Monday, June 18, 2012

Pra-Pelancaran Urban Transformation Centre (UTC) Melaka


Diinspirasikan daripada Program Transformasi Kerajaan (GTG),ia merupakan projek inisiatif Kementerian Kewangan di bawah Stratergi Laut Biru Negara. Diwujudkan sebagai pusat sehenti untuk semua perkhidmatan awam dan swasta, projek ini dilihat sebagai satu langkah kerajaan menangani isu yang dihadapi masyarakat melalui perkhidmatan berpusat.
Terletak di Jalan Hang Tuah, di sini mula beroperasi hari ini dengan 70 agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai. Dibuka pada setiap hari termasuk hujung minggu dengan tujuan memudahkan urusan orang awam dengan agensi kerajaan dan swasta yang sibuk pada hari-hari bekerja umumnya.
Berfungsi seperti "one stop center", UTC berkenaan bukan hanya memberi kemudahan kepada penduduk bandar raya Melaka yang meliputi 87 peratus daripada keseluruhan penduduk negeri itu malah penduduk luar bandar.
YB. Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Menteri Kewangan Kedua berkata, pusat setempat itu menyediakan perkhidmatan di bawah 10 kluster termasuk kesihatan; keselamatan; pendidikan, latihan dan pekerjaan; kewangan dan pembangunan belia bermula 8.30 pagi hingga 10 malam setiap hari.

"UTC ini turut menyediakan tapak pasar tani, perkhidmatan mini perpustakaan, pusat tuisyen, siber kafe, pusat kecergasan dan studio muzik bagi golongan belia," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran UTC berkenaan yang disempurnakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

UTC Melaka ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dan pelancaran rasmi UTC berkenaan dijangka dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Jun ini. Menjadikan UTC Melaka sebagai rujukan kerajaan persekutuan, UTC seperti ini akan diwujudkan di seluruh negara.




No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.