Wednesday, April 3, 2013

Terkini: Laporan Penuh Ucapan PM-Bubar Parlimen #PRU13

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuatkuasa Rabu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan.

Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung melalui televisyen, Najib berkata beliau telah menghadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12 Selasa.

Beliau turut menasihati semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan.

Sarawak mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April 2011 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 55 daripada 71 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Berikutan pengumuman pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian.

Mandat kerajaan semasa akan berakhir pada 28 April 2013.

Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen.

Berdasarkan daftar pengundi terkini, jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara ialah 13.3 juta orang yang berdaftar sehingga Disember 2012.

Sejumlah 222 kerusi parlimen akan dipertandingkan pada pilihan raya umum kali ini termasuk termasuk 31 kerusi di Sarawak, manakala 505 kerusi DUN, akan dipertandingkan di peringkat negeri.

Ketika Parlimen dibubarkan, komposisi di Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai 137 kerusi, manakala selebihnya disandang DAP (29), PAS (23) ,Parti Keadilan Rakyat (PKR) (23) kerusi, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi. Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas.

Pada pilihan raya umum 2008, BN gagal menguasai majoriti dua pertiga Dewan Rakyat setelah hanya menang 140 kerusi berbanding pakatan pembangkang 82 kerusi.

Selain gagal menguasai Kelantan, BN juga gagal mempertahankan pemerintahan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Perak bagaimanapun kembali kepada BN kira-kira setahun kemudian setelah tiga wakil rakyat yang dipilih mengisytiharkan sokongan mereka kepada BN.

Pilihan raya umum kali ini ialah yang pertama buat Najib yang akan memimpin jentera BN selepas mengambil-alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.

Bagi SPR pula, ia akan melaksanakan lapan elemen baharu dalam pilihan raya umum kali ini sebagai langkah penambahbaikan perjalanan pilihan raya selaras dengan cadangan yang terkandung dalam laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya yang dibentangkan di Parlimen pada 3 April lepas.

Lapan elemen itu termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal untuk menggantikan undi pos bagi anggota polis dan tentera, membenarkan undi pos bagi masyarakat Malaysia di luar negara dan warga media serta dan menetapkan tempoh kempen tidak kurang 10 hari.

Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu enam bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang.

Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala pilihan raya kecil DUN ialah di Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.

Jumlah pilihan raya kecil berkenaan antara yang terbanyak dalam sejarah pilihan raya negara selepas penggal 1995 hingga 1999 menyaksikan 17 pilihan raya kecil diadakan. -Bernama
 


Anwar Tiada Kuasa Tentukan Calon Kedah

Baru sahaja kita menyaksikan bagaimana Anwar telah tidak dihormati di Kuantan di mana calon pilihannya yang diumumkannya sendiri telah diejek ahli PKR, kini kita melihat pula bagaimana Anwar hilang kawalan dan tidak mampu membuat keputusan yang mampu memuaskan hati semua pihak di dalam Pakatan Rakyat. 

Ini dapat disaksikan dari perbalahan yang berlaku di beberapa tempat berkenaan kerusi pilihanraya.  Antara insiden terbaru ialah di Kedah apabila DAP mengugut untuk bertanding secara 'solo' yang mungkin membawa kepada pertandingan tiga penjuru akibat kepimpinan negeri telah membelakangkan terus parti itu. 

Lebih menyakitkan hati DAP Kedah ialah apabila Anwar sendiri, tanpa berunding dengan sesiapa telah dengan tidak semena-mena mengumumkan dalam satu ceramah di Kedah bahawa calon dari PKR, iaitu Gooi Hsiao Leung untuk bertanding di kerusi parlimen Alor Setar.  PKR juga telah menamakan N.Surendran untuk bertanding di Padang Serai.

Ketidakpuasan hati DAP Kedah disuarakan oleh Ketuanya, Lee Guan Aik yang turut menegaskan yang beliau akan mempertahankan kerusi Kota Darulaman.  Lee nyata kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan tertinggi parti. 

Tindakan kepimpinan PR yang membelakangkan DAP dan mengambil keputusan tanpa berbincang, menyerlahkan sikap Anwar yang kuku besi serta tidak berkeupayaan mengurus atau mentadbir parti.  Malah, Anwar juga angkuh kerana enggan memberi sebarang komen mengenai isu ini tetapi hanya membuat muka selamba seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. 

