seperti Israel lakukan.

Jadi kita hanya boleh merayu sahaja, apa lagi yang mampu kita buat kerana kita hanya negara kecil bukan sama besar dengan Amerika Syarikat,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu Palestin di sini hari ini.

Sebanyak sembilan NGO berkaitan hadir dalam majlis yang dianjurkan Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF).

Pasukan keselamatan Mesir semalam dilaporkan mula menggempur penyokong bekas Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi seawal pukul 7 pagi.

Ikhwanul Muslimin mendakwa, kira-kira 2,200 orang maut manakala lebih 10,000 yang lain cedera dalam operasi yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan Mesir di dua kem utama penunjuk perasaan pro-Mursi.

Terdahulu, ketika berucap dalam majlis tersebut, beliau yang juga Presiden PGPF berkata, orang Islam ketika ini begitu ‘sibuk’ berbunuhan sesama sendiri, sama seperti apa yang dilakukan oleh musuh Islam.

Katanya, perpaduan masyarakat Islam sudah berpecah apabila masing-masing mahu berkuasa dengan cara menggulingkan pihak yang berjaya memerintah.

Namun, jelas beliau, keadaan sebegitu boleh berlaku di negara ini jika ada sesetengah pihak mahu melihat kejadian seumpamanya turut berlaku.

Jika kita suka, mungkin perkara itu boleh berlaku, sebab ada sesetengah pihak mahu melihat berlaku di sini dan boleh turunkan kerajaan. Namun, saya rasa rakyat Malaysia kurang beremosi, baik- baik sahaja dan tidak suka berbunuh sesama sendiri,’’ katanya.

Dalam pada itu, mengulas tentang nasib rakyat Palestin, beliau berkata, semua pihak perlu mencapai kesatuan dengan satu tujuan untuk membantu rakyat negara itu walaupun masing-masing berbeza pendapat.

Saya percaya walaupun kita tidak mencapai kesatuan menyeluruh, sekurang-kurangnya kita sepakat kepada tujuan.

Kita boleh tidak bersetuju kepada beberapa perkara, tetapi apabila mahu menyediakan air, ubat dan makanan kepada mereka yang nak dibantu, kita boleh bekerjasama,’’ katanya.
source: Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.