PERHIMPUNAN Agung UMNO 2011 dibuat selaras dengan amanah parti keramat UMNO sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan parti, Fasal 8: Perhimpunan Agung dan memenuhi tuntutan perundangan dari Akta Pertubuhan. Untuk persidangan yang akan berlangsung pada 29 November hingga 3 Disember ini, pelbagai acara khusus menjadi agenda menjelangnya Perhimpunan Agung UMNO 2011 iaitu:
1. Konvensyen Media Sosial 1Malaysia
Tarikh: 20 November 2011
Tempat: Dewan Tun Razak 4
2. Forum Wasatiyah 1Malaysia
Tarikh: 25-26 November 2011
Tempat: Dewan Merdeka
3. Kursus Kelab UMNO Luar Negara (KULN)
Tarikh: 26 November 2011
Tempat: Bilik Kuala Lumpur
4. Forum Antarabangsa
Tarikh: 28-29 November 2011
Tempat: Dewan Tun Hussein
5. Perhimpunan Agung UMNO 2011
Tarikh: 29 Nov – 3 Disember 2011
Tempat: Dewan Merdeka
Wednesday, November 2, 2011
Agenda Khusus Menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2011
Rakyat Kelantan Sedar Kegagalan Pas, Mula Sokong BN

Rakyat Kelantan yang mahukan perubahan kini mula menyokong kerajaan Barisan Nasional apabila menyedari kegagalan kerajaan negeri pimpinan PAS membangunkan negeri itu, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Beliau berkata Kelantan yang begitu jauh ketinggalan dalam pembangunan, pelaburan dan ketiadaan peluang pekerjaan menyebabkan rakyatnya mula bangkit untuk kembali kepada Barisan Nasional (BN).
“Kelantan yang begitu jauh ketinggalan dalam pembangunan menyebabkan rakyatnya inginkan perubahan. Saya nampak kesedaran secara menyeluruh di kalangan rakyat Kelantan bahawa mereka mahukan kemajuan dalam negeri. Ini membuatkan sokongan kepada BN lebih diterima hari ini.
“Kesedaran politik di kalangan rakyat Kelantan semakin meningkat berikutan ketiadaan peluang kerja dan niaga di negeri itu begitu dirasakan oleh penduduknya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi 2011 Kementerian Kewangan di sini, hari ini.
Dr Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata Kelantan merupakan negeri yang paling kecil menerima pelaburan pada tahun lalu, iaitu hanya RM187 juta atau 0.3 peratus berbanding RM40 bilion di seluruh negara.
Dari segi pengutipan cukai jualan, beliau berkata Kelantan hanya mengutip RM34 juta setahun berbanding dengan negeri negeri lain, seperti Melaka yang mencecah RM1.3 bilion.
“Kenapa Kelantan menghadapi masalah pengaliran masuk pelabur asing? Infrastrukurnya tidak seimbang dan masalah terbesar ialah tiada bekalan air bersih untuk indnustri dan rakyatnya juga menghadapi masalah bekalan air,” katanya.
Mengenai usaha untuk mengembalikan Kelantan kepada BN, Dr Awang Adek berkata calon yang boleh menang penting.
“Kini, suasana (Kelantan) sangat kondusif. Kita perlu mencari calon yang boleh menang seperti yang dikatakan Perdana Menteri.
“Orang Kelantan dari segi kelayakan dan kepakaran memang hebat dan ramai, sama ada di dalam atau di luar Kelantan. Jadi, sudah tiba masa kita menggunakan bakat mereka untuk membangunkan Kelantan,” katanya.
MUBARAK Sedia Bantu BN Pada PRU 13