Anwar, sepatutnya menjadi tonggak perpaduan kepada PR.  Perlantikan beliau sebagai Ketua dan bakal Perdana Menteri kononnya adalah kerana hanya beliau yang mampu menyatupadukan PAS dengan DAP.  Namun, sebagai Ketua, Pemimpin Tertinggi dan bakal PM, pelik sekali apabila beliau tiada hak untuk memberi kata putus kepada PAS, DAP mahupun PR secara keseluruhan.  

Kita lihat bagaimana Anwar langsung tidak mengambil peduli akan perbalahan dalam DAP sebelum ini, termasuk isu pemilihan CEC yang nyata menimbulkan kontroversi.  Begitu juga dengan isu-isu yang melibatkan ekonomi negeri seperti pembalakan tidak terkawal di Kedah, terowong mega di Pulau Pinang dan berbagai-bagai lagi. 

Anwar juga tidak berupaya untuk menyelesaikan perbalahan antara Kedah dan Pulau Pinang berkenaan isu jual beli bekalan air mentah.  Malah, tidak mampu memberi sebaran komen pun walaupun isu tersebut berlarutan tanpa kata putus.

Apa yang jelas, daripada sebesar-besar isu yang melibatkan ekonomi negeri-negeri jajahan PR, kepada isu-isu yang melibatkan imej dan integriti parti mahupun isu kerusi dalam pilihanraya, sehinggalah sekecil-kecil isu seperti isu setempat dan skandal dalaman yang melanda parti, semuanya bagai berada di luar kuasa Anwar Ibrahim. 

Oleh kerana pilihanraya akan berlangsung beberapa hari sahaja dari sekarang, kedudukan Anwar yang tampak lemah dan kabur ini membuatkan rakyat semakin cuak untuk memberi mandat kepada PR.  Sekali gus bayang-bayang bakal Perdana Menteri PR yang sedia kabur bagaikan terpadam terus.

Ketiga-tiga parti di dalam PR nampaknya berjuang secara syok sendiri dan Anwar juga menjadi bakal PM yang syok sendiri.  Masing-masing dibuai angan-angan berasingan serta berada di dalam dunia mereka sendiri tanpa berpijak di bumi nyata. 

Hari ini, DAP Kedah telah benar-benar tersinggung dan jika benar parti itu bertanding secara solo, maka tidak mustahil langkah tersebut akan menjadi trend bagi negeri-negeri lain yang turut memperlihatkan bagaimana ada saja perbalahan dan ketidakpuasan hati antara PAS, DAP dan PKR. 

Hakikatnya, masalah ini berlaku kerana PR tidak mempunyai pemimpin tertinggi yang benar-benar berkuasa memberi kata putus dan kata putusnya dihormati. 

Bayangkan, bagaimana kita mengharapkan parti ini memerintah negara tanpa pemimpin yang pasti? 

Tuesday, April 2, 2013

Angkatan Muda Keadilan Pening Video Mirip Anwar

Disebalik kesungguhan segelintir penyokong PKR terus menerus mempersendakan kesahihan video "Anwar Ibrahim Sodomy Mahasiswa" namun diam tak diam rupanya ramai anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) amat berkeyakinan individu dalam video itu sememangnya Anwar Ibrahim.

Mereka sudah melihat sendiri video tersebut yang memperlihatkan betapa gersangnya Anwar tika itu ditambah lagi dengan aksi menerkam ke arah pasangannya, menyebabkan masing-masing bercambah keraguan terhadap moral pemimpin tertinggi parti.
Keyakinan mereka kian bertambah apabila baru-baru ini Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli secara tak sengaja telah mengakui Anwar adalah seorang yang peramah dan mudah didekati ketika merujuk kepada video yang disiarkan oleh blogger PapaGomo itu. Dalam beberapa video dan gambar lain sebelumnya terutama sekali video intim Anwar dan Cinadoll, mereka masih lagi sedaya upaya menyalahkan individu dalam video terbabit dilakonkan oleh individu lain yang mirip atau menyerupai wajah Anwar. Kini masing-masing terpaku kelu dan mula menerima hakikat betapa rendahnya moral dan akhlak pemimpin yang dipuja-puji selama ini. Mereka tahu wajah yang mirip Anwar itu memang sah milik Anwar.  Senario ini agak membimbangkan dan memeningkan kepala para pemimpin AMK dan PKR, lebih-lebih lagi jika keadaan ini berterusan dikhuatiri akan menimbulkan kesangsian yang agak serius di kalangan anggota parti terhadap pucuk pimpinan PKR.

