Monday, October 10, 2011

Majlis Istiadat Penganugerahan sempena Hari Ulangtahun TYT Gabenor Melaka

Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Hari Ulangtahun TYT Gabenor Melaka Tun Khalil Yaakob.


Bengkel Informasi Siber Zon Selatan2011

 



 





Saturday, October 8, 2011

ANUwar iBERAHI yg kita kenal!!!


* seorang Peliwat tanahair
* seorang Pengkhianat negara
* seorang Pelanggan chinese doll
* seorang Perosak bangsa agama aegara
* seorang Penderhaka negara
* seorang Pengunjung hotel kat Siam
* seorang Pemimpin haprak
* seorang Pengganas terkenal
* seorang Perasuah politik
* seorang Pecinta lelaki dan wanita




Keluarga Berpendapatan Rendah Menikmati RM 500



Bajet 2012 menyaksikan kerajaan sangat perihatin kepada rakyat yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah iaitu dengan pengumuman pemberian tunai secara one-off atau sekali sahaja sebanyak RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pembentangan Belanjawan 2012 ini dengan kata lain pemberian tersebut adalah untuk meringankan perbelanjaan seharian rakyat termasuklah dalam belanja menyekolahkan anak-anak.

Antara tinjauan dan pendapat yang diterima semasa menikmati teh tarik di salah satu warung di Bandar Masjid Tanah adalah rata-rata golongan berpendapatan rendah mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri kerana begitu perihatin kepada rakyat dengan pemberian tersebut. Untuk itu, syarat untuk menikmati pemberian tersebut adalah ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana manakala bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos.
Kepada semua pembaca budiman, teks Belanjawan 2012 yang bertemakan ''Dasar Tranformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Rakyat'' boleh dimuat turun
di sini...


Wednesday, September 28, 2011

Politik Harian: Tindakan Biadap Guan Eng… Pemuda Akan Serah Memora...



Tindakan Biadap Guan Eng… Pemuda Akan Serah Memorandum Kepada DAP


Pemuda UMNO menerusi Pemuda UMNO Johor akan menyerahkan memorandum kepada DAP negeri itu berhubung kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang memburukkan negeri Johor baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata memorandum berkenaan akan diserahkan kepada DAP Johor agar Setiausaha Agung mereka menarik balik kenyataan tersebut serta memohon maaf kepada Sultan dan rakyat Johor serta rakyat Malaysia.

“Pemuda melihat kenyataan tersebut tidak bertangungjawab serta biadap apabila memburukkan nEgeri lain dalam usaha menarik pelabur ke Pulau Pinang.

“Cara beliau jelas memperlekehkan negeri lain dan saya melihat kenyataan beliau itu sama dengan apa yang pernah dikeluarkan Lee Kuan Yew sebelum ini.

“Justeru kita akan hantar memorandum dalam masa terdekat dan kita juga mahu tahu daripada mana Guan Eng mendapat statistik berhubung apa yang disebut itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Bangunan UMNO Shah Alam, di sini hari ini.

TV3 menerusi Buletin Utama semalam mendedahkan bagaimana Lim Guan Eng pada majlis makan tengah hari dengan persatuan Wartawan Asing Singapura telah memburukkan negeri Johor yang dianggap tidak selamat apabila berdepan kemungkinan diculik berbanding keselamatan di Pulau Pinang.

Khairy seterusnya menegaskan situasi di Johor sebenarnya jauh lebih baik daripada apa yang disebut oleh Guan Eng kerana Johor hari ini menjadi tumpuan rakyat Singapura untuk membeli belah dan sebagainya.

“Saya rasa kes penculikan bukanlah sesuatu yang berleluasa hingga beliau boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa,”

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata mesyuarat Exco Pemuda UMNO akan diadakan di setiap negeri sehinggalah pilihan raya akan datang.

“Hari ini Selangor telah dipilih sebagai lokasi pertama mesyuarat Exco Pemuda di Luar Kuala Lumpur. Menerusi kaedah ini, kita ambil kesempatan untuk berjumpa dengan kepimpinan Pemuda di peringkat negeri untuk mengetahui dengan lebih dekat persiapan menghadapi pilihan raya nanti.

