Wednesday, February 22, 2017

Ketika Nilai Ekonomi Beratus Bilion Digelar Harimau, Ketika Cecah Trilion Digelar Kuching, Di Mana Logiknya?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan rasa bangga telah menyatakan pada zamannya Malaysia digelar sebagai Harimau Asia namun gelaran itu bertukar menjadi seekor kucing pada masa pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahathir berkata demikian dalam tulisan terbaru di blognya pada 21 Februari 2017.

Mahathir menyatakan kononnya prestasi ekonomi negara telah merudum dan sebab itu harimau bertukar menjadi kucing dan sekali lagi Mahathir mengulangi dakwaannya yang mengaitkan Najib dengan 1MDB dan derma sebanyak RM2.6 bilion daripada Arab Saudi.

Tujuan Mahathir berbuat demikian adalah untuk memperkecilkan Najib walaupun apa yang dikatakannya itu boleh dipersoalkan.

Ia hanya sekadar gelaran yang diberikan, bukannya mendapat pengiktirafan daripada mana-mana pihak atau pakar ekonomi pun.

Hakikatnya, pada zaman pemerintahan Najib, nilai ekonomi negara meningkat kepada RM1.2 trilion berbanding era Mahathir iaitu beratus bilion.

Berdasarkan logik, jika ekonomi negara telah berkembang maka gelaran yang patut diberikan bukannya kucing tetapi binatang lain yang lebih gagah daripada harimau.

Namun disebabkan orang yang membuat tuduhan itu adalah Mahathir maka tidak hairanlah kenapa beliau memperkecilkan Najib, kerana itulah matlamat beliau sebenarnya iaitu untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap Perdana Menteri.

Melalui cara itu, Mahathir berharap rakyat akan membenci Najib.

Malangnya perkara itu tidak berlaku sebaliknya rakyat memberikan sokongan padu kepada Najib dan ia ditunjukkan dengan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu.

Bukan itu sahaja, tatkala negara luar memuji peningkatan ekonomi negara, Mahathir masih lagi dengan sinis menyatakan negara akan muflis dan itulah yang dicanang oleh pembangkang demi menakutkan rakyat.

Kalau diikutkan kepada dakwaan mereka ini, Malaysia sudah pun muflis sejak beberapa tahun lalu, malangnya ia tidak berlaku seperti yang mereka harapkan.

Sememangnya banyak bukti yang boleh ditunjukkan kepada mereka bahawa ekonomi negara terus berkembang dan ia dibuktikan melalui fakta serta statistik, bukannya dengan bercakap gah semata-mata.

Untuk rekod, data terbaharu Bank Negara Malaysia (BNM) membuktikan bahawa ekonomi Malaysia terus berkembang 4.5 peratus pada suku keempat 2016 selain disokong peningkatan berterusan dalam perbelanjaan sektor swasta yang membawa kepada pertumbuhan keseluruhan sebanyak 4.2 peratus sepanjang tahun lalu.

Setakat 31 Januari lalu, rizab negara berjumlah AS$95 bilion atau RM426 bilion. Pembangkang sememangnya menyedari akan hakikat kebenaran itu namun memilih untuk menutup mata. Mereka tidak mahu orang tahu akan peningkatan ekonomi kerana bimbang akan hilang banyak undi.

Jadi kita boleh memilih untuk mengelak diri daripada diperbodohkan oleh pembangkang kerana kita ada kuasa untuk melakukannya.

Malaysia di bawah kepimpinan Dato Seri Najib mensasarkan ekonomi bernilai RM2 trillion. Angka itu sudah diumum oleh Dato Seri Najib pada Perhimpunan Agong UMNO tahun lepas.

Menurut ramalan PricewaterhouseCoopers, ekonomi Malaysia akan bernilai RM1.5 trillion pada 2030 nanti dan adalah ekonomi ke 25 terbesar dunia.

Di kalangan negara Asia, Malaysia berada di kedudukan ke 11. Dengan kedudukan ini apakah Malaysia digelar kucing lagi oleh pelabur pelabur dunia?

Jawapannya tidak. Dari segi Easy Of Doing Bussines, Malaysia berada di tangga ke 4 di Asia Pasifik di samping Singapura, Hong Kong dan Korea Selatan.

Harimau atau kucing? Orang yang hendak kuasa di Putrajaya akan gelar apa sahaja untuk merampas kuasa. Sanggup jatuhkan taraf negara sendiri hanya untuk tujuan politik.

Kalau Mahathir menulis di blog itu kerana niat politik, itu adalah salah. Jangan terpedaya dengan niat politik Mahathir. Mahathir akan buat dan gelar apa sahaja semata mata kerana tujuan politik.



Tulisan :
Beruang Biru
BB296

No comments :

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.