Saturday, October 26, 2013

Kenapa Nurul Izzah Sokong, NGO Yang Memperjuangkan Golongan GAY

Cuba bayangkan, bagaimanakah perasaan ibu dan bapa, apabila anak yang di didik dengan penuh kasih dan sayang secara tiba-tiba datang memberitahu bahawa dirinya ingin memeluk agama Kristian? Atau memberitahu keluarga bahawa dia seorang Gay ataupun Lesbian? Apakah mereka akan dapat menerima dengan hati yang terbuka dan menerima keputusan anaknya itu demi menghormati hak asasi manusia?
 
Atau menangis dengan penuh penyesalan kerana GAGAL memberikan pendidikan agama yang secukupnya sehinggakan mereka sanggup untuk murtad dan keluar dari Islam. Atau menyesal dan kembali meletakkan kesalahan kepada pemerintah kerana terlalu mengikut kehendak dan tuntutan dunia luar.  Namun itulah kemungkinan yang BAKAL terjadi sekiranya negara ini diperintah oleh mereka yang meletakkan kepentingan kuasa berbanding tuntutan agama dan kepentingan rakyat. Semua ini tidak MUSTAHIL terjadi, apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang merasakan tindakan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) sebagai TIDAK MEMBAHAYAKAN NEGARA.
 
Hebat bukan? Anak kesayangan Anwar ini SANGGUP menerima tuntutan tersebut hanya kerana mahu melihat ayahnya ditabalkan sebagai Perdana Menteri satu hari nanti. Hanya kerana kuasa, mereka tergamak membiarkan agama Islam dihina sedemikian rupa.  Yang paling menghairankan, mengapa sebagai seorang Islam yang kononnya mempunyai ciri-ciri 'MUSLIMAH' Nurul Izzah sanggup menyokong Comango? Bukankah antara tuntutan NGO tersebut untuk mempromosikan LGBT? Atau, mungkinkah Nurul Izzah sememangnya sudah lama mengetahui mengenai 'selera' ayahanda tercinta?
 
Pelik bukan.PKR sebelum ini bermati-matian mempertahankan 'kesucian' Anwar kononnya menjadi mangsa fitnah yang sebelum ini disabitkan dengan kesalahan meliwat. Tup.. tup.. mereka dengan rela cuba menyokong NGO yang memperjuangkan Gay.  Rasionalnya sekiranya tuntutan NGO tersebut diterima, ia secara tidak langsung membenarkan golongan Gay untuk berkahwin dengan pasangan yang sama jenis, atau dalam bahasa mudah, meliwat dengan rela bukan lagi merupakan satu kesalahan.  Comango sebelum ini telah membuat tuntutan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). NGO tersebut telah menghantar satu laporan berhubung hak asasi manusia ke Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Genevayang menyentuh kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan menggesa agar pindaan dalam Perlembagaan negara ini diubah.
 
Mereka juga mahu agar setiap warga negara ini diberikan hak kebebasan untuk menentukan pegangan agama masing-masing termasuk hak untuk murtad (keluar Islam) tanpa sebarang sekatan undang-undang atau campur tangan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, NGO tersebut turut menuntut kerajaan menerima hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity) yang bermakna menerima hubungan atau'perkahwinan' golongan seks sejenis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sekali gus menghapuskan Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan jenayah liwat.  Di dalam tuntutan laporan yang dikemukakan itu, Comango turut menampilkan beberapa kes misalnya yang melibatkan seorang wanita Islam murtad, 'Lina Joy' untuk menunjukkan kononnya sistem hukuman negara telah membelakangi hak asasi manusia.  Mereka juga turut mempersoalkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian dan larangan terhadap penganut ajaran Syiah. Tambah memeranjatkan pembangunan masjid dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga dijadikan sebagai bahan kritikan kononnya Malaysia keterlaluan dalam memajukan Islam sehingga menyebabkan kaum-kaum lain tidak sampai ke tahap progresif.
 
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad ketika mengulas mengenai perkara ini berkata, perancangan seumpama itu sebenarnya mirip dengan agenda Gene Sharp iaitu satu aliran pemikiran Barat yang menggunakan cara sedemikian semata-mata mahu meruntuhkan mana-mana kerajaan sedia ada terutama kerajaan Islam melalui 197 cara.  Menurut beliau, ia merupakan satu agenda tersembunyi untuk menumbangkan kerajaan dengan mewujudkan persepsi masyarakat antarabangsa supaya Malaysia dilihat menindas hak golongan tertentu dan kebebasan beragama termasuk mendiskriminasikan masyarakat bukan Islam.  Kesimpulannya, semua ini terjadi kerana ramai di kalangan pengundi yang terpedaya dengan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim telah mengundi pakatan mereka dalam pilihanraya yang lalu. Masakan tidak, mereka menggunakan topeng yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar sehingga ramai yang tertipu.
 
Natijahnya, tindakan memberikan undi kepada pembangkang telah berjaya membuatkan Barisan Nasional kehilangan sokongan 2/3 sehingga menyebabkan mereka ini berani untuk bertindak dengan sewenang-wenangnya.  Tambah menyedihkan, Pas yang kononnya berjuang atas nama Islam turut rela diperkudakan sehingga terpaksa menggadaikan hala tuju perjuangan yang dilaungkan selama ini. Walau apa pun diharapkan para pengundi khususnya di Sungai Limau dapat melihat perkara ini sebelum terlambat.
 
Ini kerana dengan mengundi Pas di dalam pilihan raya kecil ini, mereka secara tidak langsung telah menggadaikan akidah yang terpaksa ditanggung oleh generasi akan datang. Kepada para pengikut Pas, sedarlah sebelum terlambat.

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.