Monday, April 30, 2012

Peserta BERSIH Pondan, Gas Pemedih Mata Pun Takut!



Malang bagi Anwar Ibrahim, Ambiga dan pemimpin-pemimpin BERSIH yang lain kerana lembu demo belaan mereka adalah pondan-pondan belaka.  

Seperti yang kita tahu, matlamat utama BERSIH bukanlah menuntut pilihanraya bersih tetapi tidak mahukan pilihanraya dan ingin menjatuhkan kerajaan melalui jalanraya.  Ini terbukti melalui laungan 'Jatuhkan BN', 'Mampus PM', 'Tumbangkan Kerajaan' yang kedengaran sekarang ini di dalam perhimpunan.   Ucapan-ucapan pemimpin mereka juga sering menjadikan Dataran Tahrir Mesir sebagai rujukan, ilham dan contoh teladan. 

Untuk itu, Anwar dan Ambiga mengharapkan sesuatu yang jauh lebih ganas dari sekadar tawaf keliling Dataran Merdeka.  Mereka membayangkan bangunan terbakar dan lebih baik lagi jika jalanraya Kuala Lumpur bermandi darah dengan mayat bergelimpangan.   Mereka juga inginkan kecurian dan rompakan berleluasa sehingga pihak berkuasa hilang kawalan. 

Namun, ini tidak berlaku.  Lembu-lembu mereka semuanya sama spesis dengan Azmin Ali dan Anwar Ibrahim iaitu keliru jantina dan dayus belaka.   Jangankan merempuh kawat duri di Dataran Merdeka, berpanas pun sudah ramai yang tidak tahan terutama kaum Cina, akibatnya ramai yang balik lebih awal. 

Akhirnya tinggallah beberapa kerat yang benar-benar benak sahaja yang merayau-rayau sekitar Kuala Lumpur tanpa arah tujuan.    Sekali tengok meluat, dua kali tengok kesian, tiga kali tengok sedih memikirkan anak bangsa kita. 

Apalah agaknya yang difikirkan oleh para peserta BERSIH 3.0 ketika berlari-lari, terkinja-kinja mencabar polis di jalanan hari ini.  Jika pemimpin mereka hanya memikirkan Putrajaya, mereka pula fikir mereka hendak ke mana? 

Untuk merasai pengalaman hidup dalam negara yang hancur?   Tahukah mereka jika kerajaan benar-benar berjaya digulingkan hari ini maka ekonomi akan merudum dalam sekelip mata.  Tiada pelabur yang akan melabur di negara yang tidak stabil, tiada pelancong yang berani melancong ke negara yang tidak aman, maka kadar pengangguran akan meningkat mendadak dan menurunkan dayabeli rakyat sehingga menjejaskan peniaga dan juga bank-bank.  Rizab negara akan terjejas sehingga memaksa subsidi ditarik balik lalu harga makanan termasuk susu bayi dan barangan lain akan meningkat secara drastik.  Rakyat menjadi resah, marah yang mana akan menyebabkan pemberontakan berterusan lalu menyukarkan lagi usaha untuk memulihkan keadaan.  

Dalam sejarah penggulingan kuasa melalui demonstrasi jalanan, seperti di Mesir, Libya, Iraq, Tunisia dan lain-lain, tahukah kita bahawa tidak ada satu pun dari negara tersebut yang dapat bangun dan menjadi lebih baik dari sebelumnya.   Kesemuanya musnah, dan kehidupan rakyatnya adalah jauh lebih susah dan menderita dari yang pernah dialami mereka di bawah kerajaan terdahulu. 

Inikah yang peserta BERSIH mahukan apabila melaungkan slogan untuk menggulingkan kerajaan?

Tahukah mereka betapa bodohnya mereka jika menginginkan sedemikian?    Tapi logik menyatakan bahawa jika mereka tidak bodoh, tidak mungkin mereka akan turun berdemonstrasi, membahayakan diri dan bergadai nyawa hari ini. 

Arahan telah dikeluarkan bahawa Dataran Merdeka adalah Haram dijejak oleh BERSIH, tetapi mereka diberikan pilihan untuk duduk di Stadium Merdeka.   Namun, seperti biasa, mereka membantah. 

