Tuesday, May 28, 2013

MANSUH DEWAN NEGARA AGENDA DAP HAPUS KUASA MELAYU

Agenda jahat parti rasis dan perkauman Cina, Dap semakin terserlah apabila pengerusi kebangsaannya Karpal Singh mencadangkan pemansuhan peruntukan bagi kewujudan Dewan Negara di dalam Perlembagaan Malaysia.

Alasan yang diberikan iaitu Dewan Negara tidak diperlukan dan hanya membazir wang rakyat adalah dangkal, tidak masuk akal dan tidak bertapak kepada asas-asas ilmu perlembagaan.  Alasan yang kedua yang diberi ialah dakwaan Dewan Negara disalahgunakan oleh Barisan Nasional untuk melantik calon-calon yang kalah di dalam pilihan raya umum sebagai Senator sebagai landasan untuk dilantik ke dalam Kabinet.

Tindakan tersebut katanya dianggap sebagai pintu belakang untuk melantik calon-calon tertentu sebagai menteri. Apa yang tidak disebut Karpal ialah penjelasan kewujudan serta fungsi sebenar Dewan Negara sebagaimana yang kekal termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Inilah taktik pembangkang yang sentiasa mengungkit-ungkit isu-isu sensitif yang berhubung kait dengan Perlembagaan dengan menyembunyikan fakta dan menutup kebenaran. Ini termasuk mempersoal serta memperlekehkan isu-isu seperti hak-hak istimewa orang Melayu, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, status Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia, serta institusi-institusi raja-raja Melayu.

Dengan menimbulkan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas dan lebih berupa fitnah, pembangkang berharap rakyat yang kebanyakannya tidak memahami isu-isu yang berkaitan Perlembagaan akan turut termakan dengan fitnah yang bakal merosakkan masa depan dan kestabilan politik negara. Dewan Negara atau juga dikenali sebagai senat adalah salah satu daripada Majlis Parlimen yang duduk di bawah kuasa perundangan Persekutuan Malaysia seperti mana di sebut dalam Perkara 44 Perlembagaan Malaysia. Ia bertindak sebagai dewan perwakilan rakyat yang tertinggi di Malaysia bersama satu lagi dewan yang dipanggil sebagai Dewan Rakyat.

Dewan Negara mempunya keahlian seramai 70 orang yang digelar Ahli Dewan Negara atau Senator di mana 26 dipilih melalui pengundian oleh negeri dengan 2 Senator setiap negeri di Persekutuan and 44 lagi dilantik dan dipilih oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Tugas utama Dewan Negara ialah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh oleh Dewan Rakyat. Rang undang-undang perlu diluluskan oleh kedua-dua dewan sebelum akhirnya dipersembahkan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk perkenan Baginda.

Antara muslihat Karpal supaya Dewan Negara dimansuhkan ialah bidang kuasa dewan ini yang amat besar dalam soal mana-mana Rang Undang-undang yang bertujuan membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana Dewan Negara mempunyai kuasa untuk menolak dan membatalkan sebarang Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan kelebihan majoriti 2/3 dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua dan kali ketiga.  Ini bermakna mana-mana Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagan Persekutuan bukan sahaja mesti diluluskan oleh majoriti 2/3 di Dewan Rakyat Dewan Rakyat tetapi juga mesti diluluskan dengan majoriti 2/3 di Dewan Negara.

Muslihat Karpal mudah dibaca - dengan jumlah ahli parlimen pembangkang seramai 89 di dalam Dewan Rakyat pasca Pilihan Raya Umum ke-13, dan sekiranya Anwar Ibrahim  berjaya membeli ahli-ahli parlimen daripada Barisan Nasional melalui tawaran imbuhan wang jutaan ringgit, pembangkang boleh menumbangkan kerajaan. Anwar telah mencuba membeli 30 ahli parlimen BN pasca PRU 2008 dan tidak munasabah ia dilakukan semula berdasarkan senario tsunami politik Cina yang meletakkan Dap sebagai parti yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak iaitu 38 berban berbanding PKR (30) dan Pas (21).

Dewan Negara mempunyai kuasa veto untuk menolak Rang undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang diperuntukkan di bawah - Artikel 68(5) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Apabila Dewan Negara di mansuhkan maka kuasa veto yang dimilikinya untuk melindungi serta mempertahankan Perlembaagaan Persekutuan turut juga terhapus.

Maka mudahlah pembangkang yang diketuai oleh Dasp untuk menghapuskan satu persatu insttitusi yang berkaitan kepentingan dan kedaulatan bangsa Melayu. Inilah sebenarnya agenda licik Karpal yang sejajar dengan agenda parti Pap Singapura yang sudah berjaya meminggirkan bangsa Melayu si pulau itu.



No comments :

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.