Thursday, December 15, 2011

Sejarah Buktikan UMNO Tidak Pinggirkan Bangsa Lain


Oleh Mohd Nasri Zakariah

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Perjuangan UMNO dalam apa jua perkara tidak pernah meminggirkan bangsa lain walaupun mempunyai agama, fahaman dan budaya yang berbeza, malah mereka turut menikmati sama seperti yang dinikmati oleh orang Melayu dan kaum Bumiputera di negara ini.

Penganalisa politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata sejak negara ini merdeka, semua rakyat mendapat peluang yang dalam apa jua bidang yang mereka ceburi sama ada membabitkan soal pendidikan, ekonomi dan pembangunan.

“Tindakan mereka yang cuba menggunakan isu perkauman sebagai modal politik bolehlah diibaratkan sebagai mereka yang sudah kehilangan modal untuk dapatkan sokongan sehingga sanggup membangkitkan perkara yang agak sensitif tanpa memikirkan keburukkannya.

“Mereka itu adalah pemimpin berfikiran sempit, UMNO tidak pernah meminggirkan bangsa lain di negara ini, malah banyak bertolenrasi, itu semua adalah untuk memastikan rakyat negara ini hidup dalam keadaan selesa.

“Kita lihat apa yang berlaku di luar negara, pertelingkahan di kalangan suku kaum yang sering berlaku sehingga menyebabkan berlakunya perang saudara telah menyebabkan negara mereka sentiasa bergolak yang akhirnya membawa kerugian kepada rakyat dan negara berkenaan,” katanya kepada mediaUMNO di sini, hari ini.

Menurutnya, bukan tiada ada berlaku permasalahan di kalangan rakyat negara ini yang berbilang kaum tetapi perkara itu mampu diselesaikan dengan baik di antara pihak terbabit, ini membuktikan adanya tolak ansur di kalangan rakyat negara ini.

“Tidak dinafikan, ada di kalangan mereka yang tidak bertanggungjawab cuba mengeksplotasikan isu-isu kecil dan cuba memperbesarkan perkara itu untuk kepentingan mereka,” katanya.

Dr Samsul berkata, rakyat di negara ini tidak harus mudah terpedaya dengan apa yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu bahawa UMNO hanya berjuang untuk orang Melayu tanpa mengira kepentingan kaum lain.

“Perkara ini sudah banyak kali dinyatakan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) bahawa apa setiap apa yang dilakukan turut mengambil kira kepentingan kaum lain di negara ini.

“1Malaysia yang diperkenalkan oleh beliau adalah bukti jelas menunjukkan semua kaum di negara ini mempunyai kepentingan bersama dalam memastikan negara terus maju dan rakyat hidup dengan aman tanpa sebarang sengketa,” katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.