Monday, June 24, 2013

Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Melaka, Sidang 3, Penggal Ke-XXVIII

20 Jun 2013 – "Golongon Belia bukan sahaja merupakan aset negara yang tidak ternilai tetapi tingkah laku dan corak pemikiran mereka hari ini sudah tentu akan menentukan hala tuju Negara di masa depan". Demikianlah ucapan YB Datuk Hajah Norpipah binti Abdol, Timbalan Exco Pembangunan Belia dan Warisan Kerajaan Negeri Melaka yang mewakili YAB Datuk Wira Ir Haji Idris bin Haron; Ketua Menteri Melaka dalam Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Melaka yang lalu. Ini juga membuktikan bahawa kuasa dan peranan belia dilihat amat besar pengaruhnya kepada kemajuan dan halatuju sesebuah Negara

Bertempat di Ballroom Tun Teja, Permaisuri Stadium Hang Jebat Hotel Melaka telah diadakan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2013 yang mana menyaksikan 100 orang perwakilan yang terdiri dari ketua-ketua jabatan kerajaan, wakil persatuan belia (MGBM), wakil badan berkanun, wakil pelajar IPTA dan IPTS.

Turut hadir Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka; En. Baharudin Bin Jali, Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka(MGBM); En. Zali Mat Yasin serta wakil dari Kementerian Belia dan Sukan; En Jasalilawadi bin Jahi. Bertepatan dengan konsep memperjuangkan pembangunan agenda belia, persidangan ini juga merupakan platform bagi kedua-dua pihak antara belia dan wakil kerajaan berkongsi pandangan dan idea serta menentukan hala tuju terbaik bagi belia-belia di negeri Melaka khususnya.

"Bertepatan dengan tema Sambutan Hari Belia pada tahun ini Belia Aspirasi Negara, saya berharap agar idea dan fikiran bernas tercetus dalam persidangan ini bagi membangunkan belia di Negara ini khususnya di Negeri Melaka agar dasar pembangunan belia Negara yang telah ditetapkan oleh YAB Perdana Menetri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dapat direalisasikan dengan sempurna", kata beliau lagi.

Majlis yang berakhir kira-kira jam 6.00 petang ini telah di kendalikan oleh En. Mohd Azizul bi Hanafi juga selaku pegawai projek Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Melaka, Sidang 3, Penggal Ke-XXVIII Tahun 2013-2013.

"BELIA MASA KINI ADALAH PEMIMPIN MASA DEPAN "
 


No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.