Naib Presiden PKR, N.Surendran disaran agar melihat diri ke dalam cermin sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai UMNO. Kenyataan beliau bahawa UMNO ketandusan calon yang berkaliber dilihat sebagai meludah ke muka sendiri.
Surendran menyatakan bahawa dalam keadaan BN mendapat prestasi paling corot dalam sejarah dan gagal merampas kembali Selangor dalam PRU lalu, UMNO masih tidak sedar yang ia sedang menuju kepada kekalahan yang lebih teruk dalam PRU yang akan datang. Lebih-lebih lagi apabila semua pihak di dalam UMNO mengambil sikap enggan mengakui kelemahan kepimpinan dengan enggan mencabar kedua-dua jawatan tertinggi dalam pemilihan kali ini. Menurut Surendran, ini adalah bukti yang UMNO ketandusan pemimpin berkaliber untuk menggantikan kepimpinan yang amat lemah itu.
Surendran terlupa bahawa prestasi BN mungkin corot dalam PRU yang lalu, tetapi prestasi UMNO sebenarnya meningkat. Justeru, adalah tidak adil untuk meletakkan keseluruhan tanggungjawab terhadap kelemahan prestasi BN ke atas bahu pemimpin UMNO. Apa yang berlaku dalam PRU lalu adalah berpunca dari hasutan perkauman yang keterlaluan oleh pembangkang yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan hampir 100% kaum Cina menolak BN. Sebagai peneraju parti BN, pemimpin UMNO berpegang kepada semangat setiakawan dan bertanggungjawab untuk menjaga keharmonian. Oleh itu, pemimpin UMNO tidak boleh menjanjikan kelebihan seratus peratus kepada satu kaum tanpa mengambilkira kaum-kaum lain. Tetapi, inilah yang dilakukan oleh pembangkang iaitu menjanjikan Ketuanan Cina kepada masyarakat Cina tanpa mengira kesan kepada negara dan kaum lain. Maka tidak hairanlah jika hampir semua masyarakat Cina memilih pembangkang dalam PRU yang lalu.
Hakikatnya, apa yang dijanjikan oleh pembangkang itu amatlah tidak bertanggungjawab kerana ia mampu membawa negara ke arah ketidakstabilan dan mungkin juga kemusnahan. Bagi pemimpin PR untuk menjanjikan sesuatu yang bakal membawa kemusnahan kepada negara membuktikan bahawa mereka bukanlah pemimpin yang baik. Malah, PR juga langsung tidak punya pemimpin pelapis yang lebih matang dan praktikal yang boleh disandarkan harapan. Semua pemimpin PR adalah pak turut, bayang-bayang, kalaupun tidak acuan tepat kepada pemimpin sedia ada. PR sebenarnya mengalami masalah ketandusan pemimpin yang kronik sekali. Masalah ini berpunca dari amalan nepotisme yang keterlaluan. Bapa, ibu, anak, menantu dan sahabat dekat sahaja yang boleh bermimpi untuk memegang jawatan tinggi dalam kedua-dua parti itu. Akibatnya, parti mengalami keadaan statik atau tidak berubah walaupun telah masuk beberapa dekad.
Berbeza dengan UMNO, pemimpin datang dan pergi. Pemimpin boleh saja dikritik oleh ahli-ahli sendiri. Ada yang ditangkap dan dan dibuang juga sekiranya didapati bersalah. Malah, mana-mana pemimpin yang dilihat lemah, walaupun memegang jawatan tertinggi, tetap tidak terkecuali dari risiko dipaksa melepaskan jawatan. Tentunya, ini berlaku kerana UMNO cukup kukuh sehinggakan kepimpinan boleh digantikan pada bila-bila masa. Ia juga membuktikan bahawa UMNO tidak pernah ketandusan pemimpin pelapis. Perkara yang sama tidak mungkin dapat dilihat dalam PR. PKR tidak mungkin sama tanpa Anwar Ibrahim, begitu juga DAP dan Dinasti Lim atau PAS dengan Nik Aziz dan Hadi Awang. Pendek kata, parti-parti ini tidak mampu melalui perubahan kepimpinan tanpa menjejaskan identitinya.
Justeru, yang ketandusan pemimpin di sini adalah PR, bukan UMNO dan Surendran pasti dapat melihatnya sekiranya beliau terlebih dahulu mencermin diri sebelum bercakap.
Tuesday, September 24, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Advertised
Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.
No comments:
Post a Comment