Tuesday, November 20, 2012

Hadi Nak Jadi PM? Langkah Mayat Anwar Dulu...

Ramai pemerhati politik tersenyum sinis apabila Dewan Ulamak PAS serta para perwakilan di Muktamar PAS Ke 58 tempohari bersungguh-sungguh menyarankan  Abdul Hadi Awang dilantik sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU 13.

Maka kembanglah hati seketika sebahagian ahli dan penyokong PAS yang hadir, tanpa menyedari saranan tersebut akhirnya hanya akan dibakul sampahkan oleh PR sama seperti nasib yang dialami oleh manifesto negara Islam dan hudud PAS.

Bagi yang celik akal pastinya tahu saranan sedemikian hanyalah sekadar propaganda untuk menyedapkan hati ahli dan penyokong PAS yang kian merasakan mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk memenuhi cita-cita politik Anwar Ibrahim.

Namun bagi ahli dan penyokong PAS yang totok balaci setaraf keldai, mainan propaganda itu cukup untuk membuatkan mereka lebih teruja dan bersemangat dalam menempuh liku-liku PRU 13 kelak.

Selama ini umum mengetahui PR sejak lama dulu sudah muktamad mempotretkan Ketua Umum PKR adalah calon PM yang paling layak, kini bila tiba-tiba sahaja PAS tampil dengan saranan calon PM dari puaknya, tentulah menggelikan hati ramai.

Tambah menggelikan hati lagi bila mana ketika di Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PR di Stadium Sultan muhammad ke IV Kota Bharu pada malamnya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula secara terbuka mengumumkan bahawa Anwar Ibrahim adalah calon muktamad PR sebagai PM.

"Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh bukan keenam," demikian kata Lim Kit Siang tanpa sedikitpun rasa segan dengan para pemimpin PAS yang menjadi tuan rumah bagi majlis himpunan itu beberapa malam lepas.

Tak perlu pemimpin BN bersuara mempersoalkan atau mempertikaikan kesungguhan PAS untuk menobatkan Presidennya sebagai calon PM, sebaliknya Pengerusi DAP sendiri yang dengan selambanya menolak hadi jatuh terduduk dan malu sendiri.

Hanya berselang beberapa puluh jam sahaja, tembelang propaganda PAS pecah. Lagi mengharukan pengumuman oleh Lim Kit Siang itu dibuat dihadapan ribuan penyokong PAS dan di kubu kuat PAS sendiri. Mana Hadi nak letak muka?

Betullah kata beberapa orang pemerhati politik yang menghadiri Muktamar PAS di PUTIK Pengkalan Chepa tempohari, katanya, saranan PAS untuk meletakkan Hadi sebagai calon PM seumpama menyuruh Hadi melangkah mayat Anwar.

Sebagaimana PAS tak berani untuk melangkah mayat Karpal Singh ketika kecoh isu negera Islam suatu ketika dulu, sama saja kini PAS mahupun Hadi tidak mungkin berani menonjolkan kejantanannya bila timbul isu calon PM yang sudah lama menjadi buruan peribadi Anwar Ibrahim.

Akhirnya, PAS sekali lagi membuktikan pada khalayak hakikatnya mereka hanyalah setakat layak menjadi pencacai dan balaci. Tidak lebih dan tidak kurang. Itulah nasib sang keldai dan lembu tunggangan, wajib taat pada tuannya.



Monday, November 19, 2012

INSTITUSI RAJA MELAYU BANGKIT TENTANG AGENDA YAHUDI/KRISTIAN

Institusi Raja-raja Melayu yang menjadi tunggak Ketuanan Melayu di negara ini serta menjadi pelindung kepada hak-hak istimewa orang Melayu seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan sudah mula bersuara untuk menentang bibit-bibit penderhakaan yang datangnya dari pihak pembangkang.

Suara-suara sumbang yang mempersoalkan kedudukan raja-raja Melayu, posisi Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu dan apa sahaja yang berkaitan dengan orang-orang Melayu semakin lantang kedengaran sejak kebelakangan ini.

