Monday, July 15, 2013

BN kena pandai tempelak, hentam

BN menyandarkan harapan kepada anak tempatan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera awam dari Jabatan Pengairan dan Saliran, manakala Pas mempertaruhkan Endot@Azlan Yusof, 48, seorang kontraktor.

PRK Kuala Besut akan memperlihatkan UMNO dan BN benar-benar sudah bersedia dengan pasukan propagandanya atau tidak.

BN tidak boleh terlalu yakin atas kemenangan di sana dua bulan lalu. Ingat, Pas dan rakannya PKR dan DAP akan memastikan mereka juga mampu untuk merampas kerusi itu bagi meletakkan kedudukan DUN 16-16. Apabila ini berlaku maka kerajaan negeri pun dalam kedudukan tidak stabil - parti mana yang dipilih untuk memimpin negeri dan menerajui pejabat Menteri Besar.

Merenung akan bermulanya kempen PRK Kuala Besut, saya ada menerima komen daripada beberapa pembaca yang mengulas tulisan Pahit-pahit Kopi bertajuk ?Pasukan propaganda UMNO harus dikuatkan" (2 Julai 2013).

Tulisan seorang pembaca bergelar Benz Soon, dari Alor Setar, Kedah cukup berkesan. Dia menulis sebagai penyokong BN, hatinya sakit kerana UMNO dan BN kerap menjadi mangsa cacian dan tempelak pihak pembangkang. Mereka akan guna kesemua media yang boleh dipengaruhinya untuk hentam BN.

Hati Benz Soon bertambah sakit kerana BN sendiri langsung tidak ambil peduli apa yang dikatakan tentang pengaruh pembangkang. Mereka buat tak tau. Anggap itu tak penting. mereka tidak ada pasukan yang meneliti apa yang diungkit dalam media siber dan media bercetak, malah membiarkan pembangkang monopoli ruangan.

Beliau berharap sekurang-kurangnya BN boleh buat blog, website, portal berita atau komentar untuk diserap ke dalam mesej anti-BN. Malangnya BN tak buat ini. Apa yang terjadi, bila seseorang buat carian, yang dapat dibaca hanya berita anti-BN.

Pembangkang ada Malaysiakini, Malaysian insider dan banyak lagi yang mendakwa neutral tetapi berbau anti-BN. BN ada buat berapa portal berita pro-BN?

Beberapa hari lalu Benz Soon ingin mencari blog 1Malaysia, apabila membuat carian di Google, didapati pihak lawan sudah guna nama 1Malaysia dan bila masuk ada paparan yang tempelak BN. Adakah BN buat sebegini terhadap parti sendiri?

Apabila Benz Soon masuk facebook, pihak lawan juga post komentar yang tempelak BN di ruangan PM. Beliau juga masuk memberi komen yang pedas tempelak Anwar. Tetapi orang lain tidak buat sebegini. Penyokong BN bebas buat komentar, blog pro-BN tetapi bilangan amat sedikit. Salah siapa?

Mencaci, menempelak pihak lawan, mengagung-agungkan diri adalah politik.

DAP tahu ini. Lim Guan Eng pun tahu. Dia pakar tapi tak tahu mentadbir Pulau Pinang. Tetapi kebanyakan orang Cina sokong dia dan anggap dia terbaik. Mengapa?

Dia pandai main psikologi. Bila dia buka mulut saja akan caci BN, UMNO rasis, BN korup, BN tak adil, BN tak cekap tadbir dan agung-agungkan pencapaiannya.

Dia cukup berani walau berbohong fakta tanpa malu. Bila BN kritik kerajaan Pulau Pinang tak buat rumah kos rendah, beberapa hari kemudian dia panggil media dan beri angka-angka yang dia sudah buat. Siapa benar? Fakta Teng Chang Yeow (bekas Pengerusi BN Negeri) benar, tapi Guan Eng cakap dengan yakin, orang awam percaya dan fikir BN menfitnahnya.

Apa yang harus UMNO buat ... bukan kita minta BN bercakap bohong seperti DAP, cuma cakap yang benar, cakap berulang-ulang, cakap sampai rakyat faham dan percaya dan sedia mempertahankan apa yang diumumkan kalau pihak lawan mempertikai.

Perkara ini BN/UMNO tak faham. DAP cukup faham. Kalau sesiapa caci BN, jarang pemimpin BN balas dan jawab. Tetapi kalau BN caci, tempelak mereka, serta-merta mereka akan lawan.