Mereka tidak mahu duduk, dan tak mahu Stadium Merdeka, mereka mahu berarak dan mahukan Dataran Merdeka juga.   Kerana apa?  Kerana Anwar dan Ambiga mahu mencetuskan keganasan dan mereka adalah umpan untuk dijadikan korban.  

 

BERSIH Gagal Lagi..!!!



BERSIH mensasarkan jumlah 500,000 peserta - sekurang-kurangnya.  Tetapi nampaknya, sehingga artikel ini ditulis, kita hanya melihat dalam 15,000 sahaja yang terlari-lari terkinja-kinja dan terpekik terlolong cuba menaikkan darah pihak berkuasa di sekitar Kuala Lumpur sekarang.  Sedangkan jumlah pengundi berdaftar di Malaysia ialah 12.5 juta. 

Justeru, apakah ertinya angka-angka ini? 

·         Ertinya BERSIH telah gagal sekali lagi. 

·         Ertinya BERSIH tidak mendapat sokongan majoriti rakyat.  

·         Oleh kerana BERSIH didalangi Pakatan Rakyat, maka ertinya juga, majoriti rakyat tidak menyokong Pakatan Rakyat.  

·         Dan ertinya lagi, jika PRU diadakan dalam masa terdekat, sekitar nisbah angka itulah sahaja undi yang bakal diperolehi oleh PR berbanding BN.  

Kerana menyedari hakikat inilah maka demonstrasi jalanan, huru-hara dan keganasan amat penting bagi BERSIH atau lebih tepat Pakatan Rakyat kerana mereka tahu mereka tidak mungkin boleh memenangi pilihanraya.  Untuk berkuasa, mereka perlu melakukan rampasan kuasa melalui jalanraya dan tidak ada cara lain melainkan itu sahajalah caranya.  

Tidak usahlah Ambiga berbohong atau menafikan hakikat ini, kerana sekali angin tiup bau janggut Pak Samad Said yang hapak itu, kita sudah tahu tujuan sebenar mereka. 

Tujuan Pak Samad 'menceburi' BERSIH ialah membalas dendamnya terhadap kerajaan Melaka kerana enggan memberikan sejumlah wang tambahan daripada RM3 juta yang telah diberikan kepadanya sebelum itu, untuk tujuan menerbitkan semula karya beliau.  Kerajaan Melaka telah mengambil keputusan sedemikian kerana Pak Samad telah gagal mencapai matlamat yang dijanjikan melalui syarikat Wira Bukit Sdn Bhd yang diuruskan anaknya, Helmy Samad sedangkan wang RM3 juta yang diberikan telah habis dibelanjakan. 

Lanjutan dari itu, Pak Samad juga ingin membalas budi PTS Sdn. Bhd milik Ainon Mohd, - sekutu pembangkang dan Anwar Ibrahim yang telah 'menyelamatkan' beliau dengan mengambil alih projek berkenaan dan mendapat hak milik semua karya Pak Samad dan buku-buku beliau untuk diterbitkan semula untuk jualan.

Tujuan Ambiga pula sudah diketahui umum iaitu untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Islam untuk digantikan dengan kerajaan yang liberal yang menerima murtad, mengiktiraf hak LGBT dan meletakkan hak asasi melebihi agama dan adat resam.  Memandangkan satu-satunya parti yang berpegang kepada prinsip yang sama dengan beliau ialah PKR maka tidak hairanlah Ambiga dan Anwar memilih untuk bersatu melalui BERSIH.  DAP pula tidak punya masalah dengan pendirian Ambiga atau Anwar apatah lagi jika ianya bertentangan dengan Islam. 

Dalam hal ini, PKR, DAP, Ambiga dan juga Pak Samad amat jelas akan prinsip dan tujuan masing-masing dan lebih daripada teruja untuk menentang musuh yang sama iaitu Barisan Nasional. 

Hanya PAS sahaja yang masih dalam keadaan keliru.  Di dalam hati nurani ahli-ahli PAS, mereka masih tertanya-tanya, berdosakah jika mereka tidak ikut berdemo BERSIH yang hukumnya WAJIB mengikut fatwa Nik Aziz?  

Tetapi, berdosakah jika mereka turut berdemo BERSIH yang hukumnya HARAM jika dipimpin oleh Ambiga iaitu juara LGBT dan murtad mengikut fatwa Nasharudin Mat Isa?

