Sunday, May 10, 2015

Majlis Pra Perlancaran Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2015. #HBNMelaka15 @nizam_pb @Idris_Haron @Mod_nadzri @Khairykj @shaberyc

Pada 25 April 2015 yang lalu telah diadakan Majlis Pra-Pelancaran Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2015 di ruang legar utama pusat membeli belah Mahkota Parade di Banda Hilir, Melaka. Majlis tersebut telah sempurna dirasmikan oleh Datuk Hjh Norpipah bte Abdol (Wakil Rasmi YAB Ketua Menteri Melaka).

Jangan lupa hadir ke Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka yang bakal diadakan di Dataran 1Malaysia, Klebang, Melaka pada 15 hingga 17 Mei 2015.

Jumpa anda di sana.

Monday, May 4, 2015

Pengendali Laman FMC Tiada Kaitan Dengan Puteri UMNO. @emysamsudin


Kenyataan media Ketua Pergerakan Puteri UMNO berhubung isu kemalangan DUKE

Pergerakan Puteri UMNO menafikan pengendali laman Familia Myvi Club (FMC) yang dikenali dengan panggilan Yana mempunyai kaitan dengan sayap parti berkenaan.

Bagaimanapun, saya meminta pihak berkuasa berkenaan menyiasat segera siapa sebenarnya dalang di belakang laman berkenaan yang memburuk-burukkan nama Puteri UMNO sekali gus cuba menyembunyikan perbuatan jahat mereka di bawah nama parti. Saya sudah merujuk nama pengendali laman berkenaan dan mendapati tidak mempunyai rekod di dalam senarai ahli Puteri UMNO Gombak seperti yang didakwa. Malah, wajah yang dipaparkan yang mendakwa pengendali laman itu turut tidak dicam ahli pergerakan Puteri UMNO Gombak sendiri.

Saya memberi amaran kepada mana-mana ahli FMC yang terlibat di dalam insiden Sabtu lepas untuk segera tampil dan memberi kerjasama demi menyelesaikan isu ini segera. Beberapa dakwaan yang mengatakan mereka dilindungi 'orang dalam' juga seharusnya disiasat selain diambil tindakan sewajarnya. Saya melihat tindakan sebegini lebih kepada usaha menyelamatkan diri dan tidak cuba memberi kerjasama untuk membantu polis dalam siasatan, tindakan sebegini hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Puteri UMNO juga tidak akan berkompromi dalam isu ini selain mahukan pembelaan adil terhadap keluarga mangsa.

Jelas, kemalangan yang berlaku Sabtu lepas merupakan kejadian yang menyayat hati sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi yang menjadikan rakyat negara ini tuding-menuding dan meletakkan kesalahan kepada pelbagai pihak tanpa pengesahan pihak berkuasa. Apa yang pasti, dua kanak-kanak kecil sudah menjadi yatim piatu kerana kehilangan ibu bapa dan perlu dibela serta diberi kasih sayang sehingga dewasa. Saya melawat kanak-kanak ini selepas mendapat tahu situasi yang menimpa mereka. Pergerakan Puteri juga melahirkan rasa simpati dengan kejadian yang menimpa dan meminta pembelaan sewajarnya diberikan kepada kedua anak kecil ini.

Nur Firuza Amira, 7 dan adiknya Nur Firuza Aqila,4, menjadi yatim piatu selepas ibu bapa dan adik mereka terlibat dalam kemalangan tersebut. Saya turut merasa pilu dan sangat sedih apabila melawat mereka dan mendengar sendiri rintihan Nur Firuza yang mahu pihak berkuasa menangkap individu yang melanggar ayah mereka.

Mangsa, Fairuz Nizam Husain,35, yang memandu Pajero Sport disahkan maut di tempat kejadian sementara isterinya, Nova Safitri Azhari,27, dan bayinya, Nur Firuza Annisa yang turut tercampak ke jalan raya dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Berdasarkan maklumat yang menjadi viral di laman sosial, kemalangan dipercayai berpunca daripada enam kereta Perodua Myvi yang sedang berlumba sebelum dua daripadanya bergesel dan merempuh sehingga terbalik Pajero Sport yang dinaiki mangsa.

Bagaimanapun dakwaan itu masih dalam siasatan pihak polis.

Saya berharap, isu pengendali laman FMC yang mendakwa merupakan ahli Puteri UMNO sudah diterangkan dan dapat dihentikan segera.

YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Puteri UMNO
Ahli Parlimen Masjid Tanah
4 Mei 2015

Thursday, April 23, 2015

Kenali Calon BN PRK Parlimen Permatang Pauh P044. #PRKPermatangPauh @Idris_Haron @emysamsudin @nizam_pb


Timbalan Perdana Menteri mengumumkan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin, 43, mewakili Barisan Nasional untuk PRK Permatang Pauh kali ini.


Kenali Calon BN PRK Parlimen Rompin P091. #PRKRompin @Idris_Haron @emysamsudin @nizam_pb


BIODATA DATO' HASAN ARIFIN CALON BN PRK ROMPIN

Dato'Hj Hasan bin Arifin telah diumumkan sebagai calon BN bagi pilihanraya P091 Parlimen Rompin yang telah diumumkan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yasin Timbalan Perdana Menteri.