Contohnya, baru baru ini seorang YB BN mendakwa Anwar Ibrahim ada simpanan akaun, berapa pemimpin pembangkang sudah buat kenyataan mempertikai. Utusan Malaysia juga ada melapor tentang Red Bean Army, pemimpin BN ada sebut berapa kali, DAP sudah banyak kali caci idea ini, tuduh UMNO guna Utusan untuk tindas pihak mereka, tempelak idea ini adalah bodoh sekali, mereka ketawakan hal ini.

Kalaulah pihak polis siasat, buat tangkapan maka banyak orang yang termakan propaganda mereka akan berfikir BN lagi menindas pihak lawan guna kuasa polis dan mahkamah. Ini tak adil, sedangkan perihal kerajaan dibuat mengikut undang-undang.

Sepatutnya pemimpin BN kena baca surat khabar yang selalu menyiar kenyataan mereka (contoh DAP kerap guna surat khabar Cina) baca apa yang dikata, hentam balik. Berilah jawapan. Tangkis dakwaan yang tidak tepat. Baru-baru ini, Lim Kit Siang dan pemimpin DAP lain minum ais kacang dan tempelak perkara Red Bean Army adalah satu jenaka. Apa BN kena buat?

Kata Benz Soon, kalau dia ahli politik, dia akan buat satu kenyataan ?Lim Kit Siang qualify for Oscar Award."

Kalau Red Bean Army tak benar, mengapa risau? Biar polis siasat , dan akan tahu faktanya. Kit Siang kalau nak wayang, masuklah bidang itu, tak usah berpolitik.

Esoknya dengan komentar pedas ini akan ada reaksi. Beberapa pemimpin DAP akan hentam balik. Dan saya juga akan balas. Kedua-dua pihak tidak mengalah. Dengan proses ini, kedua-dua pihak akan cuba meyakinkan pihaknya yang betul.

Sekurang-kurangnya melalui cara ini, pembaca akan dapat tahu ada orang mempertikai idea Kit Siang. Kalau tidak, selalunya dia nampak betul dan BN salah.

Bila Guan Eng buka mulut, dia akan cakap UMNO rasis, Utusan bias, Utusan rasis, BN tak adil, BN korup ... ulang dan ulang dalam keadaan berlainan. Dia selalu cari peluang ungkit hal ini supaya dapat pengaruhi orang supaya benci BN.

Baru-baru ini Guan Eng kata pakatan akan menang PRU-14 kerana 56 peratus pemuda Melayu sokong pakatan pembangkang kerana anggap BN korup.

Ini bohong, tapi dia berani cakap, berani bohong, orang pun berani untuk mempercayainya. Tapi kita tidak nampak pemimpin BN cabar mereka. Seharusnya UMNO patut buat kenyataan menyangkalnya.

Sekurang-kurangnya BN boleh ungkit kes-kes rasuah yang berlaku antara mereka, dan tempelak mereka. Baru perintah lima tahun sudah ada rekod, kalau masuk Putrajaya 10 tahun, tak tahu apa akan berlaku. BN kena selalu ulangi kecacatan mereka, memalukan mereka seperti mereka ulang dan ungkit kes NFC.

Kerana blind spot BN/UMNO nampak tidak benar, banyak masalah, BN tak adil, UMNO tindas MCA dan Gerakan, sebaliknya pakatan pembangkang dipandang sebagai politik bernafas baru, memberi harapan baru.

Hati Bens Soon sakit.

Kalau BN lebihkan masa untuk berpolitik, membuat propaganda, sungguhpun ekonomi tak tumbuh hebat, BN akan menang lagi besar banding PRU-13.

BN kena pandai caci, tempelak, hentam pihak lawan dan menunjukkan BN adalah parti politik pilihan yang terbaik untuk semua anak Malaysia.

Tidak kiralah kalau BN dapat mencapai ekonomi yang baik, macam mana pun pihak pembangkang akan ungkit hal itu dan merosotkan segala pengaruh baik BN.

Pada hemat Denz Soon, BN harus kurangkan tumpuan pada pentadbiran dan banyak berfikir bagaimana untuk mengekalkan kuasa. Tanpa menang kuasa politik, semua rancangan baik pun tidak berguna.