Tambahan pula rata-rata di mana sahaja Anwar menyertai aktiviti ceramah atau bertemu muka dengan rakyat sejak akhir-akhir ini, dari hari ke hari kedatangan penyokong PKR dan juga juga semakin berkurangan. Itu petanda jelas semakin ramai yang menjauhi PKR dan PR. Jika ia berlanjutan demikian, bermakna lambat laun ahli parti sendiri akan mula bangkit mempersoalkan akhlak dan morak Anwar seterusnya ia akan meletakkan PKR dalam keadaan bahaya menjelang PRU 13. Apatah lagi tika ini kepercayaan PAS terhadap Anwar juga kelihatan kurang meyakinkan apabila sebahagian pemimpin dan penyokongnya sudah berani menolak Anwar sebagai Perdana Menteri disebabkan faktor akhlak dan moral yang melingkari sisi gelap kehidupan peribadi Anwar.

Selain itu, penggerak-penggerak PAS yang menguasai masjid dan surau juga seboleh mungkin cuba mengelakkan penyertaan Anwar dan pemimpin PKR yang lain dalam sebarang majlis munajat dan solat hajat kerana masing-masing bimbang ia akan memberi impak buruk terhadap imej PAS. Bila ahli parti sendiri semakin meragui akhlak dan moral pemimpinnya ditambah lagi dengan kesangsian rakan sepakatan, kelihatan agak sukar untuk Anwar dan PKR meraih semula kepercayaan sebahagian ahli dan penyokong mereka. Mungkin tertekan dengan keadaan inilah mendorong jentera propaganda PR mula sibuk merekayasa cerita untuk mengaitkan penyebaran video itu dengan UMNO dengan harapan dapat meraih simpati umum.

Tak cukup dengan propaganda sebegitu, PKR cuba pula membuat video palsu bagi mencipta persepsi umum kononnya semua video dan gambar-gambar Anwar sebelumnya adalah rekaan semata-mata. Mungkin kaedah ini mampu menipu penyokong totok PR, tapi orang ramai tidak semudah itu untuk menerimanya bulat-bulat.
 





PEMIMPIN PEMBANGKANG TAKUT KALAH RELA TINGGALKAN PENGUNDI

Puak pembangkang semakin menampakkan sifat hipokrit mereka apabila masing-masing bertempiaran mencari kawasan selamat untuk bertanding.

Bertanding di kawasan di mana mereka menganggap sebagai kubu kuat pembangkang mungkin mampu menyelamatkan karier dan masa depan politik yang kebanyakannya berada di hujung tanduk. Daripada pemimpin PKR seperti Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim, bekas Menteri Besar Perak daripada Pas, Nizar Jamaluddin hinggalah kepada Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang, semuanya mengorbankan kerusi yang disandang sekarang untuk lari meninggalkan pengundi mereka pada Pilihan Raya Umum pada tahun 2008 dahulu. Yang menjadi mangsa ialah rakyat di kawasan itu yang mengharapkan pembelaaan yang tidak kunjung tiba sejak lima tahun di wakili pembangkang. Malah yang lebih terasa pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang ialah para pengundi di kawasan terbabit yang tegar menyokong mereka di peti undi ketika itu.

Pemimpin pembangkang daripada PKR, Pas dan Dap adalah umpama kad bayaran tol 'touch n go'. Mereka datang ke kawasan yang ingini ditandingi, buat bermacam janji manis dan palsu yang mereka tahu tidak akan ditepati, buat fitnah dan tohmah terhadap kerajaan ang di pimpin Barisan Nasional dan kemudiannya menang atas premis politik kotor yang diamalkan puak tersebut. Anwar mahu lari keluar dari Permatang Pauh kerana sudah tidak lagi mampu berdepan dengan kekuatan jentera UMNO-BN yang bakal meranapkan impian beliau ke Putrajaya.

Bukan salah BN kuat di Permatang Pauh tetapi oleh kerana tanggungjawab Anwar yang gagal menjalankan tugas sebagai ahli parlimen di kawasan itu. Daripada menjenguk pengundi serta menjaga kebajikan mereka, Anwar lebih suka berceramah ke sana ke sini, dan yang lebih menyeronokkan bagi dirinya ialah sentiasa berada di luar negara juga berceramah dan memburuk-burukkan negara dan kerajaan Malaysia. Kit Siang juga sudah buat keputusan lari dari Ipoh Timur ke Gelang Patah.

