Wednesday, August 13, 2014

UMNO Jasin sasar tarik ramai pengundi sertai parti. @idrisharon66 @HishammuddinH2O @umnoonline


9 Ogos 2014 - UMNO Bahagian Jasin menyasarkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 44,000 pengundi Melayu dalam bahagian itu menjadi ahli UMNO menjelang hujung tahun ini bagi memperkasakan lagi parti berkenaan dan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketuanya, Datuk Ahmad Hamzah berkata, statistik terkini menunjukkan cuma 46 peratus sahaja dalam kalangan pengundi Melayu mendaftar sebagai ahli UMNO dan jumlah itu dilihat kurang selamat untuk menghadapi PRU walaupun bahagian Jasin dikatakan kubu kuat Barisan Nasional (BN). Menurutnya, dalam mencapai sasaran itu, beliau telah menetapkan Indeks Penunjuk Prestasi (KPI) kepada setiap UMNO peringkat cawangan untuk mendaftar sekurang-kurangnya empat orang pengundi baharu dan ahli UMNO setiap bulan.

"Matlamat kita adalah untuk menarik semua orang Melayu menjadi ahli UMNO tetapi pada peringkat permulaan ini gerakan kita lebih menumpukan kepada mendapatkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah pengundi Melayu dalam bahagian ini mendaftar sebagai ahli UMNO.

"Di peringkat cawangan, usaha ini telah digerakkan dan mereka perlu mencapai KPI yang ditetapkan iaitu mendaftarkan empat orang sebagai pengundi dan ahli UMNO setiap bulan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jasin, di sini semalam.

Majlis itu dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Lanjut, klik SINI

source: Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, July 2, 2014

Terkini: Runtuhan Bawah Tanah di Jalan Imbi, KL


Perkhidmatan KL Monorail dari stesen Hang Tuah ke stesen Imbi dihentikan akibat runtuhan bawah tanah berdekatan tiang monorel di simpang 4 Jalan Imbi.

Dua ADUN MCA Melaka Dilantik Sebagai Exco Baharu. @idrisharon66

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Lai Men Chong dan ADUN Klebang, Lim Ban Hong mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Melaka yang baharu di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang di-Pertua Negeri di sini hari ini.

Kedua-duanya yang juga wakil MCA di bawah Barisan Nasional (BN) Melaka mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob.

YB Datuk Lai Meng Chong - Exco Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna.
YB Encik Lim Bang Hong - Exco Pengangkutan dan Pemulihan Projek

Wednesday, June 25, 2014

'Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' tema Hari Kemerdekaan 2014 #merdeka57

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 dan Hari Malaysia Ke-51 mengumumkan 'Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' sebagai tema sambutan pada tahun ini.

Beliau yang merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, tema berkenaan dipetik daripada lirik lagu Warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.