Wednesday, November 2, 2011
MUBARAK Sedia Bantu BN Pada PRU 13
Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) bersedia turun padang untuk membantu Barisan Nasional (BN) menawan semula hati rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata, MUBARAK akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat untuk memberikan maklum balas dan perancangan MUBARAK bagi membantu BN menjelang PRU-13 kelak.
”Ini adalah usaha bagi membantu BN mendapat semula keyakinan rakyat, seterusnya memberikan kemenangan yang lebih bermakna kepada BN dalam PRU yang akan datang,” ujarnya kepada media semasa sidang media Majlis Menandatangani Perjanjian usahasama Antara Yayasan MUBARAK dengan pihak SSF Properties Sdn Bhd untuk membangunkan tanah milik MUBARAK.
Dalam perkembangan berkaitan, Yayasan MUBARAK akan bekerjasama dengan pihak SSF Properties Sdn Bhd untuk membangunkan Bangunan Yayasan MUBARAK di Lot 7543, Jalan Sentul/ Batu Caves.
”Dengan kelulusan yang tidak sampai 1 ekar iaitu 0.84 ekar setelah ditolak rezab jalan, hanya lima lot kedai 3 tingkat dapat dibangunkan. Pemaju yang telah dipilih untuk pembangunan usahama ini ialah SSF Properties Sdn Bhd.
Ini adalah hasil perjuangan Pengasas MUBARAK, allahyarham Tan Sri Datuk Wira Haji Abdul Razak Alias yang bercita-cita MUBARAK mempunyai mercu tandanya sendiri, memandangkan penubuhan MUBARAK lebih kepada membantu ahli-ahli dalam hal-hal kebajikan,” tambahnya lagi. – MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Advertised
Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.

No comments:
Post a Comment