Dalam pada puak pembangkang membangkitkan isu-isu berkaitan Melayu dan Islam, mereka juga secara berterusan dan tersusun cuba meresapkan ideologi asing di dalam negara ini seperti fahaman pluralisme dan liberalisme.

Dalang kepada semua kemungkaran ini tidak lain tidak bukan datangnya dari perancangan licik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim serta dibantu oleh kekuatan parti cauvinis Cina Dap dan keldainya, Pas.

Berbekalkan dana dan sogokan kewangan yang cukup besar daripada gerakan Yahudi dan Kristian sedunia, Anwar memobilisasikan segala agenda yang telah ditetapkan oleh tuannya di Amerika Syarikat dan Eropah untuk memusnahkan negara ini.

Langkah pertama beliau ialah serangan terhadap institusi raja-raja Melayu yang berfungsi antara lain sebagai payung kepada bangsa Melayu.

Apabila institusi raja-raja sudah dapat dilemahkan, orang Melayu akan kehilangan pedoman dan paksi kekuatan jatidiri mereka dan dengan itu mudah segala macam agenda Yahudi/Kristian yang lain dapat di susup masuk.

Bagaimana berkat kefahaman ancaman yang dihadapi oleh bangsa Melayu pada masa sekarang, raja-raja Melayu kini tidak lagi berdiam diri melihat keadaan yang semakin merbahaya melanda negara terutamanya di ambang Pilihan Raya Umum ke 13.

Pada Syarahan Perdana Budaya 7 November lalu, Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mengingatkan pemimpin politik supaya berperanan memastikan suhu politik tidak terlalu panas dan sekata tidak menjadikan pilihan raya sebagai satu peperangan sivil.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, November 17, 2012

PAS Tiada Masa Untuk Perjuangkan Akidah

Ramai kalangan kita sedia maklum yang Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengikrarkan kesediaannya yang rela bersahabat dengan syaitan serta bersekongkol dengan DAP demi untuk menjatuhkan BN.

Ternyata selepas beberapa tahun Nik Aziz menyatakan kesudiannya menerima syaitan sebagai rakan seperjuangan, kini hasilnya sudah terbukti telah berjaya mempengaruhi sikap PAS.

Sekarang PAS memperakui persoalan akidah bukan lagi isu penting untuk diperbahaskan apatah lagi untuk mengecam sikap liberal Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang menyarankan supaya kebebasan beragama turut meliputi orang Melayu Islam.

Bak kata Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib, PAS tiada masa terluang untuk membincangkan isu akidah kerana matlamat mengulingkan BN jauh lebih penting untuk difikirkan.

Akhir tahun lalu, PAS juga telah gagal mempertahankan akidah dan maruah kesucian Islam tatkala JAIS melakukan pemeriksaan dan menahan 12 orang Islam yang sedang didakyah oleh pendakwah Kristian di sebuah gereja,

Kini sekali lagi PAS gagal untuk mempertahankan kesucian Islam apabila membiarkan sahaja fahaman liberal anak kesayangan Ketua Umum PKR menjalar meracuni fikiran khalayak seterusnya bakal menjahanamkan akidah ummah.

Para perwakilan di Muktamar Dewan Ulama PAS pula ramai yang terpaku, kelu dan bisu jadinya.

Apa daya mereka untuk membantahnya kerana realiti semasa sudah lama terbentang depan mata menunjukkan perubahan besar sikap PAS yang semakin lari dari landasan perjuangan.

PAS hari ini tidak sama seperti PAS 50 tahun dulu. PAS hari ini sudah dikelabui mata mereka dengan lambaian kuasa duniawi yang tidak pasti dan ditutup hijab penglihatannya dari memandang tinggi pada isu akidah ummah.

Persoalan akidah kini dilihat seumpama beban yang jika diambil berat dikhuatiri mendatangkan amarah abang besar dari DAP dan PKR.

Syaitan yang diperakui merupakan sahabat sejati PAS kini tentu sahaja bertepuk tangan kegembiraan.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pemuda PAS Sahkan Harakah Tersasar

Muktamar PAS ke-58 yang sedang berlangsung menyaksikan sikap hati-hati yang tinggi di kalangan perwakilan dalam memilih usul untuk dibahaskan. Rata-rata mengelak dari membincangkan keresahan akar umbi berkenaan hala tuju parti yang dilihat semakin tersasar.