Maka terbahagi dualah mereka, ada yang berpegang kepada fatwa Nik Aziz dan ada yang berpegang kepada fatwa Nasharudin. 

Kekeliruan ini sedikit sebanyak menjadi penyumbang kepada kegagalan BERSIH mencapai jumlah sasaran hari ini. 

Apa yang pasti, majoriti rakyat Malaysia tidak keliru.  Kita semua tahu bahawa adalah HARAM membiarkan diri dipimpin kafir harbi yang menerima dana dari Zionis yang tujuannya adalah untuk menjatuhkan kerajaan Islam yang sah di sebuah negara yang aman damai. 

Ambiga Penipu









Sebelum ini, Pengerusi BERSIH, Datuk S. Ambiga telah memberi jaminan bahawa penyokong perhimpunan BERSIH 3.0 TIDAK AKAN memasuki Dataran Merdeka. Sebaliknya hanya akan duduk berhimpun ditempat yang telah dirancangkan, sepertimana syarat yang digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman yang baru diluluskan.

Tetapi apa yang berlaku hari ini membuktikan bahawa Ambiga adalah seorang penipu besar.  Seorang manusia yang tidak boleh dipercayai, seorang kaki belit selain pengkhianat kerana usahanya yang tanpa henti untuk mengsabotaj ekonomi negara sendiri terutama dari segi pelancongan dan pelaburan. 

Walaupun menjanjikan himpunan aman tetapi perhimpunan yang berlaku hari ini sememangnya menjurus kepada keadaan tidak aman.  Malah, peserta demo sejak dari semalam telah melakukan berbagai-bagai helah untuk mencabar polis.  Mereka mengepung dan mengetuk-ngetuk kereta polis, merempuh halangan polis di KLCC, mengingkari arahan dan akhirnya tetap menceroboh Dataran Merdeka. 

Semuanya dengan niat untuk mengumpan polis melakukan keganasan terhadap mereka. 

Di jalanan, mereka juga berkejar-kejar ke sana ke mari membuat kecoh sedangkan Ambiga menjanjikan satu demonstrasi 'duduk' bukannya 'berlari'. 

Justeru, apakah manusia seperti Ambiga ini boleh diambil kira pandangannya?   Iaitu seorang penipu, kalaupun tidak seorang yang lemah kerana tidak mampu menyampaikan arahan yang tepat kepada pengikutnya?   Atau apakah pengikutnya sememangnya jenis samseng semuanya yang tidak mendengar arahan polis mahupun arahan dari ketua mereka sendiri?

Atas dasar apa kerajaan atau SPR perlu mendengar segala tuntutan Ambiga?  Sedangkan hari ini sekali lagi terbukti bahawa beliau adalah tidak lebih daripada seorang manusia yang tiada kredibiliti kerana cakapnya hanyalah cakap kosong dan janjinya adalah janji palsu. 

Manusia jika tidak dapat dipegang pada janji, pada apa lagi hendak dinilai dirinya? 

Itulah Ambiga, kononnya dewi srikandi yang berani dan berintegriti tetapi rupa-ranya hanyalah seorang penipu tahap dewi. 

 


50,000 Mahasiswa Menyertai BERSIH 3.0 Atau... Hanya 500 Sahaja?


 
Hebat bunyinya apabila mahasiswa pro pembangkang mengwar-warkan keyakinan mereka kerana telah turun seramai 50,000 mahasiswa untuk bersama-sama menjayakan demonstrasi BERSIH 3.0.

Bab propaganda dan memperbesarkan angka dan nombor sukar untuk kita tandingi 'kehebatannya' kerana itu yang dipelajari dari pemimpin pembangkang yang mereka puja.

Walau sekalipun propaganda tersebut nampak sangat mengarutnya, tapi kita perlu menerima hakikat tetap ada yang mempercayainya.

Demikian halnya bila pembangkang menghebahkan khabar kononnya 500,000 orang akan membanjiri Dataran Merdeka bagi meraikan perhimpunan BERSIH 3.0 pun, tetap ada yang teruja.

Walhal dari aspek keluasan persegi Dataran Merdeka hanya mengizinkan maksima sekitar 25,000 sahaja boleh berhimpit-himpit pada satu-satu masa, tapi tetap jua angka 500 ribu juga yang di propagandakan, logik atau mengarut suku kira.

