
Pemilihan Skuad B/sepak SUKMA 2012 Negeri Melaka
Profesor Dr. Abdul Aziz Bari saman Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd.
Profesor Dr. Abdul Aziz Bari telah menyaman Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd., setelah mendakwa difitnah ekoran tindakannya mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama, Ogos lalu.
Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Disember 2011, Abdul Aziz mendakwa, kata-kata fitnah tersebut secara langsung merujuk kepadanya kerana nama dan jawatan beliau disebut secara spesifik.
Artikel yang bertajuk, Zulkifli Noordin sahut cabaran Aziz Bari, itu disiarkan pada 17 Oktober tahun lalu.
Menurut Abdul Aziz, kata-kata tersebut amat jahat sama ada atas kapasiti peribadinya atau atas jawatannya sebagai Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa.
Majlis Syura Pas yang diketuai oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya memecat presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk membentuk kerajaan perpaduan.
Bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, Abdul Hadi telah datang ke kediaman rasmi Perdana Menteri untuk membincangkan perkara tersebut dan bersetuju membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
Beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan bagaimanapun berkata, rancangan itu tidak menjadi kenyataan kerana ditentang oleh Nik Abdul Aziz dan beberapa pemimpin lain dalam Pas.
"Abdul Hadi bersetuju untuk tubuh kerajaan perpaduan. Saya tahu kerana pada ketika itu saya adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, malah saya terlibat secara langsung bertemu dengan beberapa pemimpin Pas untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.