Wednesday, August 4, 2010

Penjelasan Mengenai Konsep 1Malaysia Terus Dijalankan - Muhyiddin

PUTRAJAYA, 3 Ogos (Bernama) -- Langkah untuk memberi penjelasan mengenai konsep 1Malaysia memang wajar dilakukan dan sedang dijalankan oleh kerajaan untuk memberi penerangan secara terperinci kepada rakyat mengenainya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak menjangkakan rakyat akan dapat memahami konsep itu selepas setahun ia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pentadbirannya.

Bagaimanapun, katanya terdapat rakyat yang sudah mula dapat memahaminya.

"Kerajaan memberi penjelasan, mengadakan pelbagai program untuk rakyat agar lebih memahami tentang apa yang dimaksudkan tentang gagasan 1Malaysia.

"Kita jangka mungkin dalam satu tempoh akan datang, semua orang akan dapat memahami ertinya yang sebenar, tidak ada salah tafsiran tentang apa yang dimaksudkan gagasan 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia di sini hari Selasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pandangan Dr Mahathir semalam yang mahu kerajaan menjalankan program penerangan secara menyeluruh bagi memperjelaskan konsep 1Malaysia secara terperinci kepada seluruh masyarakat berbilang kaum di negara ini bagi mengelak berlakunya kekeliruan.

Muhyiddin berkata wujud kecenderungan tafsiran mengenai konsep itu dibuat mengikut pandangan kelompok tertentu berbanding yang dijelaskan oleh Perdana Menteri.

"Perdana Menteri menjelaskan gagasan ini adalah gagasan yang berteraskan perlembagaan negara. Itu yang paling kukuh dan apa pun tafsirannya, ia tidak seharusnya lari daripada apa yang terkandung dan semangat yang ada dalam perlembagaan.

"Baik dalam soal hak kaum bumiputera, bahasa, budaya, kedudukan raja dan agama. Apapun ia tidak seharusnya lari daripada itu," katanya.

Beliau berkata yang pastinya gagasan 1Malaysia adalah satu perkara yang dinamik, ia bukan statik dan pasti ada pihak yang cuba mentafsirkan mengikut kehendak masing-masing.

-- BERNAMA

Purata 30 AJK Surau, Masjid Di Selangor Letak Jawatan Setiap Bulan - JAIS

Kira-kira 30 anggota jawatankuasa (AJK) masjid dan surau di Selangor termasuk nazir, bendahari dan imam meletak jawatan setiap bulan disebabkan tiada persefahaman sesama mereka.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata perkara itu mungkin berpunca daripada rasa tidak puas hati sesetengah pihak terhadap pemilihan AJK yang dibuat menerusi mesyuarat agung.


http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.bernama.com%2Fbernama%2Fv5%2Fbm%2Fnewsindex.php%3Fid%3D518474&h=278d5

Yang UMNO masih belum buat.., BUNUH Anwar ! - Saifuddin

Hanya semata-mata kerana mahu menarik simpati rakyat, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution telah membuat membuat dakwaan bahawa Anwar akan ditimpa pelbagai lagi serangan yang dahsyat dari UMNO bagi menamatkan riwayat politiknya.

Kata Saifuddin lagi, kini telah terdapat banyak cubaan untuk menghancurkan Anwar yang dirancang oleh kerajaan UMNO termasuklah kes Homoseksual, Kronisme dan juga tuduhan menjadi agen CIA-Yahudi. Cuma yang masih belum dibuat opleh UMNO ialah, membunuh Anwar !

Beginilah keadaan pemikiran seorang individu yang penuh hasad dengki seperti Saifuddin ini. Dia sanggup melakukan apa saja bagi untuk memperbaiki imej bos nya yang semakin parah.

Biarpun Saifuddin terpaksa memfitnah dan membuat cerita yang bukan-bukan terhadap UMNO, ini tidak menjadi suatu "dosa" baginya kerana memang inilah amalannnya sebelum ini.

Apa lagi yang cuba hendak dinafikan oleh Saifuddin? Tuduhan Homoseksual terhadap Anwar bukannya dibuat oleh pemimpin tertinggi UMNO tetapi dibuat dengan kerelaan Saiful Bukhari yang merupakan bekas pembantu sulit Anwar sendiri.

