Monday, April 26, 2010

Tahniah kepada YB Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor

Walaupun hujan telah turun di awal petang, ini tidak membantutkan sama sekali jentera-jentera dan penyokong yang datang untuk memenuhi Dewan Serbaguna Kuala Kubu Baru untuk sama-sama mendengar keputusan rasmi oleh Suruhanjaya Pilihanraya.

Keputusan ini juga memberikan isyarat bahawa parti tunggak dalam BN, UMNO telah hampir pulih dan rakyat telah kembali semula memberikan sokongan atas kepercayaan terhadap pemimpin tertinggi parti.


Ketika pengumuman keputusan PRK P094 semalam, kita tertanya-tanya kemana menghilangnya calon sebelah sana? Tidak mau kah dia mengucapkan tahniah kepada pemenang? Mungkin dia tidak menemui jalan untuk majlis pengumuman keputusan itu (kerana kakinya tesepak botol), atau kudanya sudah tidak mampu berlari?

Kini BN kembali menegakkan panji-panji di Hulu Selangor manakala bagi parti pembangkang pula, sudah pasti selepas ini pelbagai tuduhan akan dilemparkan berikutan kejayaan BN. Apa pun rakyat sudah membuat keputusan, maka hormatilah.

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.