Wednesday, June 26, 2013

Tiba Masa Untuk Berhenti Berpolitik

Himpunan Black505 berakhir dengan kegagalan yang memalukan bagi Anwar Ibrahim, sekali gus menandakan bahawa rakyat sudah semakin celik akan permainan pembangkang.  Berikutan dengan itu, Anwar juga telah menyatakan bahawa tiada lagi demonstrasi selepas ini.
 
Walaupun sukar untuk kita mempercayai beliau, namun itulah yang sebaik-baiknya yang dilakukan Anwar kerana mengadakan himpunan lagi pasti akan menggandakan lagi kegagalan yang memalukan itu.  Apatah lagi apabila Anwar sudah pun mengangkat sumpah dan bergelak ketawa besar bersama Dato' Seri Najib di dalam Parlimen.  Dari tindak-tanduknya, seolah-olah beliau langsung tidak ada kena mengena dengan himpunan Black505 mahupun anak-anak muda yang berbaring dan mencuba untuk merempuh parlimen tempohari. 
 
Biarlah beliau menipu diri sendiri, yang penting beliau tidak lagi dapat menipu rakyat jelata.  Rakyat tahu bahawa niatnya adalah untuk mencetus anarki dan menggulingkan kerajaan melalui jalan belakang tetapi terpaksa menebalkan muka mengangkat sumpah kerana telah gagal mencapai matlamatnya.  Bagaimanapun, walau apa yang berlaku di dalam arena politik, hakikatnya rakyat jelata di luar kepompong politik sebenarnya sudah muak dengan cerita-cerita politik. 
 
Sebelum pilihanraya, tidak dinafikan yang rakyat Malaysia cukup prihatin dengan berita politik.  Laman-laman sosial rakyat biasa bagai tidak dapat lari dari menyentuh soal politik.   Mereka juga sering memberi komen atau sekadar 'menyampuk' di laman-laman dan media sosial yang dikhaskan untuk politik.   Rakyat semakin aktif berbincang politik sewaktu demam pilihanraya sehinggakan mereka yang atas pagar atau senyap sebelum itu juga mula menyerlahkan warna masing-masing.    Pada hari pilihanraya, dan seminggu selepasnya, keadaan di laman-laman sosial masih lagi hangat dengan sembang-sembang politik.  Namun, ia pantas berkurangan di mana sebulan selepas PRU, mereka di kalangan rakyat biasa hampir langsung tidak bercakap politik lagi.
 
Yang masih terus hangat bercakap mengenai politik hanyalah mereka-mereka yang di peringkat Cawangan, Bahagian, Pusat, dan terutama sekali yang terlibat dalam aktiviti media sosial.   Ketika himpunan Black505 baru-baru ini, laman-laman sosial rakyat biasa hampir tidak langsung mengambil tahu, jauh sekali melemparkan komen mengenai himpunan itu.  Yang terus aktif mengemaskini status masing-masing mengenai himpunan tersebut hanyalah di kalangan mereka-mereka yang terlibat dalam media sosial politik.
 
Malah, seorang rakan memberitahu bahawa teman-teman serumahnya langsung tidak sedar akan adanya himpunan 'besar' pada hari tersebut.  Jelas, rakyat sudah benar-benar bosan dengan politik dan hanya menunjukkan minat sebelum ini kerana memikirkan hala tuju negara yang mungkin berubah selepas PRU-13.   Kini, setelah PRU berlalu, rakyat ingin kembali ke rutin asal mereka dan enggan diganggu oleh berita politik lagi.  Justeru, ada baiknya jika semua pihak mengurangkan propaganda dan provokasi politik kerana bimbang rakyat akan menjadi meluat pula.
 
Usah ditampilkan imej murahan para politikus yang asyik bergaduh, menuduh dan menghentam ataupun mempromosi diri sendiri.   Laporkanlah hanya apa yang perlu.  Sempena konsep wasatiyyah yang dijadikan tonggak pemerintahan Perdana Menteri, maka eloklah semua pihak mengambil sikap bersederhana dan tidak keterlaluan dalam apa jua termasuk politik.
 
Sudah sampai masa politik Malaysia menempuh usia matang dan tidak terus terbawa-bawa dengan emosi.  Jika UMNO dan BN dapat meningkatkan diri, lama kelamaan, kita pasti pembangkang akan 'mati' sendiri.  Rakyat telah memberi peluang sekali lagi, hargailah peluang itu dengan memajukan parti dan di masa yang sama, mengukuhkan jati diri.   
 
 

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.