Wednesday, December 28, 2011

PRU13-BN Melaka telah bersedia


26 Dis 2011-Jasin: Barisan Nasional (BN) negeri telah bersedia untuk menggerakkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU13) pada bila-bila masa.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, jentera BN di semua bahagian kini hanya menunggu masa untuk digerakkan.

“Bila saya tanya jentera parti di semua peringkat semua kata sudah bersedia untuk pilihan raya umum dan banyak bahagian telah lancarkan jentera mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Taklimat dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Jasin di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah dan pemimpin - pemimpin parti komponen BN.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali yang juga Pengerusi BN negeri berkata, keikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi punca utama sokongan kepada BN hari ini semakin bertambah, bukan sahaja dalam parti, bahkan di kalangan penyokong-penyokong parti pembangkang.

“Penyokong-penyokong parti pembangkang kini mula berubah pendirian memihak kepada BN sehingga ada juga cawangan-cawangan mereka yang telah dibubarkan dan ini merupakan petanda baik kepada BN dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

“Sekarang ini apa yang kita perlu fokus ialah usaha memperkukuhkan parti dari segi imej dan boleh diterima oleh rakyat,” katanya.

Mengulas mengenai calon pula, Mohd. Ali berkata, senarai nama calon belum ditentukan lagi dan hanya akan berbuat demikian apabila diminta oleh Najib.

“Senarai nama calon belum lagi, kita akan hantar nama bila Perdana Menteri dan kalau beliau minta itu bermakna pilihan raya umum sudah cukup dekat. Individu yang cuba melobi pun tiada, tetapi kalau satu dua orang yang menunjukkan minat itu adalah,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.