Apabila kerusi sudah goyang di Perak baru teringat kampung halaman dan sekarang mengaku pula anak kelahiran Batu Pahat, Johor walhal tidak pernah pun beliau terkenang atau sekelumit pun menabur bakti di negeri itu apatah lagi kepada penduduk kawasan Gelang Patah. Seorang lagi pemimpin Dap, Liew Chin Tong yang kini mewakili kerusi parlimen Bukit Bendera juga berura-ura bertukar selera ke Kluang pula, kononnya dia berasal dari kawasan itu.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub juga bakal menempah bala di Johor apabila menggunakan alasan negeri kelahirannnya untuk membina tapak politik baru.

Keangkuhan pemimpin pembangkang berhijrah ke Johor di desak oleh beberapa faktor politik antara yang utamanya andaian bahawa negeri kelahiran UMNO itu sudah tiba masanya menerima kehadiran kerajaan negeri pembangkang. Strategi politik cetek yang menganggap Johor 'senang di makan' sebenarnya akan memakan diri pembangkang sendiri. Tujuan Dap adalah untuk melumpuhkan pimpinan MCA di Johor berdasarkan unjuran bahawa pengundi Cina di negeri itu akan memberi undi mereka kepada calon pembangkang. Bagaimana harus di ingat pengundi Cina di Johor bukan seperti pengundi di negeri lain yang agak mudah untuk dipengaruhi pembangkang. Mereka mempunyai contoh pembbangunan pesat di negara jiran di sebelah selatan untuk dijadikan sebagai model. Melihat kepada BN yang telah membawa pembangunan pesat di Johor, pengundi Cina akan berfikir sepuluh kali sebelum bertindak untuk bertukar angin kepada Pakatan Rakyat. Ini kerana melalui dasar pro-bisnes yang menjadi tunggak pemerintahan BN, masyarakat Cina telah berjaya menguasai bidang perniagaan serta membina kekayaan bagi mereka.

Pengundi Cina di Johor tidak akan memgambil risiko besar untuk berkiblat kepada pembangkang hanya berbekalka air liur Anwar atau Kit Siang sahaja. Tempat Chin Tong yang akan dikosongkan pula bakal diisi oleh setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Lim Abdullah aka Christopher Lim yang mengeksploitasi nama pemimpin UMNO yang banyak berjasa, Tan Sri Mohd Khir Johari untuk menumpang tuah politik ayah tirinya. Nizar yang dahulunya bercadang untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Bukit Gantang yang dimenangi pada pilihan raya kecil 2009 juga kini sudah mengubah fikiran. Kini kerusi dewan undangan negeri Pasir Panjang yang kononnya menjadi benteng kuatnya mahu ditingallkan kerana merasakan Changkat Jering lebih selamat baginya.

Ini semua disebabkan perubahan suasana politik yang dilihat lebih memihak kepada BN menjelang PRU ke 13. Kalau dahulu BN dilihat lemah dan diselubungi pelabagai masalah persepsi termasuk kemelut dalaman, kini empat tahun di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, senario dan tanggapan negatif ini telah berubah secara drastik. Kalau dahulu orang BN sendiri dikatakan malu untuk dikaitkan dengan parti mereka, kini terdapat lonjakan semangat baru yang berkobar-kobar untuk memastikan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat digenggam semula dan empat buah negeri tadbiran pembangkang di rampas kembali.
Suasana kebangkitan UMNO dan BN inilah yang menggerunkan Anwar, Kit Siang, Nizar dan ramai pemimpin pembangkang yang lain.

Berdasarkan populariti BN yang semakin meningkat dan diyakini rakyat Pulau Pinang kemungkinan Setiausaha Agung Dap itu kecundang di tangan calon BN tidak boleh diperkecikan malah ia mampu diterjemahkan kepada realiti yang pahit bagi parti cauvinis Cina itu.

