Tarikh: 10 Jun 2012
Tempat: MITC Grand Ballroom, Melaka
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, BN mengiktiraf peranan media sosial termasuk blogger, Facebook dan Twitter untuk menafikan fitnah yang dilemparkan dan pada masa sama menjelaskan hala tuju perjuangan parti yang sebenar.
Menurut beliau, sebagai parti yang sentiasa relevan, BN perlu berubah mengikut peredaran zaman dan tidak mungkin berjaya sekiranya rakyat tidak sokong, terpesong, keliru dan lebih buruk apabila percaya fitnah dan kepalsuan yang dilemparkan.
"Jadi peranan penggiat media sosial dan pejuang alam maya ini juga besar kesannya untuk terangkan kepada masyarakat mengenai segala usaha positif kerajaan. Jika ini tidak ditangani dengan berkesan, ia bakal memberi impak tidak baik kepada pembangunan negara menjelang 2020.
"Pengundi ketika ini lebih terdedah pada maklumat media sosial yang tersebar luas menerusi blog, Facebook dan Twitter dan jika ia tidak ditapis, berkemungkinan ada yang terpengaruh lalu boleh mengubah situasi pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
No comments:
Post a Comment