Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sendiri nampak gayanya tidak dapat menyembunyikan kebimbangannya dengan kebangkitan semangat ahli UMNO dan impak positifnya kepada rakyat berikutan perhimpunan parti orang Melayu Islam yang terbesar itu.
Kebiasaannya semasa atau selepas UMNO bersidang di PWTC, pemimpin pakatan pembangkang hanya akan mengulas secara sepintas lalu ataupun hanya mengundang ulasan dari pemimpin pembangkang peringkat bawah sahaja, namun kali ini nampak benar lainnya.
Tampak jelas kebimbangan yang bersarang dalam diri Anwar apabila dalam reaksi segeranya mengulas kejayaan PAU 2012 itu, Anwar menganggap perhimpunan tersebut gagal membincangkan kebajikan rakyat sebaliknya lebih fokus menyerang pakatan pembangkang semata-mata.
Tak cukup dengan tanggapan songsang itu, Anwar putar belit pula teks ucapan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkenaan peristiwa 13 Mei 1969.
Teks ucapan pada para 52 yang disensasikan oleh Anwar dan gerombolan pakatan pembangkang itu tidak sempat dibacakan oleh Shahrizat berikutan kesuntukkan masa antaranya menyebut;-
"Keduanya, dijauhkan Allah, jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang. Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang. Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969. Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu."
Berdasarkan teks di atas, bagi kita yang memahami selok belok peristiwa 13 Mei 1969 kita tahu tragedi berdarah itu bertitik tolak dari kebiadapan penyokong extrimis DAP berarak meraikan kemenangan tipis mereka sambil membawa penyapu untuk menghalau orang Melayu Islam dari Kampung Baru tika itu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment