Wednesday, November 7, 2012

Diktator: Hadi Sindir Nik Aziz & Anwar Ibrahim

Niat di hati sekadar nak buat gimik politik sambil menguji pengaruh, kemudian tak pasal-pasal ianya memalukan diri sendiri dan menjadi bahan lawak politik tanahair pula.

Akhirnya terpaksalah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengakui kenyataannya untuk bertanding di Parlimen Pekan hanyalah bertujuan untuk membuktikan dirinya bukan diktator.

Tahu pun Hadi takut untuk menyerahkan tengkuknya untuk disembelih oleh para pengundi di Parlimen Pekan. Lagipun dikalangan ramai pemimpin PAS sendiri pun tak yakin Hadi akan merealisasikan gimik lawaknya itu.

Kecuali, hanya Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja yang kelihatan seronok hingga senyum sampai ke telingga bila sahaja mendengar berita berkenaan ura-ura Presiden PAS itu mahu bertanding di Pekan, Pahang.

Seronoknya Nik Aziz bukan main lagi sehinggakan terus sahaja memberi lampu hijau kepada Hadi kerana tahu dengan demikian akan tamatlah riwayat politik Hadi dalam PAS dan hilanglah satu lagi perintis cadangan Kerajaan Perpaduan (UG).

Persoalan sekarang dalam keadaan ribut tak ada, angin sepoi-sepoi bahasa, mengapa agaknya perihal diktator pula yang Hadi bangkitkan? Tentu ada yang tersirat disebaliknya, tak begitu?

Kira-kira sebulan lalu, Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan ada membuat kenyataan media bahawa dirinya akan terus berpaut pada kuasa dan jawatan sekalipun wujud desakan yang mahukan beliau berundur atas faktor kesihatan.

Manakala pada awal tahun ini pula, Mursyidul Am PAS itu pernah memberi bayangan keinginannya untuk terus bertanding dalam pilihanraya dan memegang jawatan politik sampai mati.

Alasannya, jawatan politik tak sama macam jawatan kakitangan awam yang ada tempoh persaraan.

Hakikatnya, hanya diktator sahaja yang berasa amat sayang pada kuasa duniawi dan agak takut untuk melepaskan kuasa dalam genggaman. Dan kebetulannya, Nik Aziz memenuhi ciri-ciri tersebut.

Sementara itu, tidak berapa lama dulu, Anwar Ibrahim pernah mengumumkan bahawa namanya adalah satu-satunya calon yang sudah disahkan akan bertanding dalam PRU 13 nanti, sedangkan nama pemimpin PKR yang lain masih lagi dalam pertimbangan.

Mengikut fahaman Hadi Awang, hak penentuan siapa yang akan bertanding atau tidak terletak pada keputusan parti, jika keputusan mendahului parti bermakna seseorang itu adalah diktator.

Jelas sekali, Anwar memenuhi ciri diktator yang dimaksudkan itu kerana Anwar telah membuat keputusan sendiri tanpa merujuk keputusan bersama pemimpin lain. Lagipun, sejak dulu hingga kini Anwar memang layak digelar diktator merangkap bapak segala nepostisme dan kronisme.

Kini terlerailah sudah kenapa tiba-tiba sahaja Hadi menimbulkan isu diktator. Rupanya ia satu sindiran sinis kepada rakan separti dan sepakatan. Tak sangka ya, dalam kalut menepis gelak tawa orang ramai dengan lawak politiknya sempat lagi melepas tembakan tepat ke dahi Nik Aziz dan Anwar.

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.