Tuesday, March 1, 2016

Raptor Watch 2016, 12 March 2016. @Tourism_Melaka @Idris_Haron @aasmaliana @misrommatleham @SahabatMediaMka

Raptor Watch 2016 is flying back to the shores of Tanjung Tuan!  It will be held on March 12th, 2016 (Saturday) at the Tanjung Tuan Forest Reserve.  Staple favourite activities including guided walks/arts & craft/games will be featured, but don’t forget to visit the main stars of the event – our majestic raptors who will be circling around the iconic Cape Rachado lighthouse at the top of the hill!

https://mnsraptorwatch.wordpress.com/2016/01/27/raptor-watch-2016/

Thursday, January 28, 2016

Destination Melaka-Tourism Melaka Mobile Apps

Hassle free now in Melaka with first Tourism Melaka Mobile Apps, DESTINATION MELAKA with lots of informations on hotel and accommodation, foods, destination, events etc. Available to download now in Google Play Store and in coming February for Apple iOS users.

 
Check out http://destinationmelaka.my/ for more info. Brought to you by Tourism Melaka and Telekom Malaysia! 





Monday, January 18, 2016

Lagu 'Berjuanglah' Melaka United




Allahyarham Hamidi Bin Hj.Hamid Pencipta Lagu Berjuanglah (Melaka United) diciptakan khas utk pasukan tersebut pada tahun 2014. Sahabat-sahabat arwah telah menyiapkan keseluruhan lagunya demi melunaskan hasratnya karyanya yg terakhir. Lagu sepenuhnya telah siap pada 15 Jan 2016 yang lalu. Arwah berasal dari Londang, Masjid Tanah, Melaka.
Allahyarham Hamidi Bin Hj.Hamid




Monday, December 21, 2015

Pemasangan Meter Pintar Ke Seluruh Melaka Akhir 2016


Ayer Keroh, 19 Disember 2015 - Pemasangan Meter Pintar (Smart Meter) akan diperluaskan ke seluruh Negeri Melaka menjelang akhir tahun 2016 seiring dengan Pelan Tindakan Badaraya Hijau kerajaan negeri, kata Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Unit Perancangan Ekonomi Negeri Melaka, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Dato' Ismail Hamad.

 ''Kerajaan Negeri Melaka amat berbangga menjadi salah satu di antara dua bandar yang terpilih untuk Projek Perintis Smart Meter,'' katanya ketika melancarkan portal meter pintar di Balai Raya Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. 

Menurutnya, Melaka komited terhadap usaha-usaha untuk meningkatkan tenaga lestari dan amalan kecekapan tenaga seperti program Meter Pintar. Projek Perintis Pemasangan Meter Pintar telah bermula di Melaka dan Putrajaya, masing-masing pada penghujung 2014 dan Mac 2015, yang bertujuan memahami teknologi, peraturan dan cabaran pengguna.

Untuk Negeri Melaka, meter untuk projek perintis telah siap dipasang pada Mac 2015 melibatkan 800 pengguna di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Manakala di Putrajaya, pemasangan meter di bawah projek perintis dijangka siap dipasang sepenuhnya pada Januari 2016 dengan melibatkan 200 pengguna.
 
Sementara itu, Pengurus Besar Negeri (Melaka), Bahagian Pembahagian TNB, Datuk Baderul Sham Saad berkata, projek perintis tersebut menggunakan teknologi terkini untuk mengoptimumkan sistem pembekalan elektrik yang secara tidak langsung akan memberi kesan positif terhadap alam sekitar.

Melalui Web Portal Meter Pintar, 800 pengguna program perintis di Melaka yang mendaftar akan boleh melihat data penggunaan tenaga elektrik mereka, kos elektrik dan impak terhadap alam sekitar.
"Justeru pengguna boleh membuat pemantauan terhadap penggunaan elektrik di premis masing-masing dan ia juga boleh membantu pengguna dalam mengamalkan kecekapan tenaga elektrik dalam aspek kehidupan harian mereka," katanya.








Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.