Saiful juga sanggup bersumpah muhabbalah sedangkan Anwar enggan kerana menyifatkan sumpah dengan nama Allah itu tidak penting !

Kronisme dan juga Nepotisme memang sudah sebati dengan Anwar sewaktu dia masih di dalam UMNO lagi. Ramai yang mengetahui tentang perangai Anwar yang satu ini. Tak payahlah Saifuddin berpura-pura tak tahu hanya semata-mata mahu membodek bos. Agak-agaklah sikit kalau ya pun nak memenuhkan KPI mengampu.

Dan, tetang dakwaan Anwar menjadi AGEN CIA-Yahudi, tuduhan ini dibuat oleh beberapa pihak di Amerika termasuklah penulis blog di sana.

Lagipun Anwar sendiri yang membuktikan dirinya benar-benar pencacai Yahudi apabila membuat Apologies Tour bagi memohon keampunan diatas keterlanjurannya memaki hamun Israel sewaktu demonstrasi protes kekejaman Israel di Ibu Negara.

Lebih menarik lagi, Anwar telah menyatakan kepada pemimpin-pemimpin Yahudi di barat bahawa tindakannya memaki hamun Israel tersebut hanyalah lakonan semata-mata bagi mendapatkan sokongan politik dari masyarakat Islam di negara ini kepadanya.

Sebenarnya, Saifuddin tak perlulah membuang masa dengan memuji-muji kebaikan Anwar yang kononnya cuba diselindung oleh UMNO dan Kerajaan Barisan nasional. Saifuddin juga tak perlu merendahkan tahap pemikiran rakyat Malaysia dengan menimbulkan pelbagai fitnah terhadap UMNO.

Rakyat negara ini kini semakin rasional dan langsung tak boleh menerima dakwaan tanpa asas seperti yang dibuat oleh Saifuddin ini. Rakyat juga takkan terpengaruh dengan segala cerita-cerita baik Anwar kerana tembelangnya kini semakin terdedah di depan mata lengkap dengan bukti-buktinya sekali.

Yang panik dan gelabah sekarang ini ialah pemimpin-pemimpin Pakatan Haram. Populariti Anwar dikalangan rakyat semakin merudum dan imejnya yang diwar-warkan sebagai pemimpin agung juga semakin hancur.

Kini, hanya menunggu masanya sahaja untuk karier politik Anwar Ibrahim terkubur bersama impian serta angan-angannya untuk menjadi Perdana menteri !


Contributed by pak_long on Tuesday, July 20 @ 08:13:13 MYT
www.myKMU.net

Khalid gereja diselar pemimpin Pas yang lain

Khalid Abdul Samad atau Khalid Gereja, Ahli Parlimen Shah Alam telah diselar oleh Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad yang mengatakan kenyataan supaya hukuman dijatuhkan kepada individu yang didapati bertemu Mufti Perak, Tan Sri Harussani adalah pandangan peribadi Khalid Gereja itu.

Idris juga berkata setiap keputusan perlu dibawa dan diputuskan di dalam mesyuarat, bukannya ditentukan oleh individu dalam parti.

Sebelum bertindak, sebarang permasalahan yang timbul perlu disiasat terlebih dahulu oleh jawatankuasa disiplin parti kerana parti mempunyai peraturan.

“Kita ada peraturan, jadi kena ikut peraturan dan prosedur, ada cara-cara tersendiri dan bukan parti ‘caca marba’ yang mana sebarang tindakan boleh diputuskan sesuka hati.

“Pas tidak akan menjatuhkan hukuman sesuka hati, termasuk kes pertemuan pemimpin Pas dengan: Mufti: Perak, Tan Sri Harussani Zakaria itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian:, semalam.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas pula berkata pertemuan tidak menjadi kesalahan dan Pas tidak akan menghukum individu tersebut.

“Semua orang ada mengadakan pertemuan dengan mufti, kita tidak tahu atas urusan apa mereka bertemu. Jika akan merugikan parti, kita akan bertindak. Sebab itulah kita akan siasat dulu. Selepas keputusan dibuat dalam muktamar barulah tindakan diputuskan,” katanya.