Namun, dalam ruang litup yang terhad untuk mengkritik, masih terdapat beberapa perkara yang 'lolos' untuk menjadi sasaran kritik. Antaranya, akhbar rasmi parti iaitu Harakah, mendapat kritikan pedas dari perwakilan. Antara yang lantang ialah, Ketua Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad, yang menyifatkan yang Harakah telah tersasar dari perjuangan.

Oleh itu, beliau menyarankan agar lidah rasmi PAS itu dipantau dibawah satu jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungannya. Usul itu telah diluluskan dengan majoriti besar iaitu 733 perwakilan dari 172 kawasan.

Harakah dikritik sebagai terlalu terbuka dalam memberi ruang kepada pemimpin DAP dan PKR. Perwakilan juga tidak gemar akhbar tersebut menyiarkan berita yang merugikan PAS di muka depan, antaranya isu Datuk Dr. Hassan Ali dan kontroversi Nasharuddin Mat Isa dan Karpal Singh. Berita sebegitu menurut mereka, merupakan tindakan batu api dan melaga-lagakan pemimpin PR sesama sendiri.

Jelas, nampaknya perwakilan lebih senang jika akar umbi dibiarkan dalam kegelapan mengenai apa yang berlaku di peringkat atasan. Mungkin tindakan ini akan lebih memudahkan mereka kerana tidak perlu berhadapan dengan soalan-soalan yang tidak mampu dijawab berkenaan hala tuju PAS dalam PR dan hala tuju PR itu sendiri jika ditanya oleh akar umbi.

Kita setuju dengan Pemuda PAS bahawa Harakah telah tersasar namun bukan kerana bersifat terbuka memberi ruang kepada berita yang merugikan PAS. Tetapi kerana menjadi peneraju berita-berita fitnah mengenai pemimpin UMNO serta menjadi agen penyebar kebencian sesama Umat Islam.

Pelik, kerana Pemuda PAS tidak pula mengkritik Harakah dari segi ini. Mungkin kerana fitnah dan kebencian tidak merugikan PAS tetapi menguntungkan, maka ianya dilihat sebagai tidak salah oleh Pemuda PAS.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Muktamar PAS ke-58: Semakin Dekat Ke Putrajaya, Semakin Jauh Meninggalkan Islam

Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang berlangsung di Dewan Duyung, Perdana Resort hari ini berlangsung dalam keadaan tenang walaupun umum tahu bahawa parti tersebut sedang bergelora di peringkat akar umbi.

Dalam ucaptamanya, Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS menyeru para Ulama PAS mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahli mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat. Untuk itu, Datuk Harun juga mengingatkan mereka agar menggunakan dalil-dalil dalam Al-Quran dan hadith yang bersesuaian, untuk meyakinkan pengundi.

Secara dasarnya, Ulamak PAS mengambil pendirian untuk menumpukan kepada perkara besar dan mengenepikan perkara kecil dalam membawa usul ke Muktamar Tahunan ke-58 yang akan bermula esok di Pusat Tarbiyah Pengkalan Chepa (Putik).

Apa yang menarik ialah, Dewan Ulama PAS telah memutuskan 'menawan Putrajaya' sebagai satu-satunya agenda besar.

Manakala soal lain, termasuk kebebasan umat Islam menukar agama yang berbangkit dari kenyataan Nurul Izzah, hala tuju dan prinsip Pakatan Rakyat dalam soal hudud, Malaysian-Malaysia, liberalisme dan pluralisme yang menjadi kontroversi dalam mendefinasikan jatidiri PAS hari ini, telah diremehkan.

Malah, soal jawatan Perdana Menteri serta pembahagian kerusi yang merupakan isu asas dalam memperkatakan agenda besar untuk 'menawan Putrajaya' juga turut diketepikan. Dalam kata lain, penyokong PAS wajib menerima hakikat bahawa Anwar adalah bakal perdana menteri kerana Anwar saja yang mampu menyatukan jasad PAS dengan DAP yang mana tanpa penyatuan ini, PAS tidak mungkin mampu mengimpikan Putrajaya.

