Tuesday, April 9, 2013

Jangan cetus kekecohan semasa PRU-13

Jangan cetus kekecohan semasa PRU-13 - Utusan

MELAKA 5 April - Polis mengingatkan calon dan penyokong parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di negeri ini tidak mencetuskan kekecohan sepanjang tempoh berkempen hingga ke hari mengundi.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang cuba menggugat keamanan negara atau menjejaskan perjalanan proses pilihan raya kali ini. Katanya, semua pihak perlu mematuhi sepenuhnya peraturan dan peruntukan undang-undang agar tidak melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

''Semua pihak terutama calon dan penyokong parti politik yang bertanding diingatkan agar tidak membuat sebarang bentuk provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan dan lebih penting isu-isu melibatkan sensitiviti kaum serta agama harus dielakkan sama sekali. ''Polis diberi tugas dan tanggungjawab bagi memastikan keamanan dan ketenteraman awam mengikut Seksyen 3(3) Akta Polis 1967 supaya rakyat dapat keluar mengundi tanpa rasa was-was," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini. Menurutnya, polis negeri ini telah membuat persiapan rapi dalam menghadapi sebarang kemungkinan dan cabaran sepanjang PRU-13 berlangsung.

Beliau berkata, seramai 2,441 pegawai dan anggota polis dari kontinjen negeri ditugaskan menjaga kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan PRU-13 berjalan lancar.
''Di samping kekuatan yang sedia ada, polis juga mendapat bantuan daripada anggota tambahan dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Polis Bantuan untuk menjalankan tugas-tugas kepolisan," katanya. Dalam pada itu, Ghee Lye turut meminta calon yang bertanding agar mengemukakan permohonan permit kepada Ketua Polis Daerah di kawasan masing-masing untuk mendapat kebenaran mengadakan ceramah di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 selepas hari penamaan calon nanti.

Beliau menambah, permohonan permit itu perlu dikemukakan kepada polis sepanjang tempoh berkempen agar tindakan yang sewajarnya dapat dilaksanakan untuk memastikan keselamatan semua pihak terjamin. ''Mulai dari sekarang hingga hari penamaan calon, semua parti dan calon-calon bertanding yang ingin mengadakan ceramah perlu memberi notis kepada Ketua Polis Daerah," ujarnya.

Pada hari penamaan calon nanti katanya, polis akan memastikan penyokong kedua-dua belah pihak yang bertanding diasingkan bagi mengelak daripada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.