Khalid Gereja tu kroni DAP. Sebagai kroni DAP, tentulah risau dengan gosip-gosip penyatuan PAS dan UMNO kerana ini bermakna Melayu Islam akan menjadi bertambah kuat di negara sendiri.

Sudah tentu komunis macam DAP dan kroni DAP tidak akan suka melihat kesatuan Melayu Islam yang mana akan mengurangkan cengkaman DAP komunis.

Korek Selangor Sampai Berlubang

Ahli Parlimen PAS Titiwangsa, Dr Lo'Lo didalam Dewan Rakyat telah mempertikaikan mengapa Pasukan Gerak Am (PGA) tidak melakukan penguatkuasaan terhadap lombong-lombong pasir Haram di Selangor.

Dr Lo'Lo juga dengan lantang menuduh bahawa kegiatan kecurian pasir Selangor adalah berpunca daripada pihak kerajaan pusat yang tak mengambil berat tentang hal tersebut.

Dr Lo'Lo tanpa segan silu menujukkan kebodohannya kerana di dalam menangani isu pasir di Selangor, kerajaan negeri yang bertanggung jawab penuh untuk melakukan penguatkuasaan melalui pejabat tanah dan daerah. Bukannya tugas kerajaan pusat seperti yang di pertikaikan oleh pemimpin wanita PAS ini.


Sepatutnya Dr Lo'Lo bertanya tentang hal penguatkuasaan ini kepada Khalid Ibrahim selaku orang yang bertanggung jawab mengepalai pentadbiran negeri, bukannya melalak-lalak didalam Dewan Rakyat umpama orang hilang akal.

Inilah yang dikatakan sifat bodoh sombong didalam diri wakil-wakil PAS. Sudahlah mereka bodoh tentang perjalanan struktur pentadbiran negeri, tetapi sombong pula untuk bertanya bagi mendapatkan kefahaman. Akhirnya, jadilah mereka seumpama kera yang mendapat bunga apabila diamanahkan untuk mewakili rakyat mentadbir negeri.

Sifat-sifat bodoh sombong ini memang ada pada setiap pemimpin-pemimpin PAS terutamanya mereka yang mendiami negeri Kelantan. Sebab itulah dari dahulu hingga kini mereka hanya mampu menjadi pembangkang di dalam negara.

Mentaliti kelas ketiga seperti pemimpin-pemimpin PAS ini hanya layak berada dibawah telunjuk orang lain dan bukannya menjadi pemimpin. Lebih malang lagi kerana hari ini mereka memilih pula untuk berada dibawah telunjuk kafir DAP.

Inilah yang menjadikan pemimpin-pemimpin PAS kini ibarat kaldai tunggangan didalam Pakatan Haram.

Lihat sahaja isu penyelewengan pasir di Selangor. Siapakah pemimpin-pemimpin PAS yang berani untuk bersuara bertanya tentang hal ini kepada Khalid Ibrahim? Hasan Ali, Khalid Samad, Dr Mariah ataupun Dr Lo'Lo hanya mampu tersenyum simpul apabila penyelewengan "harta rakyat" berlaku dihadapan mata mereka.

Selama ini mereka sibuk mencanangkan kekurangan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional kepada rakyat, tetapi apabila kena pada batang hidung mereka sendiri, masing-masing diam membisu dan menyurukkan kepala di dalam kain.

Dahulu pemimpin-pemimpin PAS ini menjadi juara mengintai ke dalam kain kerajaan bagi mencari apa yang tak kena didalam pentadbiran negara. Tetapi, kini "kain" mereka sendiri terlondeh akibat kerakusan serta ketamakkan mereka hingga menampakkan seluruh "anu" kepada rakyat di Selangor.

Dalam pada itu, ada juga yang mahu putarbelitkan cerita bagi menyalahkan orang lain seperti kes Dr Lo'Lo ini. Bukannya dia nak berusaha menyelesaikan kemelut dalam Pakatan mereka di Selangor tentang isu pasir, tetapi masih ada hati nak spinkan cerita dan fakta pula.

