Monday, August 19, 2013

DAP akhirnya 'mengaku' tidak demokratik!

Walaupun dalam kalangan sebahagian besar orang Melayu percaya DAP ialah parti yang hanya memperjuangkan kepentingan orang Cina di negara ini, ia masih mendapat sokongan sebahagian masyarakat India dan segelintir orang Melayu kerana termakan dengan slogan demokratik dan ketelusannya.Kelantangan kritikan DAP terhadap dasar kerajaan dan parti komponen Barisan Nasional sama ada UMNO, MCA atau MIC turut memberi gambaran seolah-olah ia adalah parti politik terbaik selaras dengan namanya- Parti Tindakan Demokratik.

Untuk sekian lamanya, DAP berjaya menutup sebarang kelemahan, nepotisme dan ketidakadilan dalam kepimpinan parti yang menyaksikan pemimpin tidak sehaluan seperti Tan Sri Lee Lam Thye, Wee Chee Keong dan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim meninggalkan parti itu. Ternyata penguasaan Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng dalam DAP cukup kuat sehingga siapa saja yang cuba melawan mereka tersingkir walaupun mempunyai rekod cemerlang sebagai pemimpin parti atau wakil rakyat.Tembelang sebenar DAP khususnya Lim anak beranak, terserlah apabila pemilihan jawatankuasa pusat parti itu pada 15 Disember lalu menarik perhatian umum apabila tiada seorang pun calon Melayu terpilih. Pada masa sama timbul dakwaan daripada ahli parti bahawa ibu pejabat DAP gagal memberi notis kepada 753 perwakilan yang juga ahli sah untuk mengundi dalam pemilihan itu.

Selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengistiharkan Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari, yang sebelum itu di tangga ke-39 sebenarnya berada di tangga ke 20, sekaligus melayakkannya sebagai ahli CEC. Insiden itu membawa kepada peletakan jawatan Pengarah Pilihan Raya DAP, Pooi Weng Keong selain beberapa ahli parti membuat aduan kepada pendaftar pertubuhan (ROS) mendakwa wujud unsur manipulasi dalam keputusan itu. Mungkin kerana mengadapi pilihan raya umum, DAP cuba menutup isu itu manakala ada pemimpinnya menuduh ia adalah konspirasi musuh politiknya. Pada 17 April lalu, ROS mengumumkan penyandang jawatan yang dibentuk oleh CEC pada 15 Disember lalu adalah tidak sah. Selepas tujuh bulan mendapat tekanan daripada pelbagai pihak termasuk ahli akar umbi serta segelintir pemimpin parti, mesyuarat CEC pada malam rabu lalu akhirnya akur dengan arahan ROS untuk mengadakan pemilihan semula CEC dijangka pada November ini.

Namun, Guan Eng mendakwa ROS berat sebelah dalam membuat keputusan berhubung isu pemilihan CEC itu. Beliau juga berkata, pihaknya tidak faham dengan sikap ROS yang masih kekal dengan keputusan tanpa memberi penjelasan kukuh, selain menolak keputusan CEC yang diiktirag syarikat perakuanan. Pengerusi DAP, Karpal Singh pula berkata parti itu membuat keputusan mengadakan pemilihan semula CEC bagi menyelamatkan DAP daripada dibatalkan pendaftaran. Katanya DAP terpaksa mengalah walaupun merasakan arahan ROS tidak mengikut lunas undang-undang. Apapun penjelasan berhubung keputusan itu, ia wujud kepincangan yang disengajakan dalam pemilihan parti itu. Yang menjadi persoalan apakah 'penyelewangan' Disember lalu itu kali pertama berlaku atau pernah berlaku sebelum ini tetapi tidak terbongkar.

Soalan ini mungkin terjawab apabila pemilihan semula diadakan nanti. Ramai berminat untuk melihat sama ada perti yang didominasi kaum Cina itu sedia memilih seorang melayu menduduki CEC, bukan dilantik seperti sebelumnya. Perhatian juga tentu tertumpu kepada tiga jawatan tertinggi parti yang kini disandang oleh Karpal serta Lim dua beranak. Sekiranya mereka kekal, apa lagi tiada cabaran, sudah tiba waktunya DAP berhenti menuduh parti lain sebagai tidak demokratik.    




Sent from Samsung tablet

Friday, August 16, 2013

Mesir dirayu bersikap waras

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Masyarakat dunia digesa merayu kepada Mesir untuk kembali bersikap waras, sekali gus menghentikan permusuhan dengan serta-merta yang telah mengakibatkan pertumpahan darah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, emosi pihak yang terlibat dalam kejadian berdarah itu ketika ini berada di tahap tinggi sehingga mengatasi nilai kemanusiaan, selain kurang memahami erti demokrasi.

