Tarikh Pengundian : 16 Mei 2010
Tuesday, May 4, 2010
Pilihan Raya Kecil - P212 Parlimen Sibu
Tarikh Pengundian : 16 Mei 2010
Jadikan UMNO lebih terbuka

pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 3 Mei - Mesyuarat cawangan UMNO yang bermula Sabtu lalu dan akan berakhir 15 Jun depan merupakan masa terbaik bagi menunjukkan bahawa transformasi dalam parti untuk menjadi lebih terbuka, inklusif dan demokratik telah mula berlaku.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap platform itu akan digunakan sepenuhnya untuk pemimpin cawangan menyampaikan misi, visi dan harapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak tersebut.
''Pindaan-pindaan yang telah dipersetujui pada Perhimpunan Agung UMNO Oktober 2009 telah mula dilaksanakan.
''Ini bermaksud dari aspek transformasi melalui pindaan perlembagaan, UMNO adalah jauh lebih terkehadapan berbanding parti-parti pembangkang.
''Rakyat sememangnya menunggu-nunggu perubahan ini malah dalam pertemuan saya di peringkat akar umbi sejak akhir-akhir ini semangat perubahan di dalam parti kini amat terasa kerana ahli-ahli kita di akar umbi amat sayangkan perjuangan ini," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
UMNO yang dianggotai 3,478,393 orang mempunyai 16,235 cawangan di seluruh negara.
Menurut Hishammuddin, antara perubahan dalam parti yang telah berlaku ialah:
n Memberikan lebih ruang dan tempat kepada Wanita iaitu dengan penambahan seorang ahli Wanita untuk jawatan Ahli Jawatankuasa lantikan di peringkat Cawangan, Bahagian dan juga Ahli Majlis Tertinggi.
n Mempermudahkan keahlian dengan menghapuskan yuran tahunan dan menggantikannya dengan RM2 sebagai yuran seumur hidup.
n Menghakupayakan ketua-ketua sayap untuk membolehkan mereka menerima keahlian baru.
Hishammuddin berkata, perubahan yang berkaitan dengan pemilihan dalam parti akan dilaksanakan secara berperingkat dari sekarang hingga tahun pemilihan.
Tegas beliau, apa yang penting ialah agenda transformasi dalam UMNO telah bermula dan berharap ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli akar umbi bagi mengukuhkan parti serta merealisasikan hasrat rakyat dan Presiden.
Kata beliau: ''Saya berpandangan bahawa perkara yang sama juga perlu dilaksanakan secara bersama-sama oleh seluruh parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana di dalam perubahan landskap semasa ini rakyat akan lebih yakin dengan perjuangan kita jika mereka dapat melihat perubahan ini berlaku secara menyeluruh oleh semua parti.
''Kita perlu bergerak seiring dan senada. Kita tidak ada pilihan kerana ini adalah kehendak rakyat dan BN wajar menjadi parti yang menerajui perubahan tersebut."
Monday, April 26, 2010
Tahniah kepada YB Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor

Akhirnya kejayaan P094 PRK Hulu Selangor milik Barisan Nasional


Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham menewaskan calon BN, Datuk G.Palanivel dengan majoriti 198 undi. Kali terakhir BN menguasai kerusi Parlimen tersebut ialah pada tahun 2004 juga melalui Palanivel.
Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut yang dicapai oleh BN dalam sepuluh pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum 2008.
Friday, April 23, 2010
Lompat Si Katak Lompat !!!

LOMPAT SI KATAK LOMPAT.. LOMPAT LAH TINGGI-TINGGI... CEPAT LAH KATAK CEPAT, ANWAR SUDAH KANCING GIGI!!!
Pelbagai percubaan pembangkang untuk mengusik kerajaan barisan nasional, contoh terbaru bila mereka melancarkan buku grene kartun yang ditulis dan dilukis oleh kartunis pro-pembangkang... pelbagai watak digambarkan... ada katak gemuk... katak pendek... hidung besar.. hidung panjang... budak kaca mata (bukan band penyanyi) dan banyak lagi..
buku tersebut sememangnya bertujuan nak menyindir mereka yang dok lompat parti meninggalkan budak kaca mata @ Anwar "si pengkhianat bangsa" namun dilihat telah menganjak hala tuju tersebut kearah lain.. dari sudut pandangan berbeza sebenarnya memperlihat betapa Anwar gagal menjaga kroninya menyebabkan hari ini beliai hidup dalam ketakutan akibat rahsia2 beliau semakin dibongkar oleh katak yang melompat..
Dengan sinis ada diselitkan katak melompat kedalam tong najis.. jika dilihat dari sudut lain... pada dekad 60an.. Abu Bakar Hamzah selaku Naib Presiden PAS telah mengatakan bahawa UMNO ialah Tong Najis.. dan dua dekat kemudian.. CIFU BABI: Anwar Ibrahim telah melompat masuk ke dalam UMNO... rupanya secara tak langsung kartun tersebut bukan menyindir katak2 tadi ... tetapi secara hakikat menyindir si CIFU BABI...
Rahman Shaari:
" Dalam pemerhatian saya, terbitnya kata2 sarkastik, baik 'tong taik' manupun 'barua politik'. adalah hasil dorongan tokoh yang bercita2 untuk menduduki tempat tertinggi. malah tempat tertinggi dalam pentadbiran negara. karyawan ini menggunakan kata2 itu seakan2 lahir dari jiwa yang murni, padahal berlaku di sebalik gangguan pengaruh dan hasutan bertalu2. tanpa gangguan itu, kita tahu, Pyan Habib sebenarnya jauh lebih sopan, apatah lagi beliau adalah penyair yang berjaya.."
sebenarnya banyak penulisan dan karya didalam bukut tersebut yang mempunyai makna yang menganjak... kadangkala bila kaduk naik junjung... dia lupa akan jungjung juga yang akan menjatuhkan beliau.
source: http://umbmelaka.blogspot.com/
NIK MELARANG UMAT ISLAM P94 BERSALAM DENGAN KAMALANATHAN

Nik Aziz bersalam dengan si kafir Lim Kit Siang
ok je..kenapa pulak hari ni PAS kata HARAM org Islam (khususnya di Hulu Selangor) bersalam dengan calon BN iaitu Kamalanatan?? Adakah Kit Siang adalah muslim??
Thursday, April 22, 2010
Akibat Menurut Rasa Amarah Fariz Di Tahan

Fariz dan skuad AMK ditahan dilokap polis Kuala Kubu Baru. Mereka akan direman 4 hari kerana mensabotaj bahan kempen BN semalam.
Kumpulan ini juga didapati membawa senjata tajam bersama mereka dengan alasan untuk memotong banner dan poster. Apa kejadahnya bawak pisau lipat besar untuk potong poster dan banner? Pisau seposen kan dah cukup..
Advertised
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.

