Monday, October 24, 2011
23 Okt 2011: Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Melaka-Ucapan dari Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan
Kehadiran hampir tujuh ribu orang pelbagai bangsa di Majlis Penerangan Perdana peringkat negeri Melaka yang diadakan di Dewan Seri Negeri Air Keroh, membuktikan rakyat masih terus setia dalam menyokong perjuangan parti Barisan Nasional (BN).
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata dalam ucapannya pada majlis tersebut, sambutan yang diberikan ini merupakan satu bukti bahawa kerajaan negeri Melaka di bawah pentadbiran BN telah mentadbir negeri tersebut dengan baik dan kerana itulah rakyat terus memberikan sokongan penuh kepada parti.
“Kehadiran yang begitu ramai ini membuktikan rakyat berpuas hati dengan usaha kerajaan mendahulukan rakyat dan tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat.
“Jadi saya berharap perpaduan yang ditunjukkan ini diteruskan dengan cara orang Cina berkawan dengan orang Melayu, orang Melayu berkawan dengan orang India. Begitu juga dengan bangsa-bangsa lain kerana inilah lambang 1Malaysia yang sering dicemburui oleh pembangkang.
“Satu padu yang sering kerajaan tegaskan membuatkan pembangkang menggelabah kerana perpaduan rakyat akan menghancurkan mereka.
“Malah transformasi yang sering diwar-warkan oleh Perdana Menteri juga ditakuti oleh pakatan pembangkang kerana ternyata transformasi yang dibawa oleh kerajaan atas idea Perdana Menteri itu mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat,” ujarnya.
Ahmad Maslan berkata, pakatan pembangkang sebenarnya sudah ketandusan cara untuk memenangi hati rakyat, oleh itu mereka memburukkan apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan.
Dalam majlis tersebut juga beliau sekali lagi mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar melakukan sumpah laknat dan menyaman Datuk Eskay berhubung kes video seks.
“Saya sudah lama mencabar Anwar Ibrahim agar melakukan lima perkara antaranya saman Datuk Eskay, lakukan ujian poligraf dan buat sumpah laknat. Namun sehingga kini Anwar tidak berani menyahut cabaran ini.
“Keengganannya ini membuatkan rakyat membuat spekulasi jelas bahawa dia bersalah, ditambah lagi dengan ujian di luar negara menunjukkan 99.9 peratus individu di dalam video tersebut mirip Anwar Ibrahim.
“Jadi, adakah orang seperti ini yang mahu kita sokong dan terus membiarkan mereka memenangi kerusi dalam pilihan raya akan datang,” ulasnya lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Advertised
Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.

No comments:
Post a Comment