Seluruh dunia perlu merayu kepada Mesir untuk kewarasan. Sekarang ini mereka ‘gila’, sebab itu mereka bunuh sesama sendiri, mereka lakukan sama seperti Israel lakukan.

Jadi kita hanya boleh merayu sahaja, apa lagi yang mampu kita buat kerana kita hanya negara kecil bukan sama besar dengan Amerika Syarikat,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu Palestin di sini hari ini.

Sebanyak sembilan NGO berkaitan hadir dalam majlis yang dianjurkan Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF).

Pasukan keselamatan Mesir semalam dilaporkan mula menggempur penyokong bekas Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi seawal pukul 7 pagi.

Ikhwanul Muslimin mendakwa, kira-kira 2,200 orang maut manakala lebih 10,000 yang lain cedera dalam operasi yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan Mesir di dua kem utama penunjuk perasaan pro-Mursi.

Terdahulu, ketika berucap dalam majlis tersebut, beliau yang juga Presiden PGPF berkata, orang Islam ketika ini begitu ‘sibuk’ berbunuhan sesama sendiri, sama seperti apa yang dilakukan oleh musuh Islam.

Katanya, perpaduan masyarakat Islam sudah berpecah apabila masing-masing mahu berkuasa dengan cara menggulingkan pihak yang berjaya memerintah.

Namun, jelas beliau, keadaan sebegitu boleh berlaku di negara ini jika ada sesetengah pihak mahu melihat kejadian seumpamanya turut berlaku.

Jika kita suka, mungkin perkara itu boleh berlaku, sebab ada sesetengah pihak mahu melihat berlaku di sini dan boleh turunkan kerajaan. Namun, saya rasa rakyat Malaysia kurang beremosi, baik- baik sahaja dan tidak suka berbunuh sesama sendiri,’’ katanya.

Dalam pada itu, mengulas tentang nasib rakyat Palestin, beliau berkata, semua pihak perlu mencapai kesatuan dengan satu tujuan untuk membantu rakyat negara itu walaupun masing-masing berbeza pendapat.

Saya percaya walaupun kita tidak mencapai kesatuan menyeluruh, sekurang-kurangnya kita sepakat kepada tujuan.

Kita boleh tidak bersetuju kepada beberapa perkara, tetapi apabila mahu menyediakan air, ubat dan makanan kepada mereka yang nak dibantu, kita boleh bekerjasama,’’ katanya.
source: Utusan Melayu (M) Bhd

Idris Haron sedia dicabar di Tangga Batu


Ketua Menteri, Datuk Idris Haron sedia dicabar oleh mana-mana pemimpin UMNO yang berhasrat bertanding merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu yang disandangnya sejak 2008.
Menurutnya, beliau akan mempertahankan jawatan yang disandangnya menjelang persidangan perwakilan UMNO Bahagian tidak lama lagi.

Bagaimanapun kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, beliau tidak menghalang mana-mana ahli di bahagian itu yang ingin menawarkan diri bertanding merebut jawatan tersebut selaras dengan sistem demokrasi yang dilaksanakan dalam UMNO.

"Pemilihan kali ini secara demokrasi dan saya menyerahkan kepada kebijaksanaan ketua-ketua UMNO cawangan untuk menentukannya.

"Kali ini proses pencalonan tidak ada berdasarkan perlembagaan baharu parti pada semua pemilihan kali ini dan sesiapa sahaja yang berminat bertanding boleh mendaftar nama.

"Layak atau tidak layak untuk mereka bertanding hanya akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO,'' katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri sesi temu ramah secara langsung di radio Melaka FM di sini hari ini.

source: UTUSAN ONLINE

Tuesday, August 13, 2013

Jemaah haji juga layak bertanding - Datuk Ab. Rauf Yusoh

Pindaan tarikh mesyuarat UMNO Cawangan & Bahagian



Tarikh mesyuarat Cawangan UMNO, mesyuarat Bahagian UMNO dan penamaan calon untuk pemilihan parti kepada tarikh yang ditetapkan. Tarikh baru adalah seperti berikut:

I. Mesyuarat Cawangan UMNO dilanjutkan daripada 31 Ogos kepada 15 September 2013;

II. Pendaftaran penamaan calon untuk pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri daripada 7 September kepada 21 September 2013;