Ini yang Guan Eng buat. Sebagai Ketua Menteri, dia ada masa lapang pergi ke Johor untuk menambatkan hati orang Johor supaya PRU-14, mereka akan menang lagi besar dan selamanya orang Cina tak akan sokong BN.

source:utusanmalaysia

Sunday, July 14, 2013

MAPEN Rancang Dua Projek Mega

Majlis Perundingan Ekonomi Negeri (Mapen) sedang dalam proses melaksana dua projek, The Melaka Gateway dan Dinasours Park, Underwater World yang dijangka menarik lebih tiga juta pelancong setahun ke negeri ini. Pengerusi Mapen, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kedua-dua
projek itu dijangka membuka sebanyak 16,000 ruang pekerjaan serta menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan negeri sehingga lebih RM6 bilion.

Menurutnya, The Melaka Gateway yang akan dibina di atas tapak seluas 209.62 hektar dengan kos RM30 bilion itu melibatkan pembinaan tiga buah pulau buatan berhampiran Pulau Melaka. "Projek itu meliputi Cruise Jetty, pusat beli-belah, hotel, kondominium, pangsapuri lima bintang, kompleks pertunjukan budaya (Melaka Impression) dan taman perumahan berkonsep. "Bagi projek Dinasours Park dan Underwater World pula dibina di atas tapak seluas 14.16 hektar dengan kos RM240 juta meliputi Taman Tema Dinasours Park, Underwater World, kedai beli-belah, kedai jualan cenderamata dan kemudahan awam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Ali berkata, dalam mesyuarat pertama Mapen baru-baru ini, beberapa perkara turut dicadangkan kepada kerajaan negeri antaranya memperkukuh syarikat teras bumiputera Melaka, peningkatan infrastruktur utama-Projek Jalan Pantai Selat Melaka. Turut dicadangkan, katanya, kajian bagi mewujudkan Museum Tour yang berfungsi seperti Melaka River Cruise. "Museum Tour ini akan melibatkan pakej yang mana para pelancong akan dibawa melawat muzium-muzium di negeri ini menaiki bas secara sistematik dan teratur beserta pemandu pelancong," katanya.
source: http://www.utusan.com.my
© Utusan Melayu (M) Bhd


Melayu Tidak Wujud di Dunia – Professor Singapura

Kaum Cina di rantau ini nampaknya mempunyai masalah psikologi yang kronik apabila tidak mampu menerima hakikat bahawa mereka bukanlah penduduk asal di sini.  Berbagai-bagai percubaan dilakukan mereka untuk menafikan sejarah, hatta kewujudan bangsa Melayu di muka bumi.  Semuanya berpunca dari dendam kesumat dan sifat rasis tegar yang enggan menjadi 'nombor 2' dalam meletakkan hak ke atas bumi sebelah sini.
 
Tidak cukup dengan Cina Malaysia yang tidak jemu-jemu mencuba untuk mengubah sejarah, kini Cina Singapura pula menulis buku konon Melayu tidak pernah wujud.  Buku tersebut yang bertajuk 'Contesting Malayness' dengan sendirinya membuktikan masalah psikologi penulisnya yang ingin mencabar kewujudan Melayu.  Apa yang didapati ialah, buku tersebut dihasilkan berdasarkan penyelidikan rambang dari buku-buku tertentu dan selebihnya kita pasti hanyalah pendapat dari pemikiran dan emosi penulisnya sendiri.  Hakikatnya, etnologi (suku bangsa), linguistic (bahasa) dan arkeologi (material) mengenai teori migrasi dan asal usul ras (bangsa) Melayu telah pun dibuktikan melalui kaedah DNA oleh penyelidik tempatan, Wan Hashim Wan Teh.  Kaedah ini mampu membuktikan umur rumpun bangsa, asal usul dan jejak penghijrahan.  Apa yang didapati ialah Melayu adalah penghijrah asal.
 
Dalam mengekspresi kebenciannya kepada bangsa Melayu, Professor Singapura tersebut nampaknya telah terlepas pandang bahawa sekiranya beliau ingin menafikan kewujudan Melayu, beliau perlu terlebih dahulu menafikan sejarah Siam, Filipina dan Indonesia kalaupun tidak mengiktiraf sejarah yang tertulis di Malaysia.  Malah, beliau juga mungkin perlu menafikan sejarah Melayu Cape Town di Afrika dan juga Guam.  Dalam rujukan sejarah mengenai Guam, tertulis bahawa penduduk asalnya adalah orang-orang Austronesian dari Asia Tenggara yang tiba di sana seawal 4,000 tahun sebelum Masehi.  Mereka mempunyai bahasa dan budaya yang mirip dengan masyarakat Malaysia, Indonesia dan Filipina.  Mereka juga dikatakan sebagai tamadun terawal di Pasifik.
 
