Umum mengetahui isu kehilangan pesawat MAS #MH370 yang menjadi misteri, telah menarik perhatian dunia. Selain memberikan ucapan simpati dan takziah, ramai yang semakin tertanya-tanya apakah nasib sebenar yang menimpa semua para penumpang dan anak-anak kapal itu?
Namun di sebalik kisah misteri pesawat #MH370 itu, wujud pelbagai berita dan maklumat kononnya pesawat tersebut telah pun mendarat di China, namun kerajaan sengaja merahsiakan mengenainya. Malah ada juga yang memberikan pandangan yang tidak masuk akal seperti meminta kerajaan mengupah pengamal ‘paranormal’ dan sebagainya.
Paling menarik, ada seorang kenalan memberitahu, pada ketika ini ramai yang cuba menjadi wartawan dengan melaporkan berita-berita yang tiada asasnya. Ada yang mengatakan, mereka menerima maklumat dari saudara, kenalan dan mereka yang rapat dengan mangsa semata-mata untuk meyakinkan masyarakat dengan ‘khabar angin yang dibawanya itu.
Tetapi dalam banyak-banyak komen, pendapat, andaian, teori dan sebagainya ada segelintir di kalangan penyokong pembangkang yang cuba mempolitikkan isu ini. Mereka mendakwa kononnya kehilangan pesawat MH#370 adalah merupakan sebahagian dari konspirasi kerajaan. Kononnya ia bertujuan untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap keputusan mahkamah di dalam ke liwat II yang melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Tanpa mempedulikan hati dan perasaan kaum keluarga dan waris semua mangsa yang terlibat, mereka melemparkan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang jelas tiada asasnya.
Sedangkan pada ketika ini, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin kita seharusnya saling mendoakan yang terbaik buat semua yang terlibat. Ia secara tidak langsung dapat memberikan sokongan moral kepada semua kaum keluarga penumpang dan anak kapal yang pada ketika ini sedang bersedih dan risau. Apa yang penting pada ketika ini mengharapkan agar misi mencari pesawat #MH370 dapat diselesaikan dengan segera. Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dilapor hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA. Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia.
Buat mereka yang terlibat hentikan spekulasi!!!!!!!!!
Friday, March 14, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Advertised
Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.

No comments:
Post a Comment