23 Tahun Di Tadbir Pas, Kelantan Terjerumus Ke Lembah Maksiat #Bo La Weiiii

Setelah hampir 23 tahun mentadbir kerajaan negeri Kelantan, pimpinan Pas masih lagi dilihat mengunakan Islam sebagai modal untuk menagih simpati yang dijadikan sebagai umpan untuk terus menipu rakyat. Malah Mursyidul Am, Nik Aziz selaku menteri besar sering mengunakan alasan memartabatkan Islam bagi memastikan dirinya terus kekal di tampuk kuasa.


Malah slogan Kelantan merupakan "Serambi Mekah" kerana ditadbir oleh Pas, sebenarnya adalah satu pembohongan. Sedangkan pada hakikatnya, semakin banyak gejala-gejala maksiat yang melibatkan pelacuran, penyalahgunaan dadah dan perjudian telah berleluasa di negeri yang dipimpin Pas ini.

Sebagai contoh awal tahun lalu, masyarakat didedahkan dengan laporan mengenai kewujudan sebuah kedai makan yang dijadikan sebagai pusat karaoke berhampiran rumah Menteri Besar itu. Dengan jarak hanya 600 meter, pusat karaoke itu turut menampilkan wanita dengan tarian 'goyang kucing garong' atau 'tarian punggung'.

Seterusnya Majlis Perbandaran Kota Bharu yang diberi status Bandar Raya Islam terpaksa berdepan denga kerancakan maksiat yang tumbuh bagaikan cedawan di sekitar Kota Bahru terutama di sekitar Jalan Hamzah dan Kampung Limau Manis.

Tidak cukup dengan itu negeri Cik Siti Wan Kembang itu juga pernah mencatatkan peningkatan yang mendadak bilangan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun dalam musim perayaan ini terutamanya sejak dua minggu lalu. Lebih malang dalam kebanyakan kes, mangsa dirogol secara bergilir-gilir.

Menurut angka yang dikeluarkan oleh Polis Negeri Kelantan kes penyalahaan dadah turut menunjukkan peningkatan pada tahun lalu dan menjadi penyumbang kepada peningkatan kes jenayah. Untuk tempoh Januari hingga Ogos 2012, jumlah tangkapan dadah keseluruhan ialah 9,881 orang berbanding tempoh sama pada tahun 2011 iaitu 7,908 orang, menunjukkan peningkatan sebanyak 25 peratus

Bagi kes melibatkan pengedar, sebanyak 417 orang ditahan berbanding 313 orang pada tahun lalu, peningkatan sebanyak 33 peratus. Manakala dadah paling tersohor di Kelantan ialah dari jenis pil kuda nama saintifiknya Methamphetamine (dadah sintetik – campuran bahan kimia).

Maka tidak hairanlah statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada 2011, mendapati setiap 28.8 bagi setiap 100,000 penduduk Kelantan telah dijangkiti penyakit HIV dan AIDS. Malah negeri yang dipimpin oleh mereka yang dikatakan ulama itu turut menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun, sejak 2008 hingga 2009.

Oleh yang demikian, rasionalnya Pas Kelantan dilihat GAGAL untuk membendung kegiatan tidak bermoral ini. Ia berpunca dari sikap angkuh pimpinan PAS Kelantan sehingga menyebabkan gelaja tidak bermoral itu semakin merosakkan rakyat.

Inilah yang dinamakan, "kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak". Mereka yang selama ini melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan BN/Umno kononnya tidak Islamik dan sebagai, terpaksa berdepan dengan musibah Allah SWT kerana sifat riak dan punca perpecahan.

Maka sudah tiba masanya untuk BN/Umno mengambil alih tampuk pemerintahan negeri bagi membetulkan keadaan serta membawa kemajuan sosioekonomi khusus untuk rakyat Kelantan yang terlalu jauh ketinggalan di belakang.

Kesimpulannya, kerajaan Pas Kelantan langsung tidak memperdulikan rakyatnya walaupun parti itu telah menukarkan slogan mereka kepada 'Negara Berkebajikan'. Kalau stadium yang dijanjikan 17 TAHUN yang lalu baru hendak dibina, bagaimanakah nasibnya dengan janji-janji yang pernah ditaburkan? Jawapannya 'Manifesto Bukan Janji'

Sekadar ingin bertanya, apakah jasa Pas untuk rakyat Kelantan?

Apa Hubungan ANUwar dengan Puteri Kiram???

Anda nilai sendiri...

Tangisan Cucu Cicit Cik Siti Wan Kembang [ Dialek Kelantan ]

http://youtu.be/_yrJkZHoAe0

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.