Thursday, January 12, 2012

Dakwat kekal untuk PRU-13 bukan najis


PUTRAJAYA: Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan penggunaan dakwat kekal mengandungi 'silver nitrate' yang akan dicalit pada pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dibenarkan syarak. Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin, berkata keputusan itu diambil berdasarkan bahawa dakwat kekal itu tidak mengandungi bahan najis diharamkan syarak, tidak memudaratkan kesihatan serta telap atau tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan.
“Selepas mendengar pandangan pelbagai pihak termasuk, Jabatan Kimia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dakwat kekal yang diuji itu dibenarkan syarak kerana tidak menimbulkan masalah kepada umat Islam untuk melaksanakan ibadat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung perkara itu di sini, semalam. Mesyuarat itu dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, wakil SPR, Jabatan Kimia dan mufti seluruh negara.

Sebelum ini, SPR mengumumkan dakwat kekal mengandungi ‘silver nitrate’ akan digunakan pada PRU-13 dan sudah dihantar ke Jabatan Kimia pada Disember lalu untuk diteliti kandungan dan kesesuaiannya digunakan di negara ini.

pix_gal0



Berita Harian Online | Dakwat kekal untuk PRU-13 bukan najis

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.