Memang benarlah para pemimpin-pemimpin PAS ini berotak udang. Dah lah bodoh, sombong pulak tu. Tambah lagi dengan sifat perasan bagus yang mereka miliki. Ini semua cukup baik untuk melengkapkan KPI bagi menjadi kaldai tunggangan kepada kafir harbi di dalam negara ini.

Tuesday, May 4, 2010

Pilihan Raya Kecil - P212 Parlimen Sibu

Tarikh Penamaan Calon : 8 Mei 2010
Tarikh Pengundian : 16 Mei 2010

Pendapat ramai menyatakan yang PRK 212 Sibu adalah yang paling sengit. Sebab pertembungan antara 2 wakil parti dari kaum Cina iaitu MCA dan DAP. Jika suara pengundi Cina di Hulu Selangor lebih memihak kepada pembangkang adakah di Sibu situasinya pun turut sama. Ada pandangan mengatakan keadaan di Sibu berbeza dengan Semenanjung. Nampaknya jika DAP kalah maka ianya adalah rekod untuk Barisan Nasional setelah berjaya menewaskan calon PAS di Bagan Pinang, calon PKR di Hulu Selangor dan kini calon DAP dari Pakatan Rakyat. Maka lengkaplah pakej Barisan Nasional untuk menundukkan PKR.

Jadikan UMNO lebih terbuka


PUTRAJAYA 3 Mei - Mesyuarat cawangan UMNO yang bermula Sabtu lalu dan akan berakhir 15 Jun depan merupakan masa terbaik bagi menunjukkan bahawa transformasi dalam parti untuk menjadi lebih terbuka, inklusif dan demokratik telah mula berlaku.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap platform itu akan digunakan sepenuhnya untuk pemimpin cawangan menyampaikan misi, visi dan harapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak tersebut.

''Pindaan-pindaan yang telah dipersetujui pada Perhimpunan Agung UMNO Oktober 2009 telah mula dilaksanakan.

''Ini bermaksud dari aspek transformasi melalui pindaan perlembagaan, UMNO adalah jauh lebih terkehadapan berbanding parti-parti pembangkang.

''Rakyat sememangnya menunggu-nunggu perubahan ini malah dalam pertemuan saya di peringkat akar umbi sejak akhir-akhir ini semangat perubahan di dalam parti kini amat terasa kerana ahli-ahli kita di akar umbi amat sayangkan perjuangan ini," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

UMNO yang dianggotai 3,478,393 orang mempunyai 16,235 cawangan di seluruh negara.

Menurut Hishammuddin, antara perubahan dalam parti yang telah berlaku ialah:

n Memberikan lebih ruang dan tempat kepada Wanita iaitu dengan penambahan seorang ahli Wanita untuk jawatan Ahli Jawatankuasa lantikan di peringkat Cawangan, Bahagian dan juga Ahli Majlis Tertinggi.

n Mempermudahkan keahlian dengan menghapuskan yuran tahunan dan menggantikannya dengan RM2 sebagai yuran seumur hidup.

n Menghakupayakan ketua-ketua sayap untuk membolehkan mereka menerima keahlian baru.

Hishammuddin berkata, perubahan yang berkaitan dengan pemilihan dalam parti akan dilaksanakan secara berperingkat dari sekarang hingga tahun pemilihan.

Tegas beliau, apa yang penting ialah agenda transformasi dalam UMNO telah bermula dan berharap ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli akar umbi bagi mengukuhkan parti serta merealisasikan hasrat rakyat dan Presiden.

Kata beliau: ''Saya berpandangan bahawa perkara yang sama juga perlu dilaksanakan secara bersama-sama oleh seluruh parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana di dalam perubahan landskap semasa ini rakyat akan lebih yakin dengan perjuangan kita jika mereka dapat melihat perubahan ini berlaku secara menyeluruh oleh semua parti.

''Kita perlu bergerak seiring dan senada. Kita tidak ada pilihan kerana ini adalah kehendak rakyat dan BN wajar menjadi parti yang menerajui perubahan tersebut."

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.