Masih ingat demonstrasi anti PTPTN dua minggu sudah? Seluruh jagat alam digegarkan dengan berita 5,000 mahasiswa akan membanjiri Dataran Merdeka sebagai bantahan terhadap jasa khidmat PTPTN.

Realitinya apa yang berlaku? Hanya sekitar 200 hingga 300 orang mahasiswa saja yang turun berdemo itupun termasuklah 'pelajar-pelajar' tua yang datang entah dari mana tapi turut menempel dalam demonstrasi tersebut.

Mahasiswa yang terlibat dalam demo tersebut pula hanyalah segelintir yakni 0.0001% daripada jumlah ratusan ribu pelajar IPTA & IPTS. Dengan kata lain segelintir itu sebetulnya tidak layak dipanggil mahasiswa sebaliknya lebih tepat digelar sebagai mahasewel.

Apapun, melihat pada trend dan mood masyarakat umum tika ini, rata-ratanya sudah letih dengan pelbagai rantaian propaganda tak berkesudahan yang di hebohkan pembangkang sejak pasca PRU 12 lepas hingga kini.

Baik mahasewel pembangkang mahupun pemimpin politiknya, masing-masing sedang hanyut dalam imaginasi dan persepsi ciptaan mereka sendiri.

Dek kerana itu, tidaklah menghairankan bilamana mereka hanya pandai memperbesarkan angka dan nombor hingga lupa hakikat sebenar yang mereka hanyalah vocal minoriti sahaja.


Siapa Taja BERShit 3?




Sebenarnya, sejak Anwar Ibrahim dipecat, rakyat Malaysia sudah lali dengan perhimpunan demi perhimpunan yang menuntut entah apa-apa.  

Himpunan ini selalunya didalangi oleh pihak Anwar sendiri dan kadangkalanya oleh pihak minoriti yang sengaja menangguk di air keruh.   Bagi mengabui mata ramai konon mereka mewakili sebahagian besar rakyat, mereka menggelarkan diri mereka dengan berbagai-bagai nama yang hampir semuanya merupakan NGO haram, iaitu tidak berdaftar.  

Tidak perlu rasanya untuk kita cuba merasionalkan tuntutan BERSIH kerana penulis yakin hampir semua rakyat Malaysia sedia maklum bahawa BERSIH bukannya memperjuangkan pilihanraya bersih.  Yang mungkin tidak tahu apa-apa, hanyalah segelintir penyokong mereka yang sempit dan cetek pengetahuannya dalam soal politik negara dan juga politik dunia.   Bagi golongan ini, walau apapun jawapan dan penjelasan yang diberikan, tidak akan sampai ke otak mereka kerana mereka tidak pernah ingin mencarinya. 

Hakikatnya, matlamat BERSIH hanyalah satu iaitu membuat huru-hara dan memburukkan nama Malaysia di mata dunia.   Ini semua orang tahu.  Tetapi mungkin tak semua tahu tentang dari mana datangnya dana untuk menggerakkan satu demonstrasi besar seperti BERSIH.

Bersih 2.0 menyaksikan sebanyak 120,000 TShirt di edar dan khabarnya Bersih 3.0 juga sama akan mencetak dalam jumlah yang sama.  Dari mana datangnya modal untuk mencetak T.Shirt sebegitu banyak?  Dan dari mana datangnya modal untuk menampung kos logistik, telekomunikasi dan kebajikan para pemimpin atasan, bawahan dan peserta?  Semua ini memakan jumlah jutaan ringgit.  Itu belum termasuk program-program pra-BERSIH seperti mesyuarat, perjumpaan, kos penginapan, pengangkutan, perhubungan, alatulis, banner, poster, bayaran kepada penulis, pemikir, kumpulan propaganda dan lain-lain. 

Justeru, dari mana datangnya dana ini?

Pada 27 Jun 2011, Ambiga Sreevanasan, iaitu pengerusi BERSIH 2.0 telah membuat kenyataan berikut kepada media, "BERSIH ada menerima sejumlah kecil sumbangan daripada dua organisasi Amerika Syarikat iaitu National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) bagi projek-projek lain, yang tiada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 bulan depan."

Pokoknya di sini, bukanlah kecil atau besar sumbangan tersebut tetapi dari siapa dan kenapa?  Tentang untuk apa ia digunakan, Ambiga boleh kelentong apa saja kerana beliau pastinya baru tersedar yang perkara yang didedahkannya itu akan menjerat dirinya.  Justeru, eloklah kita kaji sendiri apakah 'projek-projek' lain yang disebut Ambiga? 