BIODATA
Tarikh Lahir 28/4/1953
Umur 62 Tahun

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
1976 Sarjana Muda Ekonomi
Universiti Malaya Kuala Lumpur
1979 Management Course Asia Institute Of Management Manila

PENGALAMAN DAN JAWATAN DALAM POLITIK
1976 Menjadi Ahli UMNO
1978 Menjadi AJK UMNO Bahagian Pekan
1984 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan
1986 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin
1990-2004 Ketua Bahagian UMNO Rompin
1996-2004 Ahli Majlis Tertinggi UMNO
1982-1986 Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Rompin Parlimen Pekan
1986-1990 Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan
Rompin Parlimen Pekan
1990-2004 Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Ibam Parlimen Pekan
1986-1995 Exco Kerajaan Negeri Pahang
1995-1999 Timbalan Menteri Besar Pahang
i) Bertanggungjawab membangunnkan Gebeng Industrial Area
ii) Menarik Pelaburan Di Pahang
iii) Bertanggungjawab keatas pembinaan Lebuhraya Pantai Timur (Karak-Kuantan)
iv) Membesarkan Pelabuhan Kuantan

JAWATAN SEKARANG
i) Pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin
ii) Pengerusi PERKIM Negeri Pahang
iii) Pengerusi Sahabat Masjid Wilayah Persekutuan
iv) Ahli Lembaga Pengarah UDA Holding Berhad.

PENGENALAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN
1990-1999 Menjadi Pengerusi Lembaga Pertubuhan Perusahaan Pertanian (LKPP)
Bertanggungjawab :
i) Memulihkan pentadbiran dan kewangan Lembaga
ii) Membangunkan ladang sehingga mencecah 100,000 ekar
iii) Membangunkan kilang CPO dan lain lain kilang
iv) LKPP merupakan agensi yang paling kukuh dan mempunyai harta yang banyak di Pahang
v) Terlibat dalam menguruskan ladang ladang kecil peneroka ,keselamatan dan juga peserta rumah banjir
1991-1995 - Menjadi Ahli Lembaga Pengarah FELDA
1995-1988 - Pengerusi DARA (Lembaga Pembangunan Kemajuan Wilayah Pahang Tenggara)
1976-1982 - Sebelum memasuki bidang politik pernah bekerja dengan ASPA..sebuah agensi kerajaan yang terlibat dalam industri Perkayuan.Jawatan terakhir adalah sebagai Pengurus Operasi Kilang.

PENGALAMAN ANTARABANGSA & NGO
1995-2001 - Executive Council Commenwealth Parlimentary Association
Menghadiri Sidang Ahli Parlimen Negara Komenwel di Mauritus New Zealand Barbados Singapore United Kingdom Australia Trinidad & Tobago

LATARBELAKANG KELUARGA
Nama Isteri : Datin Rozidah Binti Karim
Anak Pertama : Sudah Berumahtangga
Ahli Perniagaan
Anak Kedua : Sudah Berumahtangga
Head Of Communication Tune Talk
Anak Ketiga : Belum Berkahwin
Exsecutive Auditor Delloite
Anak Keempat : IT Exsecutive

Wednesday, April 22, 2015

Hebahan: Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2015 (15-17 Mei 2015) #HBNMelaka15 @Mod_nadzri @Khairykj @shaberyc @Idris_Haron

Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2015
(Karnival Fiesta Mesra Belia 1Malaysia)
15, 16 & 17 Mei 2015
Dataran 1Malaysia, Klebang, Melaka.
Pelbagai acara/program menarik disediakan. Semua dijemput hadir.
 

Friday, April 10, 2015

Tarikh Pilihanraya Kecil P.091 #PRKROMPIN


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan tarikh pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin adalah pada 5 Mei depan manakala 22 April ini merupakan hari penamaan calon.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya turut menetapkan 30 April sebagai tarikh mengundi awal khusus untuk anggota keselamatan serta pasangan masing-masing.

Beliau berkata, pilihan raya kecil itu dibuat berikutan penyandang kerusi kawasan berkenaan, Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, 4 April lalu.

Selain Jamaludin, tragedi itu turut mengorbankan lima yang lain iaitu Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, juruterbang helikopter, Kapten Clifford William Fournier Jr; kenalan Fournier Aidana Baizieva, ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Jamaludin, Razkan Seran.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, Jamaludin mengekalkan kerusi Parlimen Rompin yang disandang sejak 23 tahun lalu, apabila mengalahkan bekas Ketua Muslimat Pas Pusat, Nuridah Mohd. Salleh dengan majoriti 15,114 undi. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/prk-rompin-5-mei-1.79532#sthash.8GtKrerG.dpuf

Thursday, April 9, 2015

Melaka Ketujuh Tertinggi Terima Pelaburan Diluluskan. @Mustapa_Mohamed @Idris_Haron @SulaimanmdAli @nizam_pb

Melaka melonjak ke kedudukan ketujuh tertinggi ba­gi jumlah pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan pada tahun lalu berbanding ke-10 pada 2013.

Menteri Perdagangan Antara­bangsa dan Industri, Datuk Seri Mus­tapa Mohamed berkata, se­banyak RM4.44 bilion jumlah pelaburan telah diluluskan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) di negeri ini tahun lalu.

Menurutnya, pelaburan berke­naan termasuklah dalam sektor pengangkutan (RM3.32 bilion), pro­duk elektrik dan elektronik (RM880 juta), penerbitan dan percetakan (RM160 juta), perabot dan perkakasan (RM40 juta) dan pembuatan makanan (RM40 juta).

“Jumlah pelaburan berkenaan ju­ga merupakan yang tertinggi per­nah dicatatkan di negeri ini malah ia yakin dapat terus ditingkatkan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena pro­gram Turun Padang ke Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antara­bangsa dan Industri, Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/melaka-ketujuh-tertinggi-terima-pelaburan-diluluskan-1.79105#sthash.eTTid9hI.lbPHKbjH.dpuf

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.