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) bersedia turun padang untuk membantu Barisan Nasional (BN) menawan semula hati rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata, MUBARAK akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat untuk memberikan maklum balas dan perancangan MUBARAK bagi membantu BN menjelang PRU-13 kelak.
”Ini adalah usaha bagi membantu BN mendapat semula keyakinan rakyat, seterusnya memberikan kemenangan yang lebih bermakna kepada BN dalam PRU yang akan datang,” ujarnya kepada media semasa sidang media Majlis Menandatangani Perjanjian usahasama Antara Yayasan MUBARAK dengan pihak SSF Properties Sdn Bhd untuk membangunkan tanah milik MUBARAK.
Dalam perkembangan berkaitan, Yayasan MUBARAK akan bekerjasama dengan pihak SSF Properties Sdn Bhd untuk membangunkan Bangunan Yayasan MUBARAK di Lot 7543, Jalan Sentul/ Batu Caves.
”Dengan kelulusan yang tidak sampai 1 ekar iaitu 0.84 ekar setelah ditolak rezab jalan, hanya lima lot kedai 3 tingkat dapat dibangunkan. Pemaju yang telah dipilih untuk pembangunan usahama ini ialah SSF Properties Sdn Bhd.
Ini adalah hasil perjuangan Pengasas MUBARAK, allahyarham Tan Sri Datuk Wira Haji Abdul Razak Alias yang bercita-cita MUBARAK mempunyai mercu tandanya sendiri, memandangkan penubuhan MUBARAK lebih kepada membantu ahli-ahli dalam hal-hal kebajikan,” tambahnya lagi. – MediaUMNO
Tuesday, November 1, 2011
Pegang Prinsip “Unity”, BN Perlu Tunjuk Kekuatan Parti Untuk Keyakinan Rakyat
Kota Kinabalu, Sabah (30 Okt 2011) - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta agar semua komponen Barisan Nasional (BN) berpegang kepada prinsip “unity” bagi menunjukkan kekuatan BN terutama dalam berhadapan pilihanraya umum akan datang.
“Walaupun tidak ada isu besar sekarang ini tapi kita mahu kekuatan itu jadi teras penting supaya rakyat boleh yakin dan percaya pada BN”, katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Sabah di Dewan Utama Universiti Malaysia Sabah di sini, hari ini.
Mengenai pembahagian kerusi pilihanraya pula beliau berkata BN masih berpegang kepada status quo sedia ada.
“Situasi negara kita yang aman, damai dan makmur terhasil atas kebijaksanaan pemimpin dan masyarakat yang mendukung prinsip kerjasama, perpaduan, saling membantu dan menghormati di antara satu sama lain,” katanya.
Jelas beliau lagi bagi sebuah negara yang mempunyai rakyat majmuk, kepimpinan negara sejak dahulu telah mengiktiraf perbezaan budaya dan kepercayaan sebagai kekuatan untuk membangunkan negara.
“Walaupun tidak ada isu besar sekarang ini tapi kita mahu kekuatan itu jadi teras penting supaya rakyat boleh yakin dan percaya pada BN”, katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Sabah di Dewan Utama Universiti Malaysia Sabah di sini, hari ini.
Mengenai pembahagian kerusi pilihanraya pula beliau berkata BN masih berpegang kepada status quo sedia ada.
“Situasi negara kita yang aman, damai dan makmur terhasil atas kebijaksanaan pemimpin dan masyarakat yang mendukung prinsip kerjasama, perpaduan, saling membantu dan menghormati di antara satu sama lain,” katanya.
Jelas beliau lagi bagi sebuah negara yang mempunyai rakyat majmuk, kepimpinan negara sejak dahulu telah mengiktiraf perbezaan budaya dan kepercayaan sebagai kekuatan untuk membangunkan negara.
Majlis penutup Majlis Penerangan Perdana peringkat negeri Melaka
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, rakyat perlu sedar bahawa sejak dahulu pembangkang hanya pandai berjanji dan menabur fitnah semata-mata mahu mempengaruhi rakyat benci kerajaan.
Katanya, tuduhan pembangkang bahawa kerajaan zalim adalah tidak benar sama sekali kerana kerajaan sentiasa menjaga kepentingan rakyat.
“Sebagai contoh, bila kita sakit ubat yang kita makan adalah subsidi. Bila anak-anak bersekolah hingga ke universiti, kita tidak pernah bertanya adakah ibubapa mereka menyokong kerajaan atau tidak. Kita memberi layanan sama rata walaupun mereka tidak menyokong kerajaan. Jadi, adakah kerajan yang dipimpin oleh BN ini kejam?
“Jadi rakyat perlu sedar, siapa yang selama ini membela nasib mereka. Sebab itu kita sentiasa turun padang untuk memberi penjelasan kepada rakyat apa yang telah terjadi dalam negara kerana pihak tidak bertanggungjawab telah merosakkan minda rakyat dengan pelbagai cerita tidak benar,” ujarnya ketika berucap di majlis penutup Majlis Penerangan Perdana peringkat negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, Air Keroh, di sini hari ini.
Katanya, demi mendapat sokongan rakyat, pembangkang sanggup menyanggah perjuangan para pejuang kita dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan dengan mengangkat komunis sebagai pejuang.
“Mereka putar belitkan fakta sejarah untuk menaikkan sentimen perkauman dan memecahbelahkan rakyat. Mereka enggan mengaku bahawa yang memperjuangkan kemerdekaan adalah orang UMNO.
“Malah mereka enggan mengaku bahawa sejak merdeka, pemerintah terdahulu yang terdiri daripada orang UMNO sehingga kini sentiasa memikirkan cara membangunkan negara dan rakyat. Telah banyak yang kita lakukan dan perkara ini bukan boleh dilaksana dalam masa yang singkat.
“Lihatlah apa yang telah kita kecapi sekarang dengan pelbagai kemudahan yang dibangunkan demi kesejahteraan rakyat. Jadi, zalimkah kerajaan jika memperjuangkan nasib dan memertabatkan rakyat. Contoh terbaik, lihatlah betapa majunya negeri Melaka ini jika dibandingkan dengan Kelantan,” ujarnya lagi.
Shafie turut mengingatkan kepada semua rakyat agar terus menyokong kerajaan BN di Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang walau siapapun yang diletakkan oleh parti sebagai calon. Ujarnya, calon yang telah di pilih oleh parti sudah pasti adalah calon yang benar-benar layak maka oleh itu individu terbabit dicalonkan. Jentera-jentera juga harus bersedia lebih awal untuk menghadapi pilihan raya
“Pilihan raya memang sudah dekat tapi jangan tunggu pilihanraya sudah dekat baru nak buat kerja kerana kita perlu jujur dan telus dalam berkhidmat membina kemajuan negara dan rakyat, ujarnya lagi.
PM Berlepas Ke Tanah Suci Mekah

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor melambai ke arah orang ramai sebelum berlepas menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah, di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini. Najib dan isteri dijangka berlepas pulang ke tanah air pada 9 November ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Advertised
Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.