Untuk tujuan ini, kita harus terlebih dahulu mendalami siapa NDI yang memberi sumbangan 'kecil' kepada BERSIH? 

NDI adalah salah satu dari empat komponen NED atau National Endowmen for Democracy.  Di dalam laman web NDI sendiri, iaitu www.ndi.org juga ada melaporkan bahawa program NDI di Malaysia adalah ditaja oleh NED.


Siapa atau apakah NED? 

NED (National Endowment for Democracy), adalah salah sebuah yayasan dana demokrasi, topeng CIA yang didalangi neocon di Amerika Syarikat (AS). NED diasas oleh Ronald Reagan pada tahun 1983.  Pengerusinya, Carl Gershman adalah seorang ahli neo-konservatif.  Untuk pengetahuan, Rahimi Othman, bekas setiausaha Anwar pernah mendedahkan surat Anwar kepada Gershman yang bertujuan meminta dana juga. 

Seorang wartawan barat, William Blum dalam tulisan bertajuk "NED and Project Democracy" mendedahkan NED telah campur tangan di dalam hubungan di negara- negara luar dengan memberikan dana, kemahiran teknikal, latihan, bahan-bahan pelajaran, komputer, mesin faks, mesin fotokopi, dan kereta kepada kumpulan politik yang terpilih, organisasi masyarakat, kesatuan, puak penentang, kumpulan pelajar, penerbit dan akhbar, dan sebagainya atas tujuan menggulingkan kerajaan yang sah bagi membolehkan pemimpin yang pro-Amerika/neocon berkuasa. 

Sebelum ini NED telah melakukan perubahan kerajaan di Panama, Nicaragua, Haiti dan kini diteruskan lagi di Timur Tengah dan Thailand.

NDI mengaku telah mengadakan beberapa program di Malaysia bagi menghadapi pilihanraya 2008.  Program tersebut melibatkan Research for Social Advancement (REFSA), BERSIH Amnesty International Malaysia (AIM), All Women's Action Society (AWAM), Centre for Independent Journalism (CIJ), Komuniti Masyarakat (KOMAS), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Women's Aid Organisation (WAO), Writer's Alliance for Media Independence (WAMI), Bar Council dan beberapa yang lain.

Jika dibuat sedikit kajian anda akan mendapati bahawa hampir semuanya yang disebut diatas menerima dana dari NED dan juga OSI (Open Society Insitute) yang dimiliki oleh George Soros. 

Maka, kita berbalik kepada soalan tentang kenapa mereka ini memberi dana kepada BERSIH? 

Tidak lain tidak bukan ialah untuk  menumbangkan kerajaan Islam yang sah di Malaysia untuk digantikan dengan kerajaan yang lebih liberal, plural dan patuh kepada kumpulan neo-konservatif. 

Inilah sedikit sebanyak tentang siapa penaja BERSIH. 

Jika masih lagi ada yang bersikap skeptical dan bertanya kenapa NED atau NDI perlu 'mengganggu' Malaysia, jawapan penulis ialah rujuklah kepada Al-Quran tentang bagaimana orang-orang Yahudi itu tidak akan duduk diam selagi mereka tidak dapat mengalahkan Islam.

Sunday, April 29, 2012

ALFATIHAH!! #BERSIH PEMBUNUH !! AMBIGA HARUS BERTANGGUNGJAWAB???.


MEDAN TEMPUR: ALFATIHAH!! #BERSIH PEMBUNUH !! AMBIGA HARUS BERTA...:


Korban BERSIH 3.0 AL-Fatihah untuk Arwah anggota IPD Dang Wangi RF 170401 Jaini Bin Nawari 53 tahun telah disahkan meninggal dunia setelah dimasukan ke Wad ICU semalam..Semoga arwah ditempatkan orang-orang yang beriman..MTK mengucapkan takziah buat keluarga arwah.



