Tuesday, May 14, 2013

45,000 hantu dari Sabah dan Sarawak berbangsa Bangladesh?

Ketika ini Pakatan Rakyat sedang menghabiskan saki-baki peluru yang tinggal iaitu penyebaran kisah-kisah 'hantu' yang mengundi.  Yang menghairankan semua 'hantu-hantu' itu dari kumpulan kaum berkulit gelap iaitu India, Bangladesh atau Pakistan.  Sedangkan sebelum ini, Anwar mewar-warkan di dalam media utama PR bahawa 45,000 hantu dibawa khas oleh Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak untuk mengundi.  Justeru, kita menjangkakan wajah hantu yang lebih mirip orang-orang Sulu atau Indonesia.   

Namun, setiap tuduhan mereka telah dapat dibuktikan sebagai provokasi murahan dan bodoh sekali.  Malah, ia turut membuktikan sikap perkauman penyokong PR selain tidak menghormati kaum India dan orang yang berkulit gelap.  Pun begitu, bagi mereka yang memilih untuk mendengar hanya dari sebelah pihak, maka mereka mempercayai berita 'tahyul' ini dengan sepenuh hati.  

Dan mereka-mereka inilah yang sedang digerakkan oleh PR sebagai bom jangka.  Sejak mula mengundi lagi, PR telah menyebarkan keyakinan kepada penyokongnya konon parti mereka mendahului di semua peti-peti undi.   Justeru, mereka yang menjadi bom jangka ini kini sedang berkumpul di beberapa tempat, bersedia untuk satu 'perarakan kemenangan'.  

Sekiranya keputusan malam ini tidak menyebelahi PR, maka kumpulan-kumpulan ini akan 'diletupkan' iaitu memulakan keganasan secara rawak bagi menggambarkan keadaan huru-hara di seluruh Malaysia.  Kawasan utama, iaitu yang bakal menjadi 'Dataran Tahrir', ialah Putrajaya.  Sama-samalah kita tunggu berapa ramaikah rakyat Malaysia yang sanggup bergadai nyawa dan masa depan hanya kerana cerita-cerita tahyul tentang hantu yang keluar mengundi.  

Semoga Allah SWT selamatkan Malaysia dari hantu syaitan yang menyerupai manusia.

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.