“Menerusi kaedah ini kita harap jentera kita dapat menyalurkan maklumat serta masalah secara terus kepada keimpinan pusat,” katanya. -MediaUMNO

Tuesday, April 26, 2011

Persidangan Penulis-Penulis Blog Rantau Malaysia-ASEAN Pertama

Media arus perdana perlu juga kritik kerajaan - Tun M
24/04/2011 10:02pm

KUALA LUMPUR 24 April - Media arus perdana dalam negara harus sesekali menjadi pengkritik kerajaan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, ramai yang tidak bersedia untuk mengkritik kerajaan kerana mereka beranggapan mesti menyokong kerajaan sentiasa.
Dr. Mahathir berkata, media arus perdana juga mengamalkan tapisan berita sendiri dan ini memberi persepsi salah, seolah-olah berita mereka ditapis oleh kerajaan.
"Jadi kerajaan kadang-kadang mendapat pandangan yang berat sebelah tentang apa yang dimahukan oleh rakyat. Mereka (media) berpendapat harus lakukan tapisan sendiri.
"Dan ini sudah pasti memberi tanggapan bahawa kerajaan yang menyekat mereka," katanya pada Persidangan Penulis-Penulis Blog Rantau Malaysia-ASEAN Pertama yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. - Bernama

sumber: Utusan Online

Persidangan Blogger Malaysia-Rantau ASEAN

Kerajaan mahu penulis blog bantu bentuk masa depan negara: Najib 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak takut dengan pandangan penulis blog, sebaliknya mahu menjadi rakan blogger kerana pandangan mereka diperlukan, termasuk kritikan membina untuk bersama-sama membentuk masa depan lebih baik untuk negara dan rakyat.

Perdana Menteri juga percaya hubungan antara blogger dan kerajaan akan menjadi jalinan penting atas dasar saling menghormati dengan kedua-dua pihak boleh berbeza pendapat, tetapi jangan sehingga langsung tidak boleh menerima pandangan orang lain."Era kerajaan mengetahui segala perkara... tahu yang terbaik, sudah berlalu. Marilah berdepan dengan hakikat ini. Kita (kerajaan) tidak boleh tidak mengendahkan dan kita tidak akan tidak mengendahkan... kita mahu tahu pandangan blogger yang mewakili masyarakat Malaysia. Kita memerlukan pandangan anda, malah kritikan membina daripada anda. 

"Bagaimanapun, harus ada batas supaya tidak menggunakan ruang siber untuk menipu atau menyatakan separuh kebenaran. Justeru, mesti ada batasan. 

"Jika anda bekerja dalam lingkungan berkenaan (menulis atau memberitahu perkara yang benar dan betul), saya percaya blogger akan memainkan peranan amat penting dalam membentuk masa depan lebih baik untuk Malaysia dan ASEAN," katanya ketika ucaptama pada Persidangan Blogger Malaysia-Rantau ASEAN yang pertama di sini, semalam. 

Hadir sama Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Presiden Blog House Malaysia (BHM), Syed Akbar Ali. Pada majlis itu, Dr Mahathir turut diumumkan sebagai Penaung BHM. 
Najib berkata, aktiviti blog di Malaysia ialah antara yang paling rancak serta bebas di dunia dan pentadbiran negara kepemimpinannya memberi sepenuh komitmen untuk meneruskan janji Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dan membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC) bahawa Malaysia tidak akan menapis Internet. 

"Ada kira-kira 10.1 juta pengguna Facebook di Malaysia ketika ini, malah 500,000 blog sudah wujud sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) pada Mac 2003, iaitu sebelum Tun Dr Mahathir memulakan blog beliau yang kini menarik lebih 30 juta pelawat," katanya. 

Secara keseluruhan, Najib berkata, kebanyakan kerajaan di dunia kini berdepan dengan cabaran media sosial melalui ruang siber, meliputi Facebook, Twitter dan blog yang mampu mempengaruhi serta membentuk pandangan orang ramai, sehingga dalam kes tertentu membawa kepada kejatuhan rejim dan kerajaan atau sekurang-kurangnya mencetuskan kekecohan serta ketidakstabilan. 

Dalam konteks ini, katanya, ketika ditanya wartawan mengenai kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak lalu, beliau memberikan jawapan bahawa demokrasi terbuka dan media online atau demokrasi digital menjadikan pilihan raya semakin sukar serta mencabar untuk dimenangi, terutama dengan majoriti besar oleh mana-mana parti politik. 

"Sehubungan itu, hakikat bahawa kita (BN) berupaya untuk menang melebihi majoriti dua pertiga (dalam PRN Sarawak) dengan sendirinya adalah satu pencapaian yang besar," katanya. 

Najib berkata, demokrasi digital adalah suatu yang tidak dapat dielakkan, malah kerajaan percaya Internet adalah enjin untuk pertumbuhan ekonomi, membina masyarakat berilmu dan berupaya merapatkan rakyat melalui penggunaan yang betul. 

Sementara itu dalam sesi soal jawab bersama peserta persidangan, Najib berkata, kerajaan masih terbuka kepada pendapat orang ramai mengenai cadangan pihak tertentu supaya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan semula, manakala antara masalah paling besar dalam pelaksanaan dasar di negara ini ialah penguatkuasaan yang lemah. 


sumber: Berita Harian 25 Apr 2011

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.