Beberapa pihak di dalam PR telah pun mengambil tempat masing-masing di seluruh negara untuk berarak atas dasar ilusi bahawa mereka telah menang pilihanraya. Dikhabarkan di Alor Setar dan Kulim Kedah, kelihatan anak-anak muda PR mula bergerak ke satu arah untuk berkumpul dan bersedia untuk satu 'perarakan kemenangan'. Sekiranya keputusan pada malam ini tidak memihak kepada mereka, maka mereka akan memulakan keganasan dan huru-hara. Ia kemudiannya akan dilaporkan secara besar-besaran dan berterusan oleh media asing bagi menarik perhatian masyarakat antarabangsa. Matlamatnya ialah memberi justifikasi kepada negara asing untuk masuk campur dan meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Ini merupakan cara yang sama yang berlaku di Mesir, Libya, Tunisia, Syria dan negara-negara Arab yang menyaksikan rakyatnya kini sedang menderita akibat ekonomi yang merudum dan pemerintahan kerajaan baru yang kejam dan kuku besi.Bukan Anwar tidak pernah memberi amaran kepada penyokongnya bahawa beliau akan mengadakan 'Malaysia Spring'. Malah kenyataan beliau yang inginkan pemberontakan berdarah ala Arab Spring telah direkodkan sekurang-kurangnya tiga kali. Malangnya, ramai dari penyokongnya memilih untuk menafikan dan menuduh kerajaan sengaja ingin menakut-nakutkan rakyat.
Kini, segala peringatan kerajaan mengenai Anwar Ibrahim dan Malaysia Spring ternyata sedang menjadi nyata. Namun, berita baiknya ialah nasi belum menjadi bubur. Kita masih ada masa dan harapan untuk menggagalkan usaha pihak iblis dan syaitan untuk menghancurkan satu-satunya negara Islam yang aman makmur ini. Kita meletakkan seluruh harapan kepada pasukan keselamatan negara dan kepimpinan Dato' Seri Najib untuk menghalang mereka. Dan kita juga masih ada masa untuk menghalang anak-anak muda kita, rakan-rakan, sahabat handai dan sanak saudara agar jangan terpengaruh untuk turun menyertai 'perarakan kemenangan' itu. Logiknya, kenapa perlu berarak jika menang? Ingatlah bahawa tragedi 13 Mei 1969 juga bermula dari perarakan kemenangan oleh DAP.
Jika PR menang sambutlah secara matang, dan jika kalah pula sambutlah dengan tenang. Tidak perlulah sesiapa di antara kita diperjudikan nasib, nyawa dan masa depan sendiri hanya kerana Anwar Ibrahim tidak tertahan-tahan ingin menjadi Perdana Menteri.

No comments:
Post a Comment