Friday, June 22, 2012

Suaram Pijak dan Hina Undang-undang Perancis

 
SUARAM, kononnya sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi manusia sepatutnya mempunyai integriti yang tinggi dan berpegang teguh kepada keadilan. Menafikan hak kepada orang yang layak, iaitu tidak berlaku adil, adalah satu kezaliman. Berbohong dan menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan seseorang adalah tindakan yang bukan sahaja zalim tetapi juga tidak berintegriti.

Dan itulah SUARAM, iaitu pertubuhan yang menggunapakai nama 'hak asasi' tetapi tidak punya integriti, tidak adil, tidak punya maruah, moral mahupun etika sekali gus tidak punya nilai walau sesen pun. Hari ini, kita melihat SUARAM begitu hina sekali kerana pertubuhan itu langsung tidak merasa malu atau bersalah, apabila berbohong kepada rakyat Malaysia dan dunia semata-mata kerana ingin memburukkan nama kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia.

Pembohongan itu pula, bukannya sekali, tetapi bersiri, di mana setiap sirinya memaparkan kisah yang kabur diselang-selikan dengan angka-angka yang berubah-ubah. Sekejap rasuah berjumlah EURO 114 juta dan kemudian berjumlah EURO 1.08 billion pula. Sekejap digambarkan bahawa Altantuya ada hubungan dengan Perdana Menteri dan kemudiannya dikatakan ada hubungan dengan Abdul Razak Baginda pula. Katanya, Altantuya adalah penterjemah dan seorang model tetapi semua urusniaga diadakan dalam bahasa Inggeris, yang tidak memerlukan terjemahan. Sekejap dikatakan rasuah dibayar oleh DCNS kepada Perimekar tetapi kemudian timbul pula nama-nama syarikat lain seperti Thales dan Terasasi yang langsung tidak disebut dalam kontrak pembelian kapal selam.

Kemuncak buruknya sikap SUARAM ini ialah apabila mereka menggunakan nama 'Mahkamah Perancis', 'Undang-undang Perancis' dan 'Hakim Perancis' bagi menguatkan penipuan mereka.

Apabila pembohongan mereka dibongkar dan rakyat mula sedar bahawa tiada perbicaraan pun mengenai kes 'rasuah dalam pembelian kapal-selam' oleh Malaysia, SUARAM mula panik. Lalu, tanpa berfikir panjang mereka cuba meneruskan dan membesarkan lagi pembohongan dengan harapan rakyat akan kembali percaya kepada mereka. Untuk itu, SUARAM berbohong lagi menyatakan bahawa orang kanan kepada penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda, Jasbir Singh Chahl adalah orang pertama yang akan disapina oleh Mahkamah Perancis dalam kes ini.

Entah kenapa SUARAM menyangka yang Jasbir Singh hanya akan berdiam diri bila namanya digunakan untuk kepentingan pertubuhan itu. Mungkin SUARAM yang mewakili pembangkang ni benar-benar bodoh atau sekadar berada dalam dunia mereka sendiri, menyangka yang majoriti rakyat akan membantu mereka berbohong, termasuklah Jasbir Singh.

Malang bagi SUARAM dan pembangkang apabila Jasbir tampil membuat penafian tegas menyatakan "Ini adalah tuduhan palsu dan menyedihkan yang dibuat oleh seseorang yang saya tidak tahu dan tidak pernah berjumpa."

Malah Kedutaan Perancis juga terpinga-pinga apabila mendengar soal sapina.

Maka, kantoilah lagi pembohongan SUARAM.

Namun, SUARAM, pertubuhan yang ditubuhkan oleh keluarga dan bekas banduan ISA iaitu pengganas dan pengancam keselamatan negara ini diterajui oleh manusia-manusia yang tidak tahu malu. Biar berkali-kali terkantoi, mereka akan tetap tegar berbohong.

Jelas, SUARAM bukan sahaja menunjukkan sikap tidak menghormati Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia tetapi juga dengan biadapnya mempermainkan mahkamah Perancis, Kedutaan Perancis, Hakim Perancis, rakyat Malaysia, pemerhati politik serta para wartawan seluruh dunia. Nampaknya, SUARAM menganggap semua orang sebagai badut, bodoh dan boleh dipermainkan malah Hakim Perancis juga boleh dipijak-pijak dan dipergunakan sewenang-wenangnya.

Undang-undang, peraturan, moral, etika semuanya tidak bermakna apa-apa bagi manusia-manusia peneraju SUARAM. SUARAM sememangnya tidak pernah dan tidak tahu menghormati sesiapa dan tidak layak langsung menyebut perkataan 'hak asasi manusia'.

Tetapi, sepandai-pandai SUARAM melompat, akhirnya tenggelam juga. Hari ini, rakyat Malaysia secara rasminya, merujuk kepada para peneraju SUARAM seperti Cynthia Gabriel, Dr. Kua Kia Soong, Sivarasa Rasiah, Irene Fernandez, Dr. Syed Husin Ali, Tian Chua, S.Arutchelvan, Dr. Nasir Hashim, Elizabeth Wong, Premesh Chandran dan lain-lain sebagai manusia pengkhianat dan penipu yang tidak bermaruah. Maka, tidak hairanlah kenapa mereka tegar membela mereka-mereka yang mempunyai sejarah ditangkap mengikut Akta ISA. Hanya pengkhianat yang sanggup membela pengkhianat.


No comments :

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.