Dalam kata lain, para penyokong yang mempunyai kemusykilan atau persoalan mengenai perkara-perkara di atas dan berniat untuk mengusulkannya untuk dibahaskan telah disarankan agar membatalkan niat mereka sebaik tiba di pintu Muktamar.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, November 16, 2012

Perutusan Sambutan Maal Hijrah 1434H Dari YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

Bismillahir-Rahmaanir-Rahiim

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,


Saudara dan saudari sekalian,

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya maka dapatlah kita menyambut Maal Hijrah 1434H bersamaan 2012M pada tahun ini melalui kesederhanaan dan kesejahteraan rakyat. Ia bertepatan dengan tema Maal Hijrah pada kali ini iaitu 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'. Syariat Islam secara fitrahnya jika diamalkan akan menyatukan ummah dilihat dari kesatuan dan kepimpinan yang mampu menghilangkan sempadan kaum, bahasa dan warna kulit. Kita telah menjana satu fikrah berkenaan tonggak kesatuan dan perpaduan melalui pendekatan wasatiyyah. 

Ia telah digarapkan dalam segenap perkara di dalam pelaksanaan pembangunan spiritual dan fizikal secara seimbang bagi mempertingkatkan nilai kualiti kebersamaan dalam kemajmukan yang menjadi pemangkin kepada perpaduan ummah secara keseluruhannya.
Sesungguhnya melalui pendekatan wasatiyyah, keutuhan perpaduan dan persaudaraan sesama kaum dan agama dapat ditingkatkan.Kita juga telah mengamalkan konsep kesederhanaan ini dan telah mengenengahkannya dalam menyelesaikan sesuatu konflik dalam dan luar negara. 

Baru-baru ini Kerajaan Malaysia bertindak sebagai pengantara melalui pendekatan kesederhanaan sehingga berjaya menyelesaikan krisis 40 tahun antara Barisan Pembebasan Moro dan Kerajaan Filipina. 

Kita juga telah mengambil pendekatan serupa dalam isu keganasan etnik dan agama di negeri Rakhine, Barat Myanmar dengan menekankan soal kemanusiaan dengan memberi bantuan kepada mangsa keganasan di Rakhine tanpa mengira latar belakang dan agama mereka.

Berpegang dengan definisi hijrah yang memberi maksud perpindahan atau perubahan daripada satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik, kita telah mengislah dan menterjemahkan pendekatan hijrah dalam program transformasi negara.

Hasilnya, Malaysia kini menjadi antara negara yang sering mendapat pengiktirafan dan pujian negara luar sebagai sebuah negara Islam yang dinamik dan progresif. Baru-baru ini ulama terkemuka dunia iaitu Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah memberi pengiktirafan dan pujian kepada Malaysia di atas komitmen jitu negara dalam membantu dan menyokong rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis di bumi Ghaza.
Berhijrah adalah sebahagian daripada melaksanakan misi ketakwaan. Ianya adalah satu perintah yang perlu dilakukan sepanjang masa. Kita mestilah sentiasa berhijrah setiap masa bagi mengharapkan kehidupan lebih baik di dunia dan akhirat. 

Kita mesti sentiasa berusaha melakukan yang lebih baik dan mengharap rahmat Allah. Konsep hubungan hijrah dan kejayaan mendapat rahmat Allah disebut dalam Surah Al-Baqarah ayat 218 yang bermaksud : "Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah (fisabilillah), mereka itulah yang boleh mengharap (mendapat) rahmat dari-Nya."

Mengakhiri perutusan, saya dan keluarga mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1434 kepada semua seluruh umat Islam Malaysia walau di mana jua berada dan raikanlah sambutan ini bersama rakan-rakan kita daripada pelbagai bangsa demi menjayakan "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah".

Wabillahit-Taufiik wal-Hidayah, wassalamu 'alaikum wa rahmatullahi wabarakaatuh.

