Pergerakan Puteri UMNO melihat keterbukaan hak demokrasi untuk bersuara dan menyatakan pendapat peribadi bagi setiap ahlinya di dalam parti harus disusuli dengan rasa tanggungjawab dan kesaksamaan.
Ia jelas di dalam pendapat terbuka bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam blognya yang memberi kenyataan terbuka selain dari hati mengenai pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pergerakan Puteri UMNO juga menerima pandangan berkenaan demi kelangsungan UMNO sebagai sebuah parti keramat dan utuh di hati rakyat Melayu selama-lamanya.
Bagaimanapun, Pergerakan Puteri UMNO melihat setiap kritikan berkenaan pimpinan serta pentadbiran seseorang individu di dalam parti lebih manis jika dibincangkan secara dalaman dan hasil positifnya dinyatakan secara terbuka pada khalayak.
Pergerakan Puteri UMNO juga berpendapat, ahli parti mempunyai pilihan tersendiri dalam menyatakan pendapat mengenai isu yang dinyatakan Dr Mahathir.
Pergerakan Puteri UMNO juga melihat setiap ahli mempunyai kebebasan untuk bersuara, diam, berpihak, berkecuali serta menjadi 'air' atau 'minyak' dalam isu berkenaan.
Misi dan matlamat akhir bagi setiap pandangan juga perlu memenuhi fokus utama iaitu terus kukuh dan kekal berkuasa selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan selama-lamanya.
Sementara itu, Pergerakan Puteri UMNO meminta setiap usaha ke atah kesepakatan parti harus berpaksikan sokongan yang tidak membawa rebah dan bersifat intelektual dengan mempertimbangkan kepada keutuhan UMNO pada akhirnya.
Pergerakan Puteri UMNO juga mahu setiap ahlinya menguatkan semula ikatan kekeluargaan UMNO dan memberi sepenuh sokongan kepada pimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai nakhoda.
Pergerakan Puteri UMNO juga melihat bahawa tidak timbul isu untuk mana-mana ahli dalam parti memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atau sebaliknya.
Bagaimanapun, sebagai sayap bongsu parti, Pergerakan Puteri UMNO melihat kepentingan utama untuk bersama seiringan langkah Datuk Seri Najib dan menyatakan kesetiaan untuk bersama Perdana Menteri dalam menunaikan tanggungjawab kepada parti dan negara.
Pergerakan Puteri UMNO juga melihat isu pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang ditimbulkan Dr Mahathir sudah lama selesai. Jadi tidak perlu untuk menimbulkan isu itu semula.
Namun, kerajaan perlu memberi lebih penekanan dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan memberi lebih penjelasan mendalam supaya pelbagai pertanyaan rakyat terutama sekali kepada golongan muda agar ianya dapat dijawab dengan jelas selain menberi gambaran lebih jelas agar tidak dijadikan senjata pembangkang untuk menghentam kerajaan.
Puteri UMNO memuji tindakan YAB Perdana Menteri yang dirasakan sebagai satu tindakan yang baik yang mana telah meminta agar pihak Ketua Audit Negara (AG ) dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC ) menyiasat perkara ini. Maka saya mohon agar Rakyat dan semua pihak perlu sabar menanti laporan Ketua Audit Negara (AG) yang sedang menyiasat isu ini secara mendalam .
Saya juga merupakan salah seorang anggota PAC dan memahami prosedur siasatan memakan sedikit masa untuk diselesaikan.
Rakyat juga harus sedar, pelbagai pendapat yang dikeluarkan veteran UMNO termasuk Dr Mahathir merupakan ramuan untuk memastikan hubungan kekeluargaan di dalam parti menjadi semakin rapat dan erat.
Perbalahan yang mungkin dilihat khalayak adalah rentetan tangga-tangga ke arah puncak semangat satu padu sebagai sebuah parti paling utuh di negara ini.
Pepatah 'Air dicincang tidak akan putus' merupakan frasa terbaik untuk setiap ahli UMNO dalam menghadapi pelbagai perbezaan pendapat akhir-akhir ini.
Biarlah apa sahaja pandangan atau pendapat yang diberi oleh mana-mana pemimpin parti, paling penting, apa juga ketidaksefahaman yang mungkin berlaku di dalam parti, percanggahan pendapat atau pandangan peribadi merupakan proses merapatkan ukhwah, memperbetulkan kesilapan demi perjuangan parti untuk membela nasib orang Melayu dan negara tercinta.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO
Datuk Mas Ermieyati Samsuddin
7 April 2015
Tuesday, April 7, 2015
Bincang Isu Tun M, Najib Dalam Semangat Keluarga UMNO. @emysamsudin @Pu3UMNOMalaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Advertised
Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.
No comments:
Post a Comment