Dan di dalam buku Declaracan de Mala e India Meridional oleh seorang Portugis Godinho de Eredia menyebut:
 
"It is to be noted that the eastern coast of Ujontana was peopled and frequented before the other or western coast; thus the histories relate that Malayos inhabited Pattane and Pam before the foundation of Malacca. At that time the ruler of Pam governed Sycapura and the Monarch who resided in Pattane, the metropolis of the Malayos."
 
Ini bermakna sejarah Siam mengenai Melayu itu adalah benar, dan sejarah Kedah purba mengenai Melayu juga benar.  Sekali gus sejarah kaum Melayu yang membuka Melaka juga benar.  Salah satu cara untuk menjejak sejarah sesuatu bangsa ialah melalui bahasa, termasuk nama-nama mereka.  Daripada sejarah serantau, jelas didapati bahawa nama-nama Raja-raja dahulukala turut berbunyi Melayu, bukan Cina atau Eropah.   Nama-nama mereka mungkin berbeza sedikit mengikut pengaruh agama tetapi ia tetap membawa identiti Melayu.  Contohnya, Raja Ijau (1584-1616), Raja Biru (1616-1624), Raja Ungu (1624-1635) iaitu adik Sultan Bahdur (1573-1584) serta anak Raja Ungu, iaitu Raja Kuning (1635-1649) membuktikan bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan secara meluas di rantau ini.
 
Terdapat juga sejarah yang menyatakan nama Pattani juga didapati dari perkataan Melayu 'Pantai ini' dan ini juga membuktikan yang Melayu merupakan kaum yang mula bertapak di situ.  Oleh kerana Pattani juga termasuk dalam Kedah purba, maka jelaslah bahawa keseluruhan sejarah yang tertulis mengenai kaum ini adalah benar.  Nampaknya, Hujah Professor Singapura jelas tidak punya kredibiliti kerana tidak konsisten dengan kajian DNA mahupun catatan fakta oleh kesemua negara-negara rumpun Melayu di Asia serta pengembara-pengembara Eropah.   

 

Bubur Lambuk Terpanjang 18 Julai ini@Melaka

Kerajaan Negeri Melaka dan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Negeri Melaka akan mengadakan program memasak bubur lambuk terpanjang pada 18 Julai ini di Melaka Mall.

Timbalan Pengerusi Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau, Datuk Ghazale Muhamad berkata, sebanyak 20,000 bungkus bubur lambuk akan diedarkan kepada orang ramai sekitar negeri ini termasuk di rumah kebajikan. "Program ini juga mendapat kerjasama daripada persatuan pengusaha hotel negeri dan beberapa agensi sambil kita berharap mereka yang berminat dengan program ini untuk turut serta. "Selain itu, kita berhasrat menjadikan program ini tersenarai dalam Malaysia Book of Record (MBR) di samping menyediakan bungkusan bubur lambuk terbanyak," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Program pengagihan bubur lambuk oleh Philea Resort & Hotel di jalan Tol Lebuhraya Ayer Keroh di sini semalam.

Turut hadir Pengurus Besar  Bahagian Promosi Pelancongan (BPP), Abdul Kadir Md. Idris dan Pengarah Kewangan Resort, Lim Beng Weh serta Pengarah Komunikasi dan Pemasarannya, Connie Chin. Dalam program sempena meraikan kedatangan Ramadan itu, sebanyak 7,000 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai termasuk pengguna jalan raya.

Sementara itu, Beng Weh berkata, program itu merupakan kali keempat dianjurkan oleh Philea sebagai memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) selain menghargai dan mendekati komuniti di negeri ini. "Penyediaan kesemua bubur lambuk ini bermula pada pukul 2.30 petang yang diketuai oleh Chef Azmi Desa dengan melibatkan bahan -bahan seperti 250 kilogram (kg) beras, 40 kg ayam dan daging dan lain-lain," katanya. Tambahnya, sebanyak 200 bungkus diedarkan disetiap rumah kebajikan anak yatim iaitu Kompleks Rumah Anak Yatim Fatimah Al Zaharah (KAYFAZ) dan Lembaga Pengurusan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin (PAYASUM).

source:http://www.utusan.com.my Utusan Melayu (M) Bhd
 





PRK Kuala Besut: PAS Tidak Percaya Azlan?

Walaupun melafaz baiah sudah menjadi amalan PAS sekian lama, tetapi tindakan PAS menyuruh calonnya bagi PRK Kuala Besut iaitu, Azlan @ Endut Yusoh melafazkan baiah di khalayak ramai, dilihat sebagai masalah 'kurang keyakinan diri' yang kronik bagi parti itu.  Selama ini, PAS hanya menuntut calon melakukannya secara tertutup di dalam bilik dengan dihadiri pemimpin-pemimpin tertentu sahaja.  Inilah kali pertama parti itu menuntut lafaz baiah secara terbuka di hadapan orang ramai.
 
Akur dengan arahan parti, Azlan telah pun melafazkan baiah bahawa beliau akan dilaknat Allah SWT jika melompat parti sekiranya PAS menang di Kuala Besut.  Persoalan yang bermain di fikiran ramai ialah kenapakah PAS mengambil pendekatan berbeza terhadap Azlan?  Kenapa beliau tidak dituntut berbaiah secara tertutup sahaja?  Apa signifikannya baiah tersebut diperdengarkan kepada umum?  Satu-satunya penjelasan ialah PAS meragui kesetiaan Azlan.  Harapan PAS, Azlan tidak akan berani melanggar baiah sekiranya terlalu ramai saksi yang telah mendengar beliau melafazkannya.  
 
Azlan merupakan kontraktor bangunan dan kejuruteraan awam – Kelas A.   Ini sekali gus meletakkan beliau sebagai salah seorang yang mendapat manfaat langsung dari kemajuan yang di bawa oleh kerajaan Barisan Nasional di negara ini.  Malah, kita tidak hairan jika kebanyakan projek-projek yang membolehkan beliau menjadi 'orang kaya' di Kuala Besut, merupakan projek-projek kerajaan BN sama ada secara langsung atau tidak langsung.   Dalam kata lain, Azlan kemungkinan besar telah terlalu banyak memakan budi UMNO.  Justeru, PAS amat khuatir jika beliau bertindak 'membalas budi' UMNO dengan cara lompat parti.    Jika benar Azlan telah memakan budi UMNO sehingga dinobatkan sebagai orang kaya, maka tindakannya untuk bertanding atas tiket PAS di Kuala Besut boleh dianggap sebagai satu pengkhianatan.  Ini kerana PAS sering mencemuh dan menuduh BN sebagai 'tidak berbuat apa-apa' untuk membantu Melayu walaupun telah lebih sedekad berkuasa.   PAS juga sering menuduh UMNO memberi projek kepada kroni sahaja dan membiarkan rakyat jelata hidup susah, tertindas dan sengsara.  Namun, kewujudan Azlan, seorang kontraktor PAS yang kaya dengan sendirinya menafikan segala tuduhan tersebut.  Tidak mungkin Azlan kaya tanpa UMNO memainkan peranan untuk menyediakan peluang perniagaan kepadanya, termasuk syarikat-syarikat pembekalan atau sokongan bagi membolehkan perniagaannya maju.   Persekitaran dan peluang perniagaan sebegini hanya boleh diwujudkan oleh kerajaan yang cekap dan prihatin.
 
Atas hakikat inilah maka kita tidak hairan jika PAS begitu meragui kesetiaan Azlan. Pada bila-bila masa saja Azlan boleh 'terkenang' kembali akan budi UMNO kepadanya.  Atau Azlan mungkin juga perlu mengharap budi UMNO lagi di masa depan bagi membolehkan perniagaannya terus berkembang maju.  Di waktu itu, perkara utama bagi Azlan pastinya mengenai 'survival' diri dan bukan lagi 'survival' PAS.


Berbuka Puasa Dengan Fitnah Bersama SUARAM

Kita tidak terkejut jika Pakatan Rakyat dan 'kuncu-kuncunya' ingin terus memainkan isu scorpene dan Altantuya walaupun isu tersebut telah kembali tertepek ke muka mereka.  Ini kerana PR benar-benar ketandusan isu dan berada dalam keadaan malu yang amat sangat apabila Anwar mengangkat sumpah menerima keputusan PRU-13.
 
Tetapi kita agak terkejut juga apabila mereka menggunakan isu scorpene untuk terus menipu orang ramai atas nama bulan Ramadhan yang mulia.  Inilah yang dilakukan oleh PR melalui SUARAM dengan menganjurkan 'Majlis Buka Puasa dan Makan Malam' dengan tema Ops Scorpene.  Iklan majlis ini di akhbar Suara Keadilan memaparkan butiran tarikh iaitu 19 Julai 2013 di Dewan Sivik, PJ dan nombor-nombor telefon untuk tempahan tiket.  Di tulis juga butiran No. Account SUARAM bagi mereka yang ingin menderma.  Antara 'acara' menarik ialah 'penampilan khas saksi kes scorpene'.
 
Isu scorpene telah pun terdedah sebagai satu rekaan SUARAM dan PR semata-mata.  Ia tidak pernah menjadi 'kes' di mahkamah Perancis kerana telah ditolak atas alasan tiada asas, sejak dari awal lagi.  Oleh itu, menyebutnya sebagai 'kes' juga merupakan satu penipuan.    Pihak Perancis termasuk Kementerian Luar, polis dan juga mahkamah negara tersebut telah membuat kenyataan rasmi menafikan kemasukan Altantuya ke Perancais, mahupun penglibatannya dalam urusniaga Scorpene.   Penafian pihak Perancis itu dengan sendirinya membongkar motif SUARAM untuk memburuk-burukkan kerajaan.   Motif ini turut menepati pendedahan Raja Petra Kamaruddin tentang bagaimana beliau dan beberapa individu lagi diupah untuk mereka cerita mengenai isu yang sama bagi menjatuhkan Dato' Seri Najib.   Walaupun PR berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat ini, rakyat tidak mudah diperdaya dengan cerita rekaan SUARAM dan RPK kerana ia mempunyai terlalu banyak versi dengan butiran yang berubah-ubah.   Apatah lagi ia kisah mereka hanyalah bersandarkan 'dengar cakap' serta akuan bersumpah yang boleh ditukar-tukar sesuka hati.   Ini membuktikan semua 'saksi' yang disebut tidak punya kredibiliti.
 
Oleh itu, bagi SUARAM untuk menampilkan lagi 'saksi' dalam Majlis Berbuka Puasa ini merupakan satu usaha terdesak yang paling jelek dan memualkan.   Jika tiada kes dan saksi yang ada pula telah pun mengaku diupah, maka mana datangnya lagi 'saksi' lain?  Tidak cukupkah SUARAM dikantoikan oleh 'saksi' yang dikatakan mereka telah disapina oleh Mahkamah Perancis tetapi beliau kemudiannya tampil menafikan mentah-mentah yang beliau telah disapina oleh mana-mana pihak?  Kita hairan betapa tebalnya muka si Cynthia Gabriel, Teng Chang Khim dan Nalini iaitu watak utama dalam penipuan SUARAM.   Apakah mereka ini memang jenis manusia tidak tahu malu sehinggakan didedah menipu berpuluh kali juga masih ingin terus menipu?  Atau apakah mereka sengaja menganjurkan majlis ini semata-mata untuk menjustifikasi kedudukan kewangan mereka?   Seperti yang kita tahu, SUARAM telah pun dibuktikan sebagai sebuah NGO yang menerima dana dari rangkaian George Soros.  Dan kita juga tahu bahawa  tiada cara yang lebih mudah untuk menutup jejak penerimaan dan penggunaan dana tersebut selain dari mencatatnya sebagai 'derma' orang ramai.   Kerana itulah, SUARAM sering menganjurkan majlis untuk mengutip derma.  Kebanyakan derma ini tidak pula digunakan untuk aktiviti-aktiviti memperjuangkan hak asasi manusia secara langsung tetapi apa yang dapat dilihat ialah NGO ini menghabiskan begitu banyak wang untuk membayar peguam asing termasuk kos penginapan, pengangkutan dan segala kos sampingan mereka bagi terus menghidupkan isu scorpene.
 
Apa yang menyedihkan ialah majlis meminta derma kali ini diadakan atas nama Ramadhan.  Nampaknya hadirin di majlis ini nanti bukan sahaja akan kenyang dengan makanan yang terhidang tetapi juga kenyang menelan fitnah demi fitnah yang ditaburkan SUARAM.  Bayangkan, bagaimana sebuah NGO yang membawa misi Zionis untuk 'pertukaran rejim' telah dengan biadapnya menggunakan nama 'Ramadhan' dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Islam yang sah.


Penyokong PAS Tak Puas Hati Perlantikan Husam Musa

Kisah di sebalik tabir Pilihanraya Kecil Kuala Besut memperdengarkan rungutan penyokong-penyokong PAS mengenai keputusan PAS Pusat melantik Husam Musa sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihanraya.  Husam bakal dibantu oleh Dr. Hatta Ramli dan Ustaz Satiful Bahri yang bertindak sebagai timbalannya. 
 
Alasan PAS melantik Husam yang berasal dari Kelantan ialah kerana Kelantan mempunyai pengaruh besar Kuala Besut.  Ini kerana Kuala Besut terletak di sempadan Terengganu-Kelantan dan suatu masa dahulu merupakan sebahagian dari Kelantan.  Walaubagaimanapun, penyokong PAS di Terengganu merasakan tindakan tersebut sebagai tidak wajar.  Hujah mereka, bukan sahaja kerana Husam Musa bukan orang Terengganu, tetapi juga kerana beliau adalah dari kumpulan Anwarinas yang kini dipandang serong oleh kebanyakan penyokong tulen PAS.   PAS Terengganu yang dipimpin oleh Wahid Endut mempertikaikan keputusan tersebut dengan mengungkit insiden lama ketika PRK Manek Urai di mana PAS Kelantan menghalang sebarang penglibatan PAS Terengganu.  Justeru, PAS Kelantan seharusnya mengambil pendekatan yang sama untuk tidak terlibat apatah lagi menjadi Pengarah kepada PRK Kuala Besut ini.
 
Kemuncak ketidakpuasan hati ini, PAS Terengganu telah mengambil tindakan memboikot Majlis Perisytiharan Calon.   Akibatnya, majlis tersebut hanya dihadiri tidak sampai 1000 orang yang mana sebahagian besarnya adalah penyokong PAS dari Pasir Puteh Kelantan.  Ini merupakan petanda malapetaka kepada PAS kerana yang bakal mengundi bukanlah orang Pasir Puteh, tetapi orang Kuala Besut.  Sebelum nama Husam diumumkan, Wahid Endut telah lebih awal mengisytiharkan YB Satiful Bahri (ADUN Paka) sebagai Pengarah PRK.   Namun, PAS Pusat nampaknya telah tidak mengambil kira suara beliau tetapi membuat keputusan tanpa meminta pendapat Wahid Endut dan PAS kawasan tersebut. Apa yang membuat pihak PAS Terengganu lebih 'panas' ialah khabar yang menyatakan bahawa perlantikan Husam ada kena mengena dengan hubungannya dengan calon iaitu Azlan Endut, di mana mereka merupakan rakan proksi dalam perniagaan.  Tidak keterlaluan dikatakan bahawa penyokong PAS sudah tidak begitu mempercayai Husam lagi kerana kedudukannya sebagai wakil Anwarinas.  Sudah menjadi rahsia umum bahawa team Anwarinas mempunyai agenda tersendiri yang seringkali tidak selaras dengan agenda PAS.   Selain berjuang semata-mata untuk Anwar, team Anwarinas juga lebih cenderung membawa aspirasi DAP dari PAS sendiri.
 
Oleh itu, ramai yang musykil bahawa Husam akan benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan kemenangan PAS di Kuala Besut.  Memandangkan DAP sendiri tidak begitu 'teruja' dengan PRK ini, malah menyarankan agar ia dipulaukan saja oleh PAS, maka tidak mustahil yang Husam turut mempunyai pandangan yang sama.   Kekhuatiran DAP dan PKR serta PAS dari team Anwarinas ialah kebarangkalian kemenangan PAS di mana ia mampu membawa kepada terbentuknya kerajaan perpaduan di Terengganu.  Ini berdasarkan kedudukan kerusi yang akan menjadi seri iaitu 16-16 sekiranya PAS berjaya merampas kerusi Kuala Besut.
 
Seperti yang kita tahu, sebarang bentuk perpaduan UMNO-PAS merupakan malapetaka bagi DAP dan juga Anwar (PKR).
 
Justeru, kemarahan dan keraguan Wahid Endut dan PAS Terengganu terhadap Husam Musa secara dasarnya adalah berasas.   Namun, malang bagi PAS kerana PAS Pusat nampaknya masih lagi begitu naïf tidak dapat menjangka atau membaca agenda tersirat parasit-parasit di dalam parti itu.   Jelas, PAS Pusat masih tidak belajar apa-apa dari keputusan PRU-13 yang lalu.


Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.