Majoriti belia berumur antara 17 hingga 35 tahun di negara ini menyatakan rasa puas hati dan berikrar menyokong hala tuju yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini.
Perkara itu didedahkan The Asia Foundation menerusi kaji selidik terbaharu mereka ke atas 2,012 belia seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak untuk tempoh April hingga Jun lalu. Wakil negara The Asia Foundation, Anthea Mulakala berkata, kajian yang bertujuan mengetahui pandangan belia terhadap negara itu mendapati, sebanyak 48 peratus daripada mereka meletakkan kepercayaan Malaysia sedang bergerak ke arah yang betul manakala 88 peratus belia dari Sarawak pula lebih optimis terhadap hala tuju negara.
"Faktor ekonomi yang stabil, aman dan harmoni, kemajuan teknologi, peluang pekerjaan dan kaedah menangani jenayah yang lebih baik adalah punca utama sejumlah 58 peratus belia bersetuju kerajaan hari ini adalah yang terbaik. "Bagaimanapun terdapat belia beranggapan, jika faktor jenayah dan penderaan, tekanan disebabkan pekara-pekara tertentu dalam kalangan rakyat, sukar mendapat pekerjaan dan sistem pilihanraya yang tidak seimbang terus dipandang remeh, maka sokongan terhadap kerajaan BN boleh menjadi sebaliknya," katanya kepada pemberita hari ini.
Sementara itu, Anthea berkata, kajian sama turut dilakukan ke atas peratusan daftar pemilih dalam kalangan belia yang mendapati golongan berumur antara 21 hingga 22 tahun merupakan kumpulan paling sedikit mendaftar sebagai pengundi. Namun katanya, lebih menarik sebanyak 73 peratus daripada belia yang terpilih iaitu bermula umur 25 tahun ke atas memperlihatkan peningkatan menjadi pengundi dalam pilihan raya umum ke-13. Jelas beliau, belia di Utara mencatat jumlah tertinggi penambahan penggundi baharu iaitu sebanyak 60 peratus manakala belia Wilayah Persekutuan dan Timur mencatat jumlah terendah iaitu masing-masing sebanyak 49 dan 44 peratus.
Beliau berkata, menurut hasil kaji selidik itu faktor tertinggi menyebabkan masih ramai golongan belia tidak daftar mengundi kerana tidak mempunyai masa dan benci kepada politik. "Selain itu, faktor tidak pasti terhadap proses mendaftar dan tidak tahu dimana untuk mendaftar merupakan alasan kedua tertinggi golongan belia gagal menjadi pengundi," katanya. source: utusan

No comments:
Post a Comment