Monday, August 6, 2012

JAIM serbu kedai makan, 10 saman dikeluarkan


Segelintir umat Islam di negeri ini bukan sahaja tidak menunaikan kewajipan berpuasa, malah turut mempertikaikan tindakan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) melakukan serbuan di beberapa lokasi, semalam.
Ketua Pegawai Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, dalam serbuan yang dilakukan, sebanyak 10 saman dikeluarkan membabitkan individu berusia antara 40 hingga 50 tahun.

Jaim serbu kedai makan, 10 saman dikeluarkan

Menurutnya, pihaknya kesal dengan perilaku individu terbabit yang secara sengaja berada di lokasi berkenaan sehingga menimbulkan syak wasangka masyarakat lain.
“Kita kesal dengan keadaan ini kerana walaupun kita tidak nampak perbuatan sebenar mereka namun tindakan kebanyakan mereka ini boleh menimbulkan syak dan dianggap seolah-olah mempersendakan agama.
“Tindakan mereka juga boleh menjejaskan imej Islam di mata bukan Islam kerana pastinya akan memandang remeh terhadap perintah berpuasa di bulan Ramadan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Rahimin berkata, antara kawasan yang terbabit dalam serbuan itu adalah Bukit Rambai, Pantai Puteri, Tangga Batu, Cheng, Ujung Pasir dan sekitar pusat bandar.

sinar harian 2 Ogos 2012

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.