Terima kasih juga kepada peserta demo bersih yang bertindak ganas tanpa mempedulikan orang lain walaupun polis itu sebangsa dengan anda.Anda semua lebih memuja si ambiga kapir dari menghormati undang undang negara.Diharap anda akan terima pembalasan kelak..


source: medantempurkedah

Apa Selepas Demonstrasi BERSIH?: Pengajaran Dari Mesir


Manusia belajar dari kesilapan.  Malangnya memperbaiki kesilapan tidak selalunya mudah dan adakalanya ia tidak dapat diperbaiki lagi.  Kesilapan pula sering dibayangi dosa dan adakalanya dosa tersebut mungkin dapat diampunkan dan mungkin juga tidak.  Di kala itu, yang tinggal hanyalah penyesalan.  Maka hiduplah kita dalam keadaan tidak keruan akibat kesilapan yang dibuat. 

Mungkin ada yang melihat bahawa soal kesilapan memilih kerajaan sebagai soal remeh kerana ia boleh diperbetulkan dalam masa 5 tahun lagi. 

Atau mungkin juga kita tidak sedar yang kita telah berbuat silap malah begitu yakin yang kita benar dan cukup arif membuat pilihan.  Kerana itu, banyak negara-negara di dunia mengalami kehancuran akibat kesilapan rakyat memilih kerajaan.  

Untuk pengetahuan semua, soal memilih kerajaan sebenarnya bukan seratus peratus terpulang kepada rakyat negara tersebut.  Ini kerana mengikut pendedahan bekas pegawai CIA, Phil Agee, CIA telah lama terlibat dalam menggulingkan kerajaan yang sah di seluruh dunia untuk digantikan dengan pemimpin boneka pilihan Amerika.  Ini telah dilakukan sejak berdekad-dekad dahulu.   Dalam bukunya, beliau menyebut antara negara yang beliau sendiri terlibat dalam menggerakkan pemberontakan dan penggulingan kuasa ialah Chile, Brazil, Albania, Filipina, Panama dan banyak lagi. 

Kita faham bahawa apa yang berlaku di Mesir, Tunisia, Iraq, Libya dan beberapa lagi negara akhir-akhir ini adalah juga kerja CIA.   Dan inilah yang kita cuba fahamkan kepada rakyat Malaysia iaitu tentang betapa membuat keputusan yang bijak dalam pilihanraya adalah penting, kerana ia bukan sahaja melibatkan soal pembangunan dan polisi dalam negara tetapi juga kedaulatan, kemerdekaan malah kehidupan seharian kita. 

Penulis enggan menyentuh lebih jauh tentang Modus Operandi CIA kerana ia boleh dibaca sendiri dalam buku Phil Agee, Inside the Company: CIA Diary.  Apa yang penting untuk kita renungkan ialah apakah yang berlaku selepas sesuatu pemberontakan, huru-hara atau selepas kerajaan yang sah digulingkan bukan melalui pilihanraya?

Kita ambil contoh apa yang terjadi di Mesir selepas protes besar-besaran pada 25 Januari 2011 yang 'berjangkit' dari Tunisia.  Protes bertukar menjadi rusuhan dalam sekelip mata dan kemudiannya, keganasan.  Seperti yang kita sedia maklum, ketika Mesir sedang kecoh, Amerika Syarikat pantas menghulurkan sokongan dan bantuan kepada pihak pemberontak sehingga akhirnya Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatannya, sekali gus, membuktikan pendedahan Phil Agee. 

Semua ini berlaku selama 18 hari sebelum membawa kepada kehancuran Mesir yang belum tentu pengakhirannya.  

Apakah kemenangan pihak pemberontak membawa kepada Mesir yang lebih baik?  TIDAK!!!

Hari ini, Mesir terpaksa menapak membangunkan kembali negara mereka dari bawah.  Kini, rakyat yang bersungguh-sungguh ingin menggulingkan kerajaan mula tertanya-tanya apakah mereka telah berbuat kesilapan? 

Pemberontakan membawa kepada lumpuhnya ekonomi dan pentadbiran di Mesir menyebabkan rakyat termasuk pemberontak terpaksa berhadapan dengan keadaan di mana kemudahan asas juga sukar untuk didapati.  Bangunan-bangunan yang menempatkan pejabat, kedai dan pusat perkhidmatan runtuh, terbakar dan musnah.  Ramai yang kehilangan kerja dan makanan juga sukar didapati.  Pemberontak dan rakyat yang lapar mula menceroboh dan mencuri bagi menyambung kehidupan. 

Keadaan ini berlanjutan sehingga beberapa lama.   

Pada 25 Januari 2012 yang lalu iaitu ulangtahun pemberontakan menyaksikan keresahan rakyat yang memuncak akibat pergolakan politik, pemerintahan tentera serta kebangkitan parti-parti Islam.   Walaupun telah setahun berlalu, kehidupan rakyat termasuk para pemberontak belum pulih seperti sediakala malah lebih teruk dari sebelumnya. 

Dengan lumpuhnya prasarana dan struktur sosial, Mesir mengalami krisis ekonomi yang amat buruk.  Pemerintahan tentera dan kebangkitan parti-parti Islam kini meletakkan negara dalam keadaan sukar yang menjurus kepada penurunan nilai matawang dan hutang negara meningkat.  Kerajaan Mesir kini terpaksa membelanjakan sehingga USD2 billion sebulan bagi mengimbangi kejatuhan nilai tersebut sedangkan rizab matawang asing pula hanya tinggal USD10 billion daripada USD36 billion sebelum penggulingan kerajaan.   Pelaburan asing juga terhenti terus dan jumlah pelancong menurun secara drastik. 

Akibatnya, subsidi terpaksa ditarik balik dan harga makanan dan kemudahan asas di Mesir menjulang tinggi sehingga dua kali ganda. Penarikan subsidi juga pastinya menjejaskan harga minyak sekali gus semua harga barangan lain. 

Sikap rakyat Mesir terhadap subsidi sebelum ini adalah tidak jauh dari sikap rakyat Malaysia iaitu merasakan bahawa itu adalah kewajiban kerajaan atau menjadi hak mereka sejak lahir, tanpa mengambil kira keadaan ekonomi negara dan dunia.  Penarikan subsidi ini tentunya menambahkan kemarahan rakyat, cuma kini mereka mungkin tidak tahu lagi kepada siapa kemarahan tersebut harus ditujukan. 

Perkembangan terbaru,, kerajaan telah menjual saham di beberapa bank dengan harga yang rendah dari nilai sepatutnya.  Hari ini, rakyat Mesir tidak berani menyimpan wang mereka di dalam bank kerana bimbang apa yang akan berlaku di masa depan. 

Keadaan menjadi lebih teruk dengan kadar pengangguran kini berada di tahap 12 – 24 peratus berdasarkan angka rasmi dan tidak rasmi.  Sedangkan sebelum ini, kadar pengangguran berada di tahap 9 – 12 peratus yang mana menjadi faktor utama pemberontakan bermula.  Ini adalah tanda jelas bahawa keadaan adalah jauh lebih teruk dari sebelumnya.

Kemelut pemilihan Presiden juga tidak membantu Mesir sebaliknya menambahkan kemarahan, keresahan dan kesusahan rakyat.  Justeru, bagi melepaskan kemarahan, pemberontakan berterusan setiap minggu walaupun pemberontak telah berjaya menggulingkan kerajaan sebelumnya. 

Pada 20 April lepas, beribu-ribu rakyat berhimpun lagi kerana mencurigai peralihan kuasa yang bakal berlaku bulan depan. 

Jika dulu pemberontak memberontak terhadap pemerintah kerana merasakan hidup mereka susah, tetapi hari ini hidup mereka jauh lebih susah.  Jika dulu rakyat secara puratanya membelanjakan USD300 untuk sebuah majlis perkahwinan, tetapi kini mereka hanya mampu membelanjakan sekitar USD100.  Jika dulu, pihak pengantin lelaki menghadiahkan emas tetapi kini tidak lagi.  Kini mereka terpaksa berlapar dan berebut untuk makan.  Mereka terpaksa menerima hakikat bahawa minyak adalah satu bentuk kemewahan. 

Semua ini adalah kesan langsung dari pemberontakan dan penggulingan kerajaan secara demonstrasi ganas yang dibakar oleh semangat kebencian dan sifat tidak tahu bersyukur.   Maka benarlah bahawa sesuatu perjuangan yang digerakkan oleh rasa benci dan marah adalah perjuangan yang diilhamkan oleh iblis. 

Semoga rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan bisikan iblis dan belajar menghargai segala nikmat keamanan, keselesaan dan kesenangan yang dimiliki hari ini.  Sebelum kita memBERSIHkan segala apa yang lain, eloklah kita BERSIHkan dulu hati nurani dan fikiran sendiri. 

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.