III. Mesyuarat pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri ditetapkan pada 12 Oktober 2013;

IV. Penamaan calon untuk pemilihan Majlis Tertinggi UMNO daripada 7 September kepada 28 September 2013;

V. Mesyuarat Bahagian dan hari pemilihan Majlis Tertinggi UMNO dipinda daripada 5 Oktober kepada 19 Oktober 2013.

Pindaan tersebut dibuat berikutan cadangan dan permintaan dari UMNO Bahagian-bahagian dan Cawangan-cawangan yang antaranya ialah tarikh mesyuarat Cawangan sebelum ini berlangsung dalam bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dan tamat tempoh mesyuarat pada 31 Ogos 2013. Dalam masa yang sama dua pemimpin negara luar iaitu Presiden China dan Presiden Amerika Syarikat juga akan berkunjung ke negara ini pada awal Oktober 2013 dan persediaan untuk menerima kedatangan tetamu negara ini perlu dibuat.

Friday, August 2, 2013

DAP Sedia Pecat 753 Perwakilan India

Kes penipuan dalam pemilihan CEC DAP mencatatkan sejarah menarik dalam politik Malaysia.  Sebuah parti pembangkang yang begitu lantang melaungkan ketelusan dan keterbukaan serta sering menghentam kerajaan kerana korup dan sebagainya kini terpahat sebagai parti paling hipokrit dan penipu tegar.
 
Melalui penipuan ini juga terbukti kini bahawa DAP adalah parti paling rasis.  Ini kerana siasatan mendapati bahawa DAP telah dengan sengaja tidak menghantar notis kepada 753 orang ahli dari kaum India yang layak menjadi perwakilan. Selain itu, pengiraan semula yang dibuat pula membuktikan berlakunya manipulasi di mana DAP dengan sengaja memenangkan Zairil Khir Johari setelah pengiraan awal menyaksikan tiada langsung wakil dari kaum Melayu terpilih. 
 
Namun, cubaan DAP untuk mengaburi sikap rasis mereka melalui perlantikan Zairil hanya menyebabkan sikap tersebut semakin terserlah kerana Zairil bukan Melayu tetapi Cina.  Kenapakah seorang Cina yang diangkat dan diumumkan sebagai 'wakil Melayu' melainkan kerana DAP terlalu rasis sehingga tidak sanggup meletakkan Melayu dalam barisan kepimpinan parti itu?  Tidak cukup dengan tidak telus, menipu dan rasis, DAP juga kini terbukti sebagai kejam apabila menolak keputusan ROS agar diadakan pemilihan semula.  Sudah tentu sekali DAP tidak sanggup mengadakan pemilihan semula kerana ia akan bermakna mereka terpaksa menjemput 753 orang perwakilan India yang telah diketepikan sebelum ini.  Ini juga bermakna mereka perlu menghadapi kemungkinan Zairil mendapat undi corot sekali lagi sepertimana pengiraan awal.   Malah, ia mungkin menyebabkan kedudukan Guan Eng dan kroni  serta kuncunya terpelanting.
 
Untuk mempertahankan kedudukan, DAP tidak akan sekali-kali membela hak perwakilan yang telah diragut mereka.  Malah, DAP sanggup memecat 753 orang perwakilan India itu pada bila-bila masa asalkan tiada pemilihan semula.  Tidak mustahil, inilah sebenarnya yang DAP mahukan iaitu agar semua ahli-ahli faham bahawa kepimpinan DAP adalah hak kaum Cina dan kaum-kaum lain hanya diperlukan untuk menutup warna rasis parti itu sahaja.  Justeru, kaum India dan Melayu tidak perlu susah-susah bertanding mahupun menghadiri mesyuarat parti, cukup dengan menjadi kuli dan balaci untuk meraih undi Melayu dan India.  Jika sikap DAP ini bukan rasis, samseng, diktator dan kejam, maka apakah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan mereka?   Nampaknya, pemimpin-pemimpin DAP mempunyai sikap jahat yang lengkap termasuk hipokrit, penipu dan tidak tahu malu.  Biar seluruh dunia mengetahui yang mereka menipu, asalkan mereka dapat memastikan kaum mereka berkuasa.
 
Jelas, DAP adalah sebuah parti yang langsung tidak mempunyai nilai-nilai murni kemanusiaan dan ketamadunan.  Bayangkan sekiranya parti ini berjaya menjadi pemerintah, pastinya 'tragedi 14 hari Malaya di bawah penguasaan komunis' akan berulang.  


