BN Semakin Popular Di Media Sosial, Pembangkang Semakin Ketinggalan
Inilah realitinya, Barisan Nasional sudah mendahului pakatan pembangkang dalam media sosial. Bulan Februari lepas lagi, Lim Kit Siang sudah mengakui bahawa tentera media sosial pembangkang yang dikenali sebagai “Red Bean Army” sudah pun berkubur.
Menurut kajian terbaru Politweet, 5.8 juta pengguna media sosial Facebook (FB) berumur 21 tahun ke atas semakin berminat kepada Barisan Nasional (BN) berbanding hanya 3.1 juta yang berminat dengan Pakatan Harapan. Politweet adalah sebuah firma penyelidikan yang membuat kajian mengenai media sosial di Malaysia.
Menurut kajian yang dilakukan Politweet pada Julai 2017, 51.6% atau 3.3 juta pengguna Facebook berumur 21 tahun adalah peminat eksklusif kepada BN berbanding hanya 9.4% atau 600,000 yang dikenalpasti sebagai peminat eksklusif Pakatan Pembangkang manakala 39.1% atau 2.5 juta meminati kedua-duanya.
Bukan itu sahaja, menurut kajian bebas itu turut mengesan kecenderungan pengundi muda di Malaysia sekarang ini lebih minat kepada UMNO dengan jumlah sebanyak 4.4 juta orang (68.8%), PKR 1.8 juta (28.1%), DAP 1.3 juta (20.3%), PAS 950,000 (14.8%), MCA 740,000 (11.6%), Gerakan 150,000 (2.34%) dan MIC 81,000 (1.3%).
Mengikut data daripada SPR mengikut suku tahun 2/2016, jumlah pengundi muda yang dijangkakan mengundi pada PRU14 adalah sejumlah 5.1 juta orang. Pengundi muda berusia antara 21-29 tahun mencecah 1.9 juta pengundi. Mereka yang berumur 30-39 tahun pula sebanyak 3.2 juta orang.
Jumlah pengundi muda 5.1 juta ini adalah 37.5% daripada jumlah keseluruhan pengundi yang berjumlah 13.6 juta orang pada PRU14 nanti. Sejumlah 700,000 lagi pengundi yang menyokong BN mengikut kajian Politweet itu bolehlah dikategorikan sebagai mereka yang berusia 40 tahun ke atas.
Jika dibandingkan dengan kajian Politweet itu, 5.8 juta yang berminat kepada BN daripada keseluruhan 13.6 juta pengundi bermakna jumlahnya adalah 42.64%. Manakala pembangkang yang hanya ada 3.1 juta minat pada Pakatan Harapan atau sejumlah 22.7% sahaja.
Jika dibandingkan pula dengan minat rakyat terhadap Facebook Fan Page yang bersifat politik, Social Bakers pula menyenaraikan lima fan pages pro Barisan Nasional yang merupakan “Fastest-Growing Politics Pages in Malaysia” pada minggu lepas iaitu Fan Page Zahid Hamidi yang bertambah 44,273 fans, MCA yang bertambah 2,257 fans, Friends Of Barisan Nasional yang bertambah 2,240 fans, Irmohizam Ibrahim yang bertambah 805 fans dan Noh Omar yang bertambah 726 fans dalam masa seminggu lepas.
Menurut Politweet lagi, populariti Pakatan Harapan juga mencatatkan penurunan mendadak sebanyak 7% dari kalangan anak muda. Bermakna orang muda sekarang sudah mulai pandai menyemak dan menyaring sesuatu berita yang disampaikan oleh pemimpin pemimpin Pakatan Harapan.
Misalnya, cara pembohongan bersiri Guan Eng yang cukup memualkan rakyat. Jika rakyat boleh menilai semua jawapan yang Guan Eng terhadap isu banjir, isu rasuah, isu kajian terowong dan isu kilang haram, rakyat boleh tahu bahawa Guan Eng hanya berbohong semata mata.
Pada 22 Julai 2016, Politweet turut membuat kajian mengenai kes rasuah Lim Guan Eng. Menurut Politweet, hanya 27 sahaja dari 44 ahli politik DAP yang aktif dalam twitter mempertahankan Guan Eng dalam isu rasuah itu. Lagi 17 orang diam dan mungkin mempercayai Guan Eng benar benar terlibat dalam isu rasuah itu.
Dalam kajian mengenai Guan Eng itu juga, Politweet mendapati 10,627 pengguna twitter mahu Lim Guan Eng disiasat kerana kes rasuah itu. Malah kebanyakkan pengguna twitter juga mengkritik cara jawapan Guan Eng mengenai skandal rasuahnya itu.
Maka tidak hairanlah dalam kajian terbaru pada Julai lepas, Politweet menyatakan sokongan terhadap Barisan Nasional mencatatkan peningkatan sokongan sebanyak 5% daripada golongan anak muda.
Ini adalah impak kepada kerja-kerja ikhlas tanpa henti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat. Terus fokus menjaga ekonomi negara dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Berbanding pembangkang yang hanya mahu anjur demo dan mengutuk apa sahaja usaha usaha baik kerajaan BN kepada rakyat.
Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional pada 30 September 2017, Datuk Seri Najib telah menyatakan ;
“Dengan perkembangan mutakhir ini, berikutan dengan pelancaran sistem pengangkutan yang canggih...MRT, kejayaan berganda Sukan Sea dan sambutan 60 tahun kemerdekaan banyak mempengaruhi suasana yang memberi momentum kepada Barisan Nasional”.
Kajian Politweet yang menyatakan bahawa Barisan Nasional makin popular di media sosial ini selari dengan momentum baik yang disebut oleh Datuk Seri Najib ini. Politweet kata 5.8 juta pengguna media sosial yang berumur 21 tahun ke atas minat kepada Barisan Nasional. Jika dibanding dengan undi Barisan Nasional pada PRU13, ianya sejumlah 5.2 juta atau 46.53%. Naik sejumlah 600,000.
Perlu diingat, itu belum lagi dikira pengundi tegar BN di luar bandar dan di kampung kampung. Data ini sudah pasti gerunkan pembangkang. Jadi, jangan marah kepada rakyat kalau demo pada 14 Oktober ini tidak mendapat sambutan. Memang rakyat secara majoritinya sudah menolak pembangkang pun. Cuma belum mengundi sahaja lagi.
BN semakin bertambah popular kerana hasil kerja keras Datuk Seri Najib dan pemimpin pemimpin BN. Berbanding Pakatan Harapan yang semakin bertelagah berebut kerusi, berebut jawatan dan bergaduh sesama sendiri.
Lebih teruk daripada itu pemimpin Pakatan Harapan penuh dengan skandal dan kudis kudis lama. Paling menarik dalam kajian Politweet itu, PPBM tidak masuk ranking langsung. Patutlah ahli PPBM tidak ramai, tidak layak langsung masuk carta.
Tulisan :
Beruang Biru
BB609, Rabu
11 Oktober 2017
Thursday, October 12, 2017
BN Semakin Popular Di Media Sosial, Pembangkang Semakin Ketinggalan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Advertised
Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.
No comments:
Post a Comment