Wednesday, November 6, 2013

Pas Menang Tipis Di Sungai Limau

Seperti yang telah dijangkakan sebelum ini, Pas akhirnya berjaya mengekalkan penguasaannya mereka di Sungai Limau apabila menyaksikan calon parti itu berjaya mengalahkan Barisan  Nasional / Umno dalam pilihanraya kecil pada kali ini.
 
BN meletakkan bekas pensyarah kanan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim, 52 sebagai calonnya menentang satu lawan satu dengan calon Pas, Mohd. Azam Abdul Samat, 37. Mengikut data rasmi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), calon Pas telah berjaya memperolehi 12, 069 undi berbanding calon BN sebanyak 10,985 dengan jumlah majoriti 1,084 dengan jumlah yang keluar mengundi sebanyak 85.5 peratus. Pada pilihanraya umum ke-13 (PRK-13) yang lalu, Pas berjaya memperolehi sebanyak 13,294 undi berbanding calon BN 10,520 undi dengan majoriti 2,774 dengan jumlah yang keluar mengundi sebanyak 89.44 peratus.
 
Sebanyak 23,249 pengundi yang keluar untuk mengundi bermula pada pagi tadi, 27,222 pengundi akan menentukan calon daripada parti manakah yang bakal 'ditabalkan' sebagai wakil rakyat baru kawasan itu berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September lalu. Daripada jumlah pengundi tersebut, 25,323 pengundi atau 93.02 peratus terdiri daripada kaum Melayu manakala Cina (1,842 atau 6.77 peratus) dan India (15 atau 0.06 peratus).  Pada PRK-13 lalu, Allahyarham Azizan menewaskan calon BN, Mohd.Fazillah Mohd.Ali dan dua lagi calon Bebasn dengan majoriti 2,774 undi.
 
Walaupun pada awalnya, Pas dijangka mendapat laluan mudah untuk mengekalkan kerusi tersebut memandangkan DUN Sungai Limau dikatakan kubu kuat parti itu, namun BN dikatakan berjaya menembusi kubu itu khususnya melalui jentera dan gerak kerja yang dilakukan oleh Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO. Malah melalui keputusan tersebut juga menyaksikan bagaimana beberapa kubu kuat parti itu seperti Bukit Choras, Bukit Besar, Sungai Dedap, Kabu Sepuloh, Sungai Limau dan Sedaka berjaya ditembusi oleh BN. Ia secara tidak langsung membuktikan wujud penolakan di kalangan ahli dan penyokong parti itu yang pernah mengundi Allahyarham Azizan.
 
Malah menurut laporan yang diterima, rata-rata masyarakat di Kedah menyedari akan wujudnya perancangan jahat untuk menyingkirkan Allahyarham Azizan yang dikatakan begitu mesra dengan pemimpin dan orang Umno. Ia sekali gus menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penyokong Phahrolrazi dan Mahfuz Omar.  Kesimpulannya penyusutan undi Pas adalah berpunca dari masalah dalaman parti itu yang saling ingin menjatuhkan antara satu sama lain. Umno seharusnya menjadikan ia satu pengajaran sekali gus memperbaiki segala kelemahan yang telah dilakukan.


No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.