Mat Sabu Dari Golongan Syiah Mana???

Mengikut Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, hanya dua golongan Mazhab Syiah yang diterima untuk diamalkan di Malaysia iaitu Al – Zaidiyah dan Jaafariah.  Namun, secara dasarnya umat Islam di Malaysia hendaklah mengikut ajaran Islam yang berasaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

Walaupun terdapat penetapan mengenai Syiah oleh Majlis Fatwa, malangnya, kita sukar sekali untuk mengenalpasti golongan Syiah yang manakah yang diamalkan oleh kelompok-kelompok Syiah di negara ini.  Namun, kita anggapkan mereka mengamalkan ajaran Syiah yang diharamkan berdasarkan pendekatan mereka yang berselindung sebelum ini serta cara mereka beramal yang jelas bertentangan dengan AlQuran.

Kesimpulan ini didapati dari beberapa rencana serta rakaman video yang tersebar luas di internet.  Kita dapati, selain solat berbeza, puak-puak Syiah juga ada yang menambah nama imam mereka di dalam syahadah.  Ini tentu sekali bertentangan dengan AlQuran.  Itu belum  lagi disiasat sama ada mereka turut mengamalkan muta'ah, liwat serta mencerca sahabat dan isteri Rasulullah SAW sepertimana Syiah di Iran.   

Apa yang membimbangkan ialah akhir-akhir ini, Syiah di Malaysia semakin berani menyerlahkan diri.  Antara individu yang telah diketahui umum sebagai pengamal Syiah ialah Faizal Tehrani, seorang karyawan, Khalid Ismat anak muda separuh masak penyokong PKR tegar yang 'membina nama melalui demonstrasi ganas' serta Mat Sabu iaitu Naib Presiden PAS.

Mungkin kita boleh ketepikan saja Khalid Ismat yang tidak membawa apa-apa signifikan kepada masyarakat, tetapi Faizal Tehrani dan Mat Sabu wajar diberi perhatian oleh pihak berkuasa agama di negara ini.  Faizal Tehrani didapati sering memasukkan ideologi Syiah dalam karyanya secara nyata dengan mengetengahkan nama-nama pemimpin Syiah serta 12 imam-imam yang disanjung mereka.

Manakala Mat Sabu pula tidak pernah mengakui yang beliau berpegang kepada fahaman Syiah.  Bagaimanapun, ramai di kalangan PAS sendiri yang telah mendedahkan serta mempersoalkan pendirian Mat Sabu mengenai Syiah memandangkan beliau sering memuji-muji tokoh Syiah serta kerap berulang-alik ke Iran berjumpa dengan puak Syiah di sana. Malah, dalam beberapa demonstrasi sebelum ini, Mat Sabu pernah membawa anak-anak muda yang turut mengangkat poster tokoh-tokoh Syiah.

Justeru, ramai di kalangan PAS yang mengesahkan bahawa Mat Sabu adalah Syiah dan kurang senang dengan beliau. Malangnya, pemimpin PAS hanya memekakkan telinga dan memejamkan mata.  Walaupun mulut mereka lantang menghentam Syiah dan mengharamkannya di dalam PAS, namun mereka tidak pernah 'menyoal-siasat' Mat Sabu. PAS sanggup membiarkan Mat Sabu menjadi orang nombor dua parti itu walaupun fahamannya diragui.   Mungkin juga alasannya ialah Mat Sabu berpegang kepada ajaran Syiah Al – Zaidiyah atau Jaafariah.  Namun, bagaimana kita boleh memastikannya jika tiada siasatan dilakukan?

Sekiranya Mat Sabu benar-benar pengamal Syiah yang haram di Malaysia, PAS wajib memecatnya sepertimana pendirian rasmi parti.  Jika tidak PAS akan dilihat sebagai munafik.  Lebih dari itu, membiarkan Mat Sabu berada di jawatannya meletakkan PAS dalam risiko dipimpin ke arah kesesatan yang pasti. Namun, kita tidak hairan jika PAS mengambil remeh soal kesesatan Syiah kerana PAS juga mengambil remeh soal murtad.  Malah, PAS juga melebihkan kafir harbi dari saudara Islam sendiri.

Pelik sekali kerana PAS meremehkan soal sesat dan murtad tetapi lebih berminat untuk menghukum mereka yang dianggap jahil.    Selagi PAS tidak mampu mengenalpasti mana yang lebih berat antara murtad, sesat dan jahil, selagi itulah PAS sendiri berada dalam kesesatan. 




Sent from Samsung tablet

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.