Wednesday, December 26, 2012

Himpunan Oren Untuk Sesatkan Peneroka

Sudah bertahun-tahun Kerajaan PAS Kelantan bergelumang dengan noda dan pengkhinatan terhadap rakyat berikutan penyelewengan tanah dan kawasan balak dalam projek Ladang Rakyat yang melibatkan keluasan tanah melebihi 80,000 ekar di Selatan Kelantan.

Bukan satu rahsia pun sudah banyak desakan dan bantahan rakyat marhaen terhadap projek Ladang Rakyat itu yang didapati hanya menguntungkan kroni-kroni pemimpin PAS termasuklah syarikat-syarikat milik Cina DAP dan Cina Singapura.

Tapi seperti biasa PAS hanya pandai tercari-cari koyak dan carik kain baju orang lain malah tidak segan untuk dengan sengaja mencipta isu dan polemik, sedangkan kain kapan sendiri sudah lama koyak rabak menjadi bahan gelak tawa ramai.

Inilah yang berlaku sekarang apabila PAS sedang menyibukkan diri menyebarkan propaganda sesat dan berniat jahat untuk mencalar kredibiliti dan kewibawaan FELDA, kononnya untuk menyelamatkan masa depan para peneroka di tanah rancangan itu.

Untuk mencapai agenda ala zionis itu, maka dianjurkan Konvoi Kembara Oren menjelajah setiap tanah rancangan namun ternyata gagal mencapai objektif apabila ditolak bulat-bulat kehadirannya oleh para peneroka FELDA.

Kini yang terbaru pada 28 Disember 2012 nanti PAS berura-ura pula untuk melancarkan Himpunan Oren Selamatkan FELDA di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Himpunan selepas Solat Jumaat itu dikhabarkan bertujuan untuk menuntut penyingkiran Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, mendesak dihentikan campurtangan politik dalam FGV dan KPF, tuntutan menghentikan urusniaga dengan Israel dan meminta supaya tanah FELDA Plantation dipulangkan semula kepada rakyat.

Empat tuntutan yang agak pelik kerana majoriti besar para peneroka FELDA sentiasa menyokong Tan Sri Isa Samad, malah soal campurtangan politik wujud atau sebaliknya pun tidak pernah menjadi isu dikalangan para peneroka.

Kecuali, sikap menyibuk PAS cuba mempengaruhi ahli dan penyokongnya dari kalangan segelintir peneroka FELDA, yang itu memang berlaku dan mengundang kecaman ramai peneroka yang tidak senang dengan propaganda sesat yang PAS cuba sebarkan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.