Thursday, April 22, 2010

Haram salam Kamalanathan?


PAS ketika ini bersungguh-sungguh memperkenalkan slogan ‘Pas for All’ atau ‘Pas untuk semua.’ Ia bertujuan menarik sokongan daripada masyarakat bukan Melayu.

Bagaimanapun apa yang berlaku di sebuah restoran berhampiran pasar Bukit Beruntung, semalam ketika calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan melakukan walkabout bukan sahaja boleh mencemarkan nama baik Pas tetapi juga boleh memalukan umat Islam.

Ia kerana ketika menghampiri sebuah meja untuk bersalaman, seorang lelaki berkopiah enggan menghulurkan tangannya kepada Kamalanathan. Tanpa memandang ke wajah calon BN itu, lelaki berkenaan berkata, ‘‘Sokong Pas, haram salam”.

Namun tiada riak marah di wajah Kamalanathan sebaliknya dengan senyuman terukir, Kamalanathan memohon maaf dan mengucapkan terima kasih sebelum beredar.

Kata-kata itu bermaksud oleh kerana menyokong Pas maka haram baginya untuk bersalaman dengan Kamalanathan, bukan kerana Kamalanathan berketurunan India tetapi disebabkan beliau mewakili BN.

Malang sekali Pas masih mempunyai penyokong yang berfikiran jumud seperti itu. Takkanlah kerana berbeza fahaman politik hendak bersalam pun tak boleh atau mungkin juga dia berbuat demikian kerana marah memandangkan calon BN itu dilihat lebih berpeluang menang berbanding calon PKR yang disokong oleh Pas.

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.