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak


Portal Pakatan Rakyat Gelar Peneroka Felda Lembu

Rupanya kejayaan Himpunan Generasi Baharu Felda yang selesai dilangsungkan di UiTM Shah Alam akhir minggu lalu, tidak hanya mengundang perasaan megah generasi kedua Felda tapi ia juga menyebabkan ada pihak yang tidak senang duduk kehadiran besar di acara tersebut.

Dianggarkan kira-kira 12,000 orang generasi muda dan anak peneroka Felda dari seluruh negara termasuk Sabah hadir ke majlis tersebut yang turut melibatkan pengumuman rasmi pembahagian durian runtuh fasa ketiga oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.

Durian runtuh bernilai RM563 juta bagi fasa ketiga itu adalah imbuhan dari hasil kejayaan penyenaraian FGVH di Bursa Saham yang mana setiap keluarga peneroka bakal mendapat RM5000.00 untuk dibahagi samarata antara anak-anak peneroka.

Mungkin menyedari kejayaan acara itu bakal memberi impak besar kepada peningkatan ketara sokongan rakyat khususnya warga Felda kepada Barisan Nasional (BN), maka portal suarapakatanrakyat.com telah mmenghina peneroka Felda sebagai bodoh seperti lembu.

Penulis portal itu yang cenderung mendewakan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin paling suci berkata demikian setelah menerima bulat-bulat dakwaan AJK PAS Pusat yang menuduh pemberian wang durian runtuh RM5,000.00 telah menyebabkan ramai anak peneroka bergaduh adik beradik berebutkan pembahagian wang tersebut.

Sedangkan sekalipun jika dakwaan oleh Pengerusi ANAK, NGO proksi kepada PAS itu adalah benar, namun penulis portal itu tidak sepatutnya menyamakan peneroka Felda mahupun generasi mudanya dengan kebodohan seekor lembu.

Apa hak penulis pro PR merendah-rendahkan taraf pemikiran generasi baharu Felda? Adakah menjadi kesalahan untuk generasi baharu peneroka felda menerima imbuhan durian runtuh itu, sedangkan mereka berhak menerimanya berikutan sokongan mereka kepada usaha penyenaraian FGVH di BSKL.

Portal suarapakatanrakyat.com jelas sekali tidak mengambil iktibar disebalik keterlanjurannya sebelum ini yang menulis artikel mempertikaikan tarian tradisi Sumanzau yang tampak jelas menghina orang Sabah.

Bila rakyat Sabah bangkit menyuarakan kemarahan, pandai pula si penulis berdolak dalik mencipta alasan untuk menegakkan benang basah sehinggalah bila keadaan semakin tak terkawal, barulah portal itu menarik balik artikel penghinaan selepas mendapat nasihat pemimpin-pemimpin PR.

Sekarang penulis suarapakatanrakyat.com mengulangi perangai sama, kali ini menghina warga Felda yang disamatarafkan dengan lembu pula.

Sama saja perangai dan sikapnya seperti Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang tidak pernah terdetik di fikiran untuk mengambil pengajaran dari kelemahan dan kesilapan sebelumnya.

Tahun lalu Nurul Izzah telah mempromosikan Bangkung Christmas Bazzar yang menyediakan minuman keras dan nyanyian keagamaan Kriastian, tahun ini pula diulangi lagi kesilapannya dengan mencetuskan kontroversi berkaitan akidah orang Melayu Islam pula.

Dek kerana kuasa, penghinaan terhadap kelompok lain dihalalkan dan akidah agama digadai dijual sesuka hati, ia satu gambaran jelas betapa terdesaknya PR dalam usaha mereka untuk merampas kuasa demi memuaskan nafsu puak mereka.

Bila sudah beginilah pembawaan sikap penyokong dan pemimpin PR, usahlah berangan-angan untuk memerintah negara ini. Rakyat Malaysia tidak kerugian pun menolak kehadiran PR yang ternyata hanya banyak mencetuskan kontroversi dan kecelaruan berbanding manfaat untuk rakyat.
 

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.