Kenyataan media Ketua Pergerakan Puteri UMNO sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-69.
UMNO sejak dahulu tidak pernah terlupa baris frasa di dalam Perlembagaan parti untuk terus memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera . Pada masa yang sama tetap menghormati kaum dan agama yang lain.
Kerana itu, Pergerakan Puteri UMNO melihat, sambutan tahun ini merupakan anjakan fasa penyatuan ahli di dalam parti dan menyahut seruan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bersoladiriti seperti yang dilaungkan di hadapan kira-kira 2,752 perwakilan UMNO pada perhimpunan agung tahun lepas.
Difinisi penyatuan harus sentiasa tersemat di dalam setiap ahlinya, dari akar umbi sehingga ke kepimpinan tertinggi, maksudnya harus jelas dengan semangat untuk memastikan keutuhannya. Ia menjadi lambang solidariti yang tidak akan tergugat dengan apa juga anasir luar serta gangguan yang cuba memecahbelahkan parti. Ia semangat muafakat yang perlu difahami dari asas sehingga pelaksanaan demi memastikan kekuatan solidariti serta sentiasa muhasabat diri yang menjadi ramuan serta resipi rahsia parti untuk terus mengemudi negara.
Pergerakan Puteri juga menyedari pelbagai cubaan dan dugaan dalam landskap politik negara hari ini yang mensasarkan untuk melunturkan tahap kepercayaan masyarakat kepada UMNO secara keseluruhannya. Namun Pergerakan Puteri melihat apa juga bentuk rintangan dapat diatasi dengan kematangan fikiran kepimpinan tertinggi parti dalam memastikan perjuangan parti tidak pernah tersasar daripada landasan asal. Sambutan Hari UMNO kali ini merupakan signifikan kepada usaha berterusan setiap ahlinya untuk mengukuhkan tunjang utama dalam survival Melayu serta rakyat negara ini secara keseluruhannya. Pergerakan Puteri melihat maksud angka 69 kali ini boleh diumpamakan atau digambarkan sebagai perlambangan satu konsep dalam falsafah Cina iaitu 'yin dan yang' yang membawa maksud saling bergantungan dan berkait rapat di antara satu sama lain.
Pergerakan Puteri membawa difinisi 'yin dan yang' ini dalam skop serta dimensi yang lebih luas, iaitu membawa parti dalam aliran yang mengikut peredaran zaman sejak dahulu serta corak politik
terkini selaras dengan pembangunan teknologi. Tidak dapat dinafikan kemajuan teknologi menjadi pemangkin dalam unsur transformasi parti. Sehubungan itu Pergerakan Puteri melihat corak pentadbiran di dalam kepimpinan juga harus digembeling agar tidak berada di takuk lama dan tradisional. Pada usia UMNO hari ini, parti tidak lagi boleh dilihat berpegang kepada dan percaya dengan taktik mencari sokongan dengan cara yang digunakan sejak zaman dahulu. Anjakan di dalam cara menarik sokongan harus diterap dalam gaya kontemporari. Strategi menawan pengundi dan rakyat harus diberi nafas baharu sekali gus memberi keyakinan kepada masyarakat untuk bersama UMNO. Oleh sebab itu, pelapis Puteri UMNO sentiasa bersedia belajar dan menuntut ilmu daripada tokoh dan ikon parti untuk berdiri di barisan hadapan jika parti diganggu, menyerang jika parti diancam selain berada di hati rakyat sebagai pembela sepanjang zaman.
Ulang tahun UMNO adalah simbolik parti tidak pernah melupakan orang-orang lama yang selama ini menabur jasa serta bakti dalam usaha mengangkat parti sehingga berada di tahap ini. Mungkin ada yang sudah pergi meninggalkan kita, namun semangat dan inspirasi tetap tersemat dan menjadi kitab suci rujukan kepada mana-mana ahli yang baharu belajar bertatih, berjalan dan menyerahkan sepenuh jiwa kepada sebuah parti keramat orang Melayu yang bernama UMNO.
Semoga UMNO terus menjadi parti teras orang Melayu dan menjadi pohon dengan dedaun merimbun serta memayungi rakyat negara ini untuk zaman berzaman.
Selamat ulang tahun ke-69 UMNO
Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Puteri UMNO Malaysia
Monday, May 11, 2015
Kukuhkan Tunjang Solidariti Dan Semangat Transformasi UMNO. @emysamsudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Advertised
Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.
No comments:
Post a Comment