Tuesday, April 9, 2013

DEKLARASI GELANG PATAH HELAH DAP TIPU KAUM INDIA #PRU13 #BN4Malaysia #BN4Melaka #BN4MasjidTanah #BetterNation

Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang sudah tersilap langkah umum awal-awal mahu bertanding di kerusi parlimen Gelang Patah.

Tindakan Kit Siang itu sebenarnya menempah maut kerana Johor adalah tempat kelahiran UMNO dan kubu kuat parti itu. Tidak mungkin dan tidak sesekali rakyat Johor yang rata-ratanya menyokong Barisan Nasional akan membenarkan Kit Siang bertapak di situ walaupun beliau mengaku itu negeri kelahirnya.

Memang ada benarnya apabila mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata karier pemimpin veteran Dap berusia 72 tahun itu akan berkubur di Johor sambil berkata pengundi Gelang Patah hendaklah memastikan ia menjadi realiti. Begitu juga dengan tindakan pemimpin muda Dap lain seperti ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong yang mahu berhijrah ke Johor yang pastinya tidak akan mendapat laluan begitu mudah. Untuk meraih undi masyarakat Cina terutamanya, Kit Siang segera mengeluarkan Deklarasi Gelang Patah.

Kegemaran pembangkang yang suka membuat deklarasi itu dan ini menjelang pilihan raya sudah tentunya menimbulkan sangsi dan ketidakyakinan di kalangan rakyat. Ini kerana berdasarkan pengalaman manifesti Pakatan Rakyat Selangor pada pilihan raa umum 2008 dahulu, hampir 90 peratus gagal ditunaikan. Rakyat akan tertanye-tanye jika manisfesto peringkat negeri Selangor tidak mampu untuk dilaksanakan bagaimana pula hasrat berkobar-kobar pembangkang untuk menunaikan janji-janjinya dalam Manifesto Rakyat peringkat nasional? Malah Deklarasi Gelang Patah yang diumumkan oleh Dap adalah tindakan unilateral iaitu tidak mendapat restu dari pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Apakah niat Dap berbuat demikian kerana merasakan manifesto yang dilancarkan oleh pemimpin de facto Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim pada 25 Februari lalu. Mungkin terlalu banyak lompongan Dap merasakan ia perlu satu lagi lampiran kepada manisfesto induk yang serba kekurangan.

Jika deklarasi ini bukan menjadi sebahagian daripada manifesto Pakatan Rakyat ini bermakna kaum India akan sekali lagi ditipu oleh pembangkang kerana semua janji-janji yang ditaburkan dalam dokumen itu tidak akan dilaksanakan. Intipati kepada Deklarasi Gelang Patah ialah janji Dap untuk menyelesaikan yang dihadapi oleh kaum India di negara ini. Deklarasi ini dengan jelasnya adalah rasis dan berdasarkan bersifat perkauman walhal Pakatan Rakyat sebelum ini mengkritik hebat UMNO dan BN kerana melaksanakan Dasar Ekonomi Baru bagi meningkatkan sosioekonomi masyarakat Melayu.  Nampaknya Dap hanya pentingkan kaum India tanpa memikirkan jumlah masyarakat Melayu dan Cina miskin dan daif yang masih memerlukan pembelaan serta bantuan. Memberi fokus hanya kepada kaum India sahaja menunjukkan Dap dan Pakatan Rakyat bercakap tidak serupa bikin kerana lupa merekalah paling lantang sekali membangkang sebarang polisi yang berbentuk atau menjurus kepada satu kaum sahaja. Tetapi disebabkan kemaruk untuk mendapat undi Dap sanggup menjilat kembali ludah mereka sendiri.

Sekiranya Dap mampu mengeluarkan deklarasi khas untuk kaum India sahaja adalah ia juga akan berbuat perkara yang sama bagi kaum Melayu, kaum Cina atau kaum Orang Asli yang memerlukan pembelaan? Jika Dap dan Pakatan Rakyat hanya mahu membela kaum India sahaja maka ini adalah satu tindakan diskriminasi ekstrim terhadap kaum-kaum lain yang juga mempunyai hak sama rata untuk mendapatkan kemudahan dan bantuan dari pihak kerajaan. Jadi jikalau kini Pakatan Rakyat sudah mengubah program sosioekonominya daripada yang berdasarkan kepada keperluan (needs-based) kepada keperluan kaum (race-based) apa bezanya dengan DEB yang kemudiannya ditransformasi kepada Dasar Pembangunan Negara. Ini bermakna Dap dan Pakatan Rakyat kini sudah bersetuju bahawa apa yang dilakukan oleh BN untuk membasmi gejala kemiskinan tanpa mengira kaum adalah sesuatu yang tepat dan berada pada landasan yang betul. Jika diteliti deklarasi tersebut akan didapati kebanyakan yang dijanjikan Dap sudah pun terlaksana atau sedang dilaksanakan samada di peringkat negeri mahupun nasional.

Antaranya janji menyelesaikan masalah kaum India yang tidak bernegara dalam tempoh 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat. Kementerian Dalam Negeri sudah pun lama mengambil tindakan ke atas isu itu dan baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan dokumen pengenalan diri kepada 120 penerima membabitkan taraf kerakyatan tertunggak. Begitu juga dengan isu sekolah Tamil yang sejak merdeka mendapat pembelaan dari pihak kerajaan. Malah Perdana Menteri telah meluluskan RM20 juta lagi untuk membina dan memperbaik 13 sekolah bantuan penuh jenis kebangsaan Tamil di seluruh negara.

Peruntukan baru yang di luar dana RM100 juta itu yang sebelum ini diberikan di bawah Belanjawan 2013, adalah untuk memenuhi keperluan mendesak pembangunan infrastruktur sekolah- sekolah Tamil terbabit. Menurut statistik, sejak 2009, kerajaan BN telah memperuntuk sejumlah RM540 juta bagi sekolah-sekolah Tamil jauh lebih besar daripada bajet RM4 juta yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Jadi janji Dap untuk memperkasa sekolah Tamil tidak relevan langsung dan hanya gimik politik untuk mendapat undi.

No comments :

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.