Monday, July 2, 2012

Lim Guan Eng Tipu Rakyat Lagi!!!





Lim Guan Eng sekali lagi telah menipu bulat-bulat kepada rakyat. Awal bulan ini, dia dilaporkan telah menyatakan bahawa BN Pulau Pinang telah menipu terhadap janji yang dibuat terhadap isu pelabuhan bebas cukai. Di telah menuntut agar BN Pulau Pinang  memohon maaf terhadap janji yang telah mereka mungkir dan berkata bahawa PM telah menolak cadangan tersebut.

Apabila ditanyakan tentang status pelabuhan bebas cukai bagi negeri tersebut, Lim berkata bahawa PM menyatakan bahawa sudah terdapat 5 zon bebas cukai di Pulau Pinang, isu untuk menjadikan BN Pulau Pinang sebagai pelabuhan bebas cukai tidak menjadi isu.
Dengan itu, blog-blog dan portal pro-pembangkang mula membantu Lim dengan menyebarkan mesej berkenaan.
Nampaknya, Lim terlupa tentang rekod dan dokumentasi. Orang politik sepatutnya tahu bahawa mereka tidak boleh menipu kerana kini kebenaran boleh dicari di hujung jari.

Jawapan PM terhadap perkara tersebut yang telah direkod adalalh seperti berikut:"Walaupunn status pelabuhan bebas cukai tidak lagi wujud, Kerajaan Persekutuan tahu bahawa BN Pulau Pinang telah memberikan cadangan terhadap konsep baru untuk menjana ekonomi di Pulau Pinang, terutamanya dalam bidang perlancongan dan perkhidmatan. Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan respon dan juga sokongan dari rakyat, dan juga cadangan-cadangan inovatif."

Di bahagian mana yang menunjukkan bahawa PM tidak bersetuju untuk memberikan status pelabuhan bebas cukai?
Perkara yang sama telah didedahkan oleh laman web Cina, Souminews.com yang melaporkan oleh NST hari ini. Laporan tersebut menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin DAP tidak menyatakan sepenuhnya teks jawapan yang diberikan oleh PM di Parlimen. Sebaliknya, mereka mengubah segala kebenaran terhadap perkara tersebut.
Jadi, tidak banyak yang kita boleh katakan terhadap Lim Guan Eng kerana ini bukanlah kali pertama dia menipu rakyat.
Adakah kita mahukan Menteri Besar yang selalu menipu untuk menjaga masa depan negara ini?

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.