Setiap yang berlaku di dunia ini ada sebab dan tujuannya. Semua ciptaan di dunia ini berkait antara satu sama lain, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Contohnya, bulan berkait dengan graviti sepertimana oksigen dan karbon dioksida berkait dengan tumbuhan dan manusia. Allah SWT mencipta segala-galanya dengan bersistem, iaitu hukum sains dan matematik yang pasti. Pengaliran darah di dalam tubuh manusia serta peredaran planet di cakerawala semuanya tertakluk kepada kadar atau perkiraan yang tetap tanpa sedikit pun berganjak darinya. Sebarang anjakan, pastinya memberi kesan dan sebarang percubaan untuk menentang hukum ini, akan membawa bencana.
Umat Islam wajib yakin bahawa perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik dan ada rahmat di sebaliknya. MH370 hilang pada ketika umat Islam di Malaysia keliru dan bercelaru pemikirannya. Dalam kecelaruan itu, ramai yang gagal melihat pengajaran darinya. Umat yang bercelaru adalah lemah dan mudah dipengaruhi. Oleh itu, pada hari ini Umat Islam di Malaysia telah terbahagi kepada beberapa golongan. Sebahagian besar umat Islam gemar meletakkan diri sebagai ‘lebih Islam dari orang lain’ hanya kerana dosanya tidak kelihatan di mata manusia. Oleh kerana dosa orang lain ternampak di matanya, maka dia tegar menuduh segala bencana berpunca dari dosa orang itu.
Sebahagian dari umat Islam pula, bersifat seratus peratus berbeza dengan kumpulan di atas. Mereka ini ingin menentang hukum alam, atas nama Hak Asasi Manusia. Kononnya, hukum Islam yang berdasarkan sains itu kolot dan ketinggalan zaman.
Kedua-dua jenis kumpulan umat Islam inilah yang menghuru-harakan Malaysia pada hari ini. Yang satunya perasan alim dan yang satunya bangga menjadi jahil. Yang satunya sanggup berikrar untuk terus berpecah-belah kononnya atas alasan sesiapa yang tidak bersetuju dengan mereka adalah salah, berdosa dan pembawa bencana. Yang satunya pula sanggup bekerjasama dengan pihak asing termasuk Kristian, untuk menghancurkan agama, bangsa dan negara. Yang peliknya, kedua-dua pihak yang bertentangan fahaman ini, mampu mencari satu titik pertemuan melalui Pakatan Rakyat. Kesederhanaan dan kerendahan hati yang dituntut Islam menjadi sesuatu yang asing bagi mereka ini. Politik menjadi makanan minda dan rohani hampir setiap hari. Kebencian menjadi sifat wajib sehingga jiwa menjadi buta tuli.
Ketika umat Islam di Malaysia leka berpolitik sehingga mendustakan segala nikmat Allah SWT, maka Allah SWT turunkan peringatan agar kembali mengenang kesejahteraan yang dikecapi sebelum ini, kembali merendah diri serta mengakui kesilapan. Lalu, MH370 telah hilang dengan begitu misteri sehingga membingungkan semua pakar-pakar di dunia. Namun, adakah umat Islam di Malaysia akur dan insaf akan kuasa Allah SWT? Apakah masing-masing mula melihat ke dalam diri sendiri dan cuba memperbaiki kelemahan diri? Tidak. Sebaliknya, perkara pertama yang didengar ialah, persoalan mengenai ‘kehidupan sosial warga penerbangan’seolah-olah ingin mengaitkan dosa-dosa mereka dengan bencana yang berlaku. Kemudiannya, dikaitkan pula dengan dosa-dosa kerajaan yang memerintah dan dosa semua umat Islam lain - kecuali dirinya sendiri. Yakin sekali bencana tidak berpunca dari dirinya hanya kerana dosanya tidak ternampak di mata manusia.
Beberapa pihak cuba membela warga penerbangan tetapi dicemuh sebagai anjing kerajaan.
Tidak cukup dengan itu, dituduh pula kerajaan sebagai bertanggungjawab dalam kehilangan MH370 kerana takut dengan idola peliwat mereka. Malang bagi mereka apabila media asing tiba-tiba membongkar bahawa juruterbang pesawat tersebut merupakan fanatik kepada idola mereka. Si juruterbang sanggup menghadiri perbicaraannya serta dikatakan amat terkesan dengan keputusan rayuan kes tersebut. Gambar-gambar beliau dengan t-shirt ‘Democracy Is Dead’ menjadi bukti tidak sahih bagi media asing untuk menimbulkan persoalan.
Pendedahan ini sepatutnya membuatkan kita semua semakin insaf dan akur dengan segala kemungkinan tetapi malangnya ia tidak berlaku. Pantas emosi politik mengambil alih dan menuduh semuanya direkacipta kerana takut dengan idola peliwat mereka. Maka, mereka pun menyahut seruan media asing agar memburukkan negara sendiri, demi membela sang idola. Habis Menteri-menteri dan pegawai-pegawai yang bertungkus lumus mencari pesawat tersebut dicemuh dan dihina. Sedikit pun tidak ada kata-kata penghargaan jauh sekali pujian. Takut benar yang idola mereka dikaitkan dengan misteri ini. Hujah mereka, tidak mungkin seorang yang bijak mampu menjadi fanatik kepada sesiapa jua sehingga sanggup membunuh diri.
Hakikatnya tiada siapa yang menuduh sesiapa. Apa yang berlaku hanyalah pendedahan maklumat setakat yang diketahui oleh pihak penyiasat. Justeru, seharusnya, kita semua mengambil sikap terbuka, tidak ‘defensive’ dan tidak pula agresif. Keterbukaan adalah langkah pertama ke arah redha serta selangkah lebih jauh dari riak iaitu merasakan diri sendiri lebih bijak dan mengetahui. Sebenarnya, sikap fanatik, taksub atau ekstrem bukanlah asing bagi rakyat Malaysia. Contoh paling mudah ialah PRK Kajang di mana ramai yang sanggup memilih seorang boneka dan tidak mampu bekerja, berbanding seorang yang jelas berintegriti dan berkredibiliti. Semuanya kerana taksub dengan parti,ekstrem dalam berpolitik dan fanatik dengan Anwar Ibrahim. Hatta, jika dicalonkan lembu untuk parti pembangkang dan seorang bijaksana di parti kerajaan, maka lembu tersebut tetap akan menang.
Jelas, rakyat Malaysia sudah sampai di tahap di mana ‘fakta’ dan ‘angka’ tidak lagi membawa makna apa-apa serta bertindak atas dasar emosi semata-mata. Jika tidak, takkanlah ada yang percaya bahawa kerajaan sengaja menghilangkan MH370 sedangkan yang menanggung kerugian dan tekanannya adalah kerajaan juga. Yang untung dan yang sedang meraih keuntungan politik dari episod ini adalah Pakatan Rakyat sahaja. Di kala kerajaan bertungkus lumus menahan segala maki cerca dari dalam dan luar negara, pembangkang bergembira membuat berbagai cerita rekaan untuk kepentingan politik mereka. Namun, penyokong mereka masih buta. Jika ini bukan ‘fanatik’, maka apakah ia?
Sewajarnya, rakyat Malaysia belajar dari apa yang berlaku dengan kembali kepada ketentuan Allah SWT. Inilah masanya untuk kita kembali bersatu, merendah diri dan mengambil sikap terbuka serta redha. Tiada siapa yang menuduh sesiapa dan tiada siapa yang berhak menghukum dosa pahala sesiapa. Kalaupun bencana berlaku kerana dosa seseorang, maka orang itu kemungkinan besarnya adalah diri kita sendiri, bukan orang lain. Jika kita mampu memperbaiki diri dan tidak lagi menuding jari kepada sesiapa, maka sekurang-kurangnya, pemergian MH370 tidaklah sia-sia. Semoga roh mereka tenang di sana…
Wednesday, March 26, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Advertised
Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.
No comments:
Post a Comment