Monday, March 16, 2015

Ketepikan ‘Jemuan’ Dan ‘Tukang Kipas’ Daripada Dalam UMNO

Perdana Menteri hari ini meminta anggota UMNO mengetepikan ‘jemuan’ dan ‘tukang kipas’ dalam parti yang sering mengadudombakan antara satu sama lain sehingga menggugat perpaduan di kalangan anggota.

Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO, berkata UMNO berkeupayaan untuk terus kekal berkuasa dan menang dalam pilihan raya sekiranya ‘jemuan-jemuan’ (berperangai buruk) ini tiada dalam parti.

“Jemuan ini lebih teruk daripada tukang kipas atau batu ronson (penghasut), kerana mereka yang mengadudombakan antara sesama kita, sehinggakan perselisihan kita diperbesar-besarkan, sehingga menggugat perpaduan dalam parti.

“Ketepikan benda-benda ini, jika tidak ada jemuan-jemuan ini sudah pasti Barisan Nasional dan UMNO akan menang,” katanya pada ucapan perasmian Konvensyen Umno Kedah di sini, yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir, yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

Konvensyen UMNO Kedah yang berlangsung selama dua hari sehingga Ahad itu dihadiri perwakilan UMNO daripada kesemua 15 bahagian parti di seluruh negeri.

Najib berkata usaha mengeluarkan UMNO daripada dibelenggu elemen ‘jemuan’ dan ‘tukang kipas’ yang menggugat perpaduan parti adalah penting dalam memastikan masa depan UMNO.

“Ia lebih penting daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim atau cadangan convert loan (menukarkan pinjaman kerajaan Kedah) kepada geran, walaupun ia tidak kurang mustahaknya. Kalau bersatu dengan suara sepasukan, insya-Allah, UMNO akan terus menang, itulah ramuannya,” katanya.

Anggota UMNO, kata Najib, perlu meletakkan sasaran untuk memastikan parti terus kuat dan menang dalam pilihan raya, lebih tinggi daripada sebarang kepentingan peribadi.

Katanya permasalahan dalaman parti perlu dikurangkan bagi memastikan sokongan masyarakat kekal terhadap UMNO.

“Antara ‘pull factor’ (faktor penarik sokongan masyarakat kepada UMNO) adalah semangat sepasukan, kurangkan permasalahan dalaman dan jangan cantas-mencantas antara satu sama lain. Jangan wujud dua pasukan dalam satu bahagian sehingga kita serba salah nak pilih,” katanya.

Beliau meminta anggota UMNO tidak mengulangi kesilapan terdahulu pada masa akan datang.

UMNO, kata perdana menteri, tidak akan berjaya jika ia terus dibelenggu perpecahan, perbalahan dan persengketaan.

Oleh itu, menurutnya, amat penting bagi anggota dan pemimpin UMNO supaya sentiasa fokus dalam usaha untuk memenangi hati rakyat dan memastikan ia kekal utuh.

Najib berkata anggota UMNO perlu merasai denyut nadi rakyat kerana untung nasib dalam menentukan kemenangan parti pada pilihan raya terletak di tangan rakyat.

Namun begitu, katanya, beliau dapat merasakan UMNO Kedah sudah mempunyai semangat baharu selepas berjaya memenangi semula tampuk pemerintahan negeri pada pilihan raya umum 2013, berikutan kekalahan pada 2008.

Beliau mahu usaha untuk menawan hati pengundi Kedah dipertingkatkan dan tidak bersikap leka, kerana terdapat kerusi yang dimenangi Barisan Nasional pada 2013 adalah dengan majoriti yang kecil sebanyak 200 undi.

Menurut Najib, pada pilihan raya umum 2013, UMNO Kedah memenangi 367 daripada keseluruhan 672 Pusat Daerah Mengundi (PDM), berbanding hanya 283 PDM pada pilihan raya umum 2008.

Katanya sebagai ketua bahagian dan pemimpin di peringkat lain, mereka perlu tahu PDM yang mereka kalah serta meletakkan sasaran untuk meningkatkan bilangan PDM yang dimenangi parti pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita mesti fokus dan bersasar, jangan hilang fokus atau mamai (khayal) dari segi politik,